|
KISAH BENAR!
Isu perlantikan TNC di UiTM – Satu Konspirasi
________________________________________________
Ya memang benar dan bukan cerita dongeng. Ianya berkaitan dengan perlantikan Timbalan Naib Cansellor Research yang baharu sahaja selesai dalam bulan puasa tahun ini. Mengikut cerita dalam akhbar tempatan berkenaan perlantikan NC dan TNC, Menteri berkaitan, Dato’ Khaled Nordin menegaskan bahawa perlantikan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan. Itu teori sahaja, dalam Dewan bolehlah kelentong. Yang sebenarnya kenapa Khaled Nordin lantik orang lain dan bukan calon yang telah disyorkan oleh panel jawatankuasa temuduga? Dimanakah kewibawaan beliau sebagai seorang Menteri. Sungguh tidak beramanah! Tidak takut pada Allah ke? Dalam urusan masa depan universiti pun boleh dengar cakap kawan! Habis apa guna ada panel temuduga?
Yang pelik bin hairan orang yang dilantik ini tidak pun memenuhi kriteria yang diperlukan sebab;
1. Beliau bukan pun Professor
2. Latar belakang ialah Human Resource dan bukan sains atau kejuruteraan
3. Tidak pernah pun terlibat dengan kerja kerja penyelidikan
4. Tidak pun di ‘shortlisted’ untuk pertimbangan Menteri
5. Tidak berminat untuk memohon jawatan TNC tetapi diarah dan diuruskan semuanya.
( Beliau sendiri buat pengakuan – buktinya ada)
Sepatutnya orang yang lebih layak sudah pun ada tetapi diketepikan oleh kerana mainan politik kotor. Beliau ialah seorang Professor wanita yang memenuhi kriteria sebenarnya. Sebenarnya bekas TNC tu memang takut dengan Professor wanita ni sebab ‘she is much better than him academically†dan takut satu hari nanti kononnya baleh jadi NC wanita pertama di UiTM. ( Ini pengakuan beliau ‘ I will make sure that she will not go up’). Nak bukti memang ada.
Kenapa saya katakan ianya satu konspirasi. Sebenarnya orang yang memainkan peranan kotor ini ialah bekas TNC Research yang kini berada di India. Beliaulah yang telah jadi dalang dalam permainan catur di UiTM selama ini. Tujuan nya ialah beliau sendiri ingin menjadi NC dan sebab itulah beliau mengambil kroni kroni beliau untuk jawatan TNCs.
Sebenarnya bekas TNC ini sanggup pulang dari India dan telah membawa TNC baharu dilantik ini berjumpa Menteri dalam bulan puasa tahun ini untuk perkenalan dan seterusnya menggesa Menteri melantik beliau menjadi TNC yang baharu. Difahamkan bekas TNC ini ialah satu sekolah dengan Menteri masa dahulu. Bukan setakat itu sahaja, bekas TNC itu juga ‘demand’ dari Menteri untuk jadi NC yang baharu! Ini dah melampau!
Kesimpulan nya:
1. Perlantikan TNC Research yang baharu ini adalah tidak sah dan perlu ditarik balik.
2. Satu badan khas perlu diadakan untuk menyiasat salah laku dan salah guna kuasa oleh bekas TNC dan juga Menteri berkenaan. Kalau perlu biar BPR buat siasatan.
Inikah yang dinamakan integriti sebagaimana yang dilaung laungkan oleh Pak Lah? Lingkuplah UiTM. Macam mana nak jadi World Class University. Macam pertunjukkan badut dalam sarkas. Memang dunia dah nak kiamat! Kalau tak percaya tanyalah cerita ni pada Dato’ Sri Ibrahim Abu Shah, NC UiTM. Semua warga UiTM PUN SUDAH TAHU. Sungguh memalukan bangsa Melayu.
Hai VK Lingam pun ada kat UiTM? Bekas TNC tu memang lawyer. Patutlah loyar buruk!
Pencinta UiTM
November 2008
|