| Reformis lapor salah guna kuasa Khalid |
|
| Written by Syah | |
| Monday, 01 December 2008 20:10 | |
|
Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) membuat laporan kepada polis berhubung salah guna kuasa dan wang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam penganjuran majlis keramaian dan jamuan makan sempena Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Malawati. Presiden Reformis Ramlan Abu Bakar menegaskan pihak polis perlu membuat siasatan terhadap mereka yang terlibat dalam dakwaan tersebut yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan negeri. Beliau turut menyatakan bahawa laporan yang sama akan dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Sebelum ini Reformis bertindak untuk melakukan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kerana kenaikkan kadar sewa rumah awam. Bagaimanpun Ramlan memaklumkan yang pihaknya akur dengan keputusan pihak polis kerana tidak membenarkan demonstrasi itu diadakan. –Malaysia Today |