|
Ringkasan ucapan Presiden PKR |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Saturday, 29 November 2008 22:22 |
|
Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan dasar beliau dalam Kongres keADILan 2008. “KeADILan telah memainkan peranan yang signifikan dalam reformasi politik, sosial dan ekonomi negara bersama PAS dan DAP dimana kita hanya setapak sahaja lagi untuk membentuk sebuah kerajaan baru. Pilihan Raya Umum ke-12: Satu Kejayaan Gemilang bagi Parti kita, Pakatan Rakyat, dan Fajar Baru untuk Malaysia. Parti kita berjaya memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri. Lima tunjang utama Manifesto Pilihanraya 2008 ialah pertama, kita berjanji menjadikan Malaysia sebuah negara madani untuk semua rakyat. Kedua, kita bertekad membina semula ekonomi negara untuk seluruh rakyat Malaysia. Ketiga, kita bertekad mewujudkan Malaysia yang selamat untuk semua dan melaksanakan saranan yang telah diberikan oleh panel Suruhanjaya DiRaja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia. Keempat, kita berjanji menyediakan harga mampu barangan untuk semua golongan masyarakat dan mengawal harga barangan asas bagi menjamin bekalan yang konsisten dan berterusan. Kelima, menyedari bahawa pendidikan adalah teras pembangunan negara maka kita berazam menyediakan pendidikan bermutu untuk semua rakyat.” –Malaysia Today
 |