|
Written by Syah
|
|
Wednesday, 20 August 2008 15:53 |
|
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen memaklumkan slot pendidikan seks akan diselitkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada sesi Januari 2009. Beliau berkata ianya akan dilaksanakan selama 10 jam di setiap kem PLKN. Modul yang dikenali sebagai'Self Preservation, Self Protection and Self Determination' di mana ianya merangkumi nilai individu dan keluarga, pemahaman perubahan struktur badan secara fizikal (mengikut gender) dan emosi. "Kita harus memberi pengajaran dan pengenalan tentang aspek-aspek ini supaya mereka lebih mengenali diri sendiri dan memahami masalah yang dihadapi," katanya. Beliau memaklumkan kebanyakkan remaja kini mendapat pendidikan seks daripada rakan – rakan dan juga melalui internet dan menyifatkan kebanyakkan daripada maklumat tersebut kurang tepat. Selain itu, beliau turut memberitahu kementerian sedang dalam perancangan untuk menubuhkan unit tugas khas untuk mewujudkan "modul kebapaan" yang berperanan mengkaji peranan lelaki sebagai suami dan bapa dalam keluarga dalam membantu menghadapi tekanan hidup dan kawalan emosi. –Malaysia Today
 |