|
Peralihan kuasa : tukar pemimpin rasuah – Anwar |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Saturday, 29 November 2008 22:16 |
|
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menjelaskan erti peralihan kuasa yang dimaksudkan ialah menukar pemimpin yang berasuah dan tidak bermoral kepada pemimpin yang lebih adil dan bersih. Beliau menyifatkan peralihan kuasa yang dijalankan BN dan UMNO adalah tidak seperti itu kerana pemimpin yang dinaikkan adalah dikalangan mereka yang zalim dan perasuah. Beliau turut menyamakan pemimpin BN seperti Presiden Amerika, George w Bush yang suka menafikan dakwaan. "Rakyat ada pilihan samada hendak kekalkan sisitem yang perasuah, yang mengekalkan ISA, yang meminggirkan kaum miskin, atau rakyat boleh memikirkan perubahan seluruhnya, kalau ini berlaku kita akan benar-benar merdeka, itu pilihan yang ada pada rakyat," katanya. –Malaysia Today
|