|
PKR sambut baik kesedian Lim berbincang |
|
|
|
|
Written by Hariz
|
|
Monday, 06 July 2009 02:31 |
|
Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim menyambut baik kesudian Ketua Menteri. Lim Guan Eng yang mahu bertemu dengan pemimpin PKR bagi menyelesaikan segala masalah berbangkit. Beliau berkata, pertemuan seperti itu merupakan jalan terbaik untuk kedua-dua pihak berbincang secara terbuka dan dari hati ke hati mengenai hubungan mereka. Pemimpin PKR memang menantikan peluang untuk bersemuka dengan Ketua Menteri supaya mendapat penjelasan secara langsung mengenai dasar dan tindakan kerajaan negeri ketika ini, katanya. "Kesediaan Lim untuk bertemu dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP) PKR di Pulau Pinang boleh memulihkan hubungan PKR dan DAP. Saya ucap terima kasih," katanya.
 |