|
MCA tetap komited dengan BN – Ong |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Saturday, 29 November 2008 22:11 |
|
Presiden MCA Datuk Ong Tee Keat menegaskan parti itu akan terus komited dengan Barisan Nasional (BN) untuk bersama – sama menjayakan program bersama yang boleh dijayakan. Beliau berkata BN tidak seharusnya patah semangat akibat kekalahan di lima buah negeri semasa pilihanraya umum lalu serta kegagalan mengekalkan 2/3 kerusi di Parlimen. "Kita akan ambil masa untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat dan keyakinan diri kita sendiri. Kekalahan BN mesti dijadikan iktibar untuk memantapkan parti itu," katanya. Menteri Pengangkutan itu menegaskan semangat setiakawan dalam BN perlulah dikekalkan kerana kekalahan tersebut perlulah dijadikan iktibar dalam menghadapi ujian getir sesama parti komponen. "Semangat setiakawan ini akan tetap menjadi tunjang BN. Setelah kita kalah kita perlu menggandakan usaha untuk menarik balik sokongan rakyat,” tegasnya. –Malaysia Today
 |