Job Vacancy
1. Part Time Photographer
We accept most event photos
2. Part Time Reporter
Writing in BM/English/Chinese
Send your articles or photos to
admin[at]malaysiatoday.com
Recent Activites
| PR tolak idea kerajaan perpaduan |
|
|
|
| Written by Hariz |
| Monday, 22 June 2009 22:35 |
|
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai parti itu, DAP dan PAS hari ini sebulat suara menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan. Sambil menyifatkan idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai satu fitnah dan tohmahan jahat, Anwar mendakwa idea itu juga mempamer tindakan terdesak UMNO. Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pakatan itu bagaimanapun bersedia bekerjasama dengan BN bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat khususnya. Antaranya ialah usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan reaksi mengenai penolakan cadangannya itu mendakwa ideanya itu telah disalahertikan dan dipermainkan oleh UMNO bagi merenggangkan hubungan parti itu dengan parti-parti dalam PR. |









