Job Vacancy

1. Part Time Photographer
We accept most event photos

2. Part Time Reporter
Writing in BM/English/Chinese

Send your articles or photos to
admin[at]malaysiatoday.com


Daily News Alert!
* Your email address:
   Name:
   Mobile:
* Enter the security code shown:
 

Your privacy is 100% protected!
Register for Free

You can now be MalaysiaToday Blogger. Signup and start blogging now!


Recent Activites

4 days ago
Khairol Azhar uploaded a new avatar for the group, 1MalaysiaSMS 12:14 AM
Khairol Azhar added a new wall post in the group, 1MalaysiaSMS 12:13 AM
Khairol Azhar added a new bulletin, Work From Home,Anywhere,Anytime 12:10 AM
Khairol Azhar updated group, 1MalaysiaSMS 12:03 AM
5 days ago
Hoh Kwan uploaded a new avatar. 08:04 PM
Buddy Nas added a new wall post in the group, Africans in Malaysia 05:24 PM
1 week ago
Khairol Azhar created a new group, 1MalaysiaSMS Mar 03
mjackson added a new wall post in the group, Africans in Malaysia Mar 02
 

Love Malaysia Today?
Link to us from
your blog or website.




Bookmark Malaysia Today
Timb Pesuruhjaya SPRM diminta tutup mulut PDF Print E-mail
Written by Malaysian   
Saturday, 22 August 2009 21:29

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat sama ada kandungan surat misteri yang dikemukakan dalam kes inkues kematian Teoh Beng Hock pada Rabu lalu adalah sama dengan kandungan surat yang tersebar di internet semalam.

Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed menegaskan dakwaan dan tohmahan yang terkandung dalam surat yang tersebar di internet itu adalah tidak benar.

Penafian Abu Kassim terhadap dakwaan yang terkandung dalam surat misteri yang dikatakan mempunyai kaitan dengan beliau itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak beretika dan tidak menunjukan keikhlasan pihak suruhanjaya atau satu helah bagi melindungi dirinya sebelum sebarang siasatan dijalankan.

Kita minta Abu Kassim tutup mulut dan serahkan kepada orang lain yang menyiasat hal SPRM. Orang lain karam di laut kenapa Abu Kassim pula yang lemas didarat?

Mana mungkin seorang Timbalan Pesuruhjaya SPRM seperti Abu Kassim boleh mengatakan surat misteri itu sebagai tidak benar tuduhannya sebelum badan berkecuali menyiasat dan mahkamah membuat keputusan? Beliau harus sedar diri bahawa bidang kuasa SPRM cuma menyiasat bukan menghukum orang yang disiasat.

Sepatutnya Abu Kassim tidak menunjukan sikap menggelabah dan menafikan apa saja bahan bukti yang menjurus SPRM terlibat. Sebaliknya menyerahkan kepada Inkues membuat kerja tanpa mempengaruhinya dengan penafian. Harus diingat bahawa badan SPRM kini terlalu banyak kontroversi dengan rakyat Malaysia.

Beliau boleh menafikan segala tuduhan penglibatan SPRM dalam kematian mendiang Teoh Beng Hock di kandang bicara jika dituduh, tetapi bukan dalam TV3 dan akhbar-akhbar dengan niat untuk mempengaruhi Inkues. Penafian beliau itu sebelum disiasat boleh dianggap sebagai usaha melindungi pegawai tinggi SPRM daripada disiasat.

Rakyat kini menuntut penjelasan bukan saja mengenai kaitan Abu Kassim dalam kes mendiang Beng Hock, tetapi turut melibatkan tuduhan rasuah di mana satu badan berkecuali diperlukan untuk membuat penyiasatan ke atas semua harta pemilikan sama ada atas nama dirinya, anak isteri atau keluarga yang mempunyai kaitan dengan beliau dan sejauh mana penglibatan pihak-pihak itu dalam politik.

Sama ada surat misteri itu bertandatangan atau tidak, itu tidak penting. Yang penting ada tuduhan dan pendedahan. Ia mesti disiasat dengan terperinci dan dalam masa yang sama jawatan beliau hendaklah digantung sementara bagi melicinkan proses siasatan.

Sama ada surat misteri yang berada di tangan Inkues sama dengan surat di internet, itu tidak penting. Yang penting penyiasatan diadakan bukan dari pihak SPRM dan ia mesti dilaksanakan segera bagi meyakinkan rakyat bahawa siasatan terhadap surat misteri itu dilakukan oleh badan bukan kerajaan yang terdiri daripada badan berkecuali dan bebas.

Comments (16)add
0
...
written by HAMMER , August 23, 2009
TIMBALAN PESURUHJAYA SPRM DI MINTA TUTUP MULUT .....


MAINAN BIASA...

KIKIR TOLOL TO ABU KASSIM: 2MOROW I WILL CAL AHMAD SAID(CHIEF SPRM)EVERYTHING WILL BE RESOLVED,,,,DONT WORRY....AS USUAL......
report abuse
vote down
vote up
Votes: +5
0
...
written by Hadrian Tan , August 23, 2009
Timbalan SPRM itu juga org Khinzir Toyol dan juga terlibat dalam kes pembunuhan Teoh.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +5
0
...
written by ?????? , August 23, 2009
Datuk Abd Kassim Mohamed said " the content of the letter is not true but i HAVEN'T read the letter yet "

What sort of farking joke man .
report abuse
vote down
vote up
Votes: +5
Hero Simunjan
...
written by adil 4swk , August 23, 2009
Sepandai2 tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Ni zaman rakyat semakin matang dan berani bersuara. Tidak semua kakitangan dalam SPRM @ KERAJAAN tu KAKI BODEK @ ANGKAT PELIR BOSS.

Sesungguhnya kebijaksanaan dan Maha Agungnya ciptaan ALLAH kepada akal manusia akan melahirkan insan yang benar2 berjiwa manusia yang insaf akan dirinya akan dipersoalkan bila mereka mti nanti.

Dalam zam,an sekarang bermacamcara untuk kita serahkan bukti kepada pihak berkenaan. Tetapi tidak semua pihak yang rakyat harapkan menjaga AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB ini mampu memenuhi erti KEBENARAN DAN KETELUSAN.

Selagi ada BN/umNO selagi itulah BUDAYA KORUP ni akan berleluasa dan bertahan. Hanya dengan cara membuang pemimpin2 BN/umNO ni maka keadilan akan mampu dikecapi dan dinikmati oleh rakyat pada masa akan datang. Ini kerana kerajaan Pakatan Rakyat masih mampu dibentuk oleh pemikiran dan kehendak rakyat. Jika mereka mahukan kerajaan maka mereka perlu pastikan bahawa HAK DAN KEADILAN rakyat perlu dijaga dan dipertahankan.

UNDILAH PAKATAN RAKYAT DEMI HAK DAN KEADILAN RAKYAT AKAN DATANG.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +5
0
...
written by This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , August 23, 2009
Yeala....

UMNO-BN selalunya taiko samseng kat malaysia.

Bila Tun Mahathir bersara sebagai PM Malaysia, maka timbulla mukax2 baru dan lama dari dalam dan luar kabinet Malaysia yg menunjukkan belangx2 mereka. Siapa lagi ? kalau bukan mukax2 menteri seperti KJ, Nazri, Hishamuddin, Musa Hassan, Gani Patail, dan sektu x2 mereka.

Apa yg jadi dengan PM kita hari ni sampai boleh melayakkan orang seperti Rohaizat diterima sebagai orang yg bertanding utk kerusi P.Pasir. Dia bukan sahaja menghadpi satu kesalahan dalam negeri, malah sampai tiga tuduhan bersalah dilakukan terhadap Rohaizat.

Apa punya TPM dan PM....tidurla....hanya jaga kedudukan mereka dan hartax2 mereka....

MCA pun sama aje...makan duit tauke Tiong...demi apa..demi kedudukan mereka dalam MCA....MIC lagila teruk...sama kes

Setakat ni, dah berjutax2 surat saman dari adeganx2 dan sandiwara UMNO-BN yg dilakukan dengan kerap sekali sejak Abdullah Badawi jadi PM. Rakyat semua dah tahu siapa yg betul dan salah, tak payah nak buat lakonan sandiwarax2 yg tak masuk akal....

Yg masih nak pertahankan UMNO sehingga kini ialah adalah orangx2 yg ingin menjaga kedudukan mereka.

Sebab aper rakyat tak boleh bangkit dan lawan....disebabkan kuasa mutlak menterix2 tertinggi seluruh jentera kerajaan, Kabinet, suruhanjaya tinggi, polis dan tentera Di-Raja semuanya semuanya terletak dlm tangan mereka....dah terserap amat ke dalam partix2 UMNO-BN sehingga ke akar umbi partix2 mereka...

Malaysia tak boleh diselamatkan lagi sebab terletak dalam tangan UMNO-BN ala Militia Junta....

Kasihan kasihan
report abuse
vote down
vote up
Votes: +4
0
...
written by Real_Mission , August 23, 2009
Kebenaran akan terserlah jugak...rakyat tahu mainan sandiwara KERAjaan UMN* BiN Jahanam ni...mereka ade alat senjata perang psikologi melalui media arus pondana dia tuk memutar belitkan fakta sebenar supaya rakyat dpt diperbodohkan..
report abuse
vote down
vote up
Votes: +4
lim boon kwee
...
written by rocketman , August 23, 2009
If he has not read the letter, how can he decllare it is not true?
He does not know the content or he does not want to know. This means he is guilty beyond a shadow of doubt. An innocent person will first of all read the letter and rebuke the contents if it is not true. That TP is so stupid and blinded by his dirty corrupted ways that he can't see the road!
Of course, road to HELL lah.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +4
0
...
written by boogie , August 24, 2009
Hai...komen Abu Kassim ini meninjukkan yang SPRM diterajui oleh pegawai2 tinggi yang berfikiran cetek., no wonder SPRM tak dapat selesaikan bnyak masalah rasuah sbb diterajui oleh pegawai2 tinggi yg IDIOT.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +2
0
...
written by Hafizul , August 24, 2009
Belum baca surat tapi sudah boleh buat kesimpulan kandungannya adalah tidak benar?. Nampaknya Timbalan Pengarah SPRM terus terang nak umumkan yang beliau tak
professional dan tak berkecuali. Nampaknya timbalan pengarah SPRM ini nak "ketua" dan orang yang meletakkan beliau pada
jawatan ini tahu bahawa "jangan bimbang, saya masih orang kamu". Nak rakyat percaya pada SPRM lagi?. Kita semua harap
dan berdoa ada lagi orang SPRM yang berimam dan bersih tampil
ke depan lagi dan dedahkan lagi banyak cerita lagi apa yang sedang berlaku si SPRM.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +2
0
...
written by CD , August 24, 2009
HAI ABU KASSIM
MALAIKAT MENCATIT PERBUATAN KAMU DAN ALLAH MELIHAT PERBUATAN KAMU.
INGAT ABU KASIM KAMU TIDAK AKAN KEKAL DI DUNIA
HAI ABU KASIM INGAT UMNO TAK DAPAT MEMBANTU DIAKHIRAT HARTA DUNIA AKAN DITINGGAL CUMA AMALAN TEMAN DALAM KUBUR
HAI ABU KASIM INGAT AZAB KUBUR TOYOL DAN UMNO TIDAK
DAPAT MEMBANTU.
HAI ABU KASIM INGAT DUNIA HANYA SEMENTARA
HAI ABU KASIM DUNIA PENUH KEPALSUAN
HAI ABU KASIM INGAT TEMAN SEJATI HANYALAH AMALAN
HAI ABU KASIM INGAT TITANIC INGAT AZAB KUBUR
HAI ABU KASIM BERTAUBATLAH SEMASA NYAWA MASIH ADA
TAK TAHU BILA NYAWA AKAN DICABUT INGAT ABU KASIN,,,,,,,,
report abuse
vote down
vote up
Votes: +3
0
...
written by IMALAYSIA , August 24, 2009
revamp and put up new faces to solve this
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by yustam , August 24, 2009
Real Mission

You are right as always. If this is not another one of the sandiwara of PKR Anwar what is?

Tak habis habis sandiwara. Apa sebenarnya ini inkues TBH atau sandiwara Anwar nak hentam hentam UMNO saja? Sekarang bertambah tambah lagi cerita cetira sandiwara PKR bila ada orang orang membuat buat cerita. Nampak sangat tipu helah orang orang PKR. Hanya nak hentam UMNO saja. Tak ada pun kena mengena dengan kematian TBH.

Macam mana pula cerita baru lagi nanti yang hendak dikaitkan dengan surat itu?

Boleh bawa ssrat beramai ramai pula tu. Apa kene mengena dengan kematian TBH dengan surat ini. Bodoh sangat ke orang yang menulis surat tu? Jadi cerita sajalah kematian TBH tu?

The PR bloggers here are already out of ideas to attack UMNO? How could UMNO be involved in the the death of TBH in the first place. UMNO is only a party. It takes a person to commit a crime if a crime has been committed at all.

No one has come up with any real evidence that a crime has been committed, just political salvos to attack UMNO only. It does not even have anything to do with the TBH death.
report abuse
vote down
vote up
Votes: -3
0
...
written by UMNO=UntukMelayuNoOtak , August 24, 2009
umno PEMBUNUH. umno YANG SURUH, PERGI JAHANAMLAH UMNO.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
0
...
written by Hang Jebat2 , August 24, 2009
Bomoh seluruh M'sia telah melihat bahawa pembunuh sebenar adalah Datuk Abu Kassim. Dia lah yg tak beri DNA dalam bilik mesyuarat. Penyiasat mesti ambi DNAnya sekali lagi dan disaksikan oleh orang yg boleh dipercayai. Gerente puny DNA yg tak dikenali tu dia empunya...

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by Malaysianaxn , August 25, 2009
Datuk Abd Kassim Mohamed

U R TALKING TO THE AIR
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by e-judgewali , August 26, 2009
the people has shown their disappointment thru the permatang pasir by election. umno masih tak faham.smilies/sad.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
Write comment

busy
Last Updated on Sunday, 23 August 2009 01:59
 
Copyright © 2008 Malaysia Today | The People's Portal | Malaysia News and Blogs. All Rights Reserved. Malaysia Today News Online
Malaysian daily news | Hot Topics | Breaking News | Happenings | Lifestyle

Advertiser Links(Contact us to advertise your link here):
Malaysia Holiday | Malaysia Property | Malaysia Auction | CutiCutiMalaysia | Malaysia Car | Malaysia Business | Malaysia Art |
Bangsar | Sri Hartamas | Johor Bahru | Kuantan | Kota Kinabalu | Georgetown | Toto Results | Malaysia Hotels | Football | Bola Sepak | Malaysia Games | Yoga | Malaysia Wedding | Forex Tips | Pelajar | Kampung Chat |
Mont Kiara | Melayu | Stock Market | Cyberjaya | Jobs in Malaysia