|
Sasaran pertumbuhan ekonomi 3.5 % suku keempat |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 01 December 2008 20:03 |
|
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa kerajaan meletakkan sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak 3.5 % pada suku keempat yang menjadikan 5.5 peratus keseluruhan tahun ini. Beliau memaklumkan pada suku ketiga tahun ini, negara berjaya mencapai pertumbuhan 4.7 peratus. "Jika kita dapat capai pertumbuhan tahun ini 5.5 peratus, ia adalah sangat-sangat baik," katanya. Abdullah turut meminta agar kakitangan awam percepatkan proses permohonan mengkaji semula harga kontrak berikutan kenaikkan harga barangan. Beliau menegaskan kelembapan perkara tersebut akan merugikan kontraktor yang sekali gus merugikan rakyat yang tidak dapat menikmati pembanggunan sebagaimana yang dijanjikan. "Apa untung kita delay permohonan itu. Dahlah itu, ugut pula orang yang buat aduan tentang kelambatan itu. Oh...orang ini dah ada kabel besar, tahulah dia nanti,"tegasnya. –Malaysia Today
 |