|
Ubah sistem untuk cegah politik wang – Muhyiddin |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Saturday, 29 November 2008 16:18 |
|
Naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar pemilihan parti dibuka kepada 100,000 pemimpin cawangan dan bukannnya terhad kepada 2,500 perwakilan sahaja. "Saya mempunyai beberapa cadangan untuk mengatasi salah laku yang memberi pandangan negatif terhadap Umno. Satu daripadanya ialah membenarkan perwakilan mesyuarat bahagian untuk memilih pemimpin. Pada masa ini nasib pemimpin parti terletak dalam tangan 2,500 perwakilan yang dipilih ke perhimpunan agung. "Walaupun ini memerlukan pindaaan perlembagaan Umno, saya rasa ia satu cara kita boleh menangani politik wang dalam parti," katanya. "Dengan cara ini lebih ramai pemimpin Umno di peringkat akar umbi akan terlibat dalam pemilihan pemimpin peringkat nasional. Semua bahagian boleh mengadakan mesyuarat pada hari yang sama untuk memilih pemimpin parti dan pengiraan undi boleh dibuat di peringkat bahagian dan dikumpul di ibu pejabat. Pengumuman pemenang boleh dibuat hari berikutnya,” tambahnya. –Malaysia Today
 |