Job Vacancy
1. Part Time Photographer
We accept most event photos
2. Part Time Reporter
Writing in BM/English/Chinese
Send your articles or photos to
admin[at]malaysiatoday.com
Recent Activites
| Musa tolak gaji kecil punca rasuah |
|
|
|
| Written by Syah |
| Wednesday, 24 December 2008 05:20 |
|
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menegaskan gaji yang diberikan kepada anggota polis adalah mecukupi dan menolak dakwaan bahawa masalah gaji yang kecil adalah punca berlakunya gejala rasuah. Sebelum ini Senator Datuk Gooi Hue Hin menyifatkan bahawa kadar gaji yang kecil dan ianya tidaksetaraf dengan jawatan lain merupakan faktor utama berlakunya rasuah di kalangan perkhidmatan awam termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Bukankah gaji sudah naik, mahu naik apa lagi? Gaji yang kita terima sekarang cukup, tidak timbul isu rasuah kerana dakwaan gaji polis kecil. Kasihan pada kerajaan... kita sepatutnya bekerja lebih keras dan tunjuk usaha kita, bukan asyik meminta gaji lebih," katanya. Beliau berharap agar pegawai dan anggota polis tidak mendesak kerajaan agar menaikkan gaji mereka dalam keadaan ekonomi global yang tidak stabil. –Malaysia Today |









