|
Kit Siang akan temui MB Kedah |
|
|
|
|
Written by Hariz
|
|
Sunday, 05 July 2009 02:56 |
|
Ketegangan yang timbul antara DAP Kedah dengan kepimpinan kerajaan negeri itu akan cuba diselesaikan di peringkat negeri. Penasihat parti, Lim Kit Siang berkata, beliau sendiri akan berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk membincangkan tentang perkara itu secepat mungkin. "Saya akan berjumpa dengan Menteri Besar dan merangka (penyelesaian) untuk mengatasi masalah ini supaya kerajaan pakatan dapat diperkukuhkan. "Kalau tak dapat selesai di peringkat negeri, seluruh Malaysia pun akan bertanya apakah pakatan boleh jadi pilihan yang kredibel?" katanya. Katanya, selepas berbincang dengan DAP Kedah, beliau kini lebih memahami dan mendapati bahawa DAP negeri mempunyai alasan tersendiri untuk keluar dari pakatan pembangkang di negeri itu.
 |
Komen2 camnilah yang akan membuat pro BN/umno mudah diserang Selsema b**i.
Ingat! Kuat Pakatan, Lenyaplah BN. Lenyap BN , lenyaplah umNO!