|
Undang – undang DNA tidak bermotif politik – Syed Hamid |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Wednesday, 20 August 2008 16:03 |
|
Rang Undang-Undang Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang akan dibentangkan dan diluluskan pada sesi Parlimen sekarang tidak bermotifkan politik. Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menyatakan rang undang – undang yang dibentuk itu penitng bagi memudahkan tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelesaikan kes jenayah pada masa akan datang. "Ini tiada kaitan dengan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerajaan sudah lama merangka rang undang-undang ini sejak 2001 lagi" katanya. Beliau memaklumkan undang – undang tersebut merangkumi pengambilan DNA terhadap semua jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan tidak mensasarkan kepada individu tertentu, sebaliknya ia akan dikenakan terhadap setiap individu yang ditangkap atau didakwa di mahkamah. Undang – undang tersebut akan membangunkan Databank Forensik DNA, analisis forensik DNA, penggunaan profil DNA dan sebarang maklumat berkaitan dengan DNA. –Malaysia Today
 |