| Khalid alukan UiTM bawa isu ke mahkamah |
|
|
|
| Written by Syah | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Wednesday, 20 August 2008 11:52 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalu – alukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk membawa isu 10 peratus kuota diperuntukkan kepada penuntut bukan Bumiputera di institusi itu, ke mahkamah. Beliau memaklumkan masyarakat Bumiputera, Melayu dan Malaysia sudah matang dan sedar sekiranya ianya dilaksanakan akan dapat membimbing ke arah globalisasi yang lebih cemerlang. "Maknanya negara Malaysia akan dapat bersaing secara berkesan dengan masyarakat luar negara dan dunia akan datang memerlukan perkhidmatan yang mahir. Oleh sebab itu setiap gunatenaga dalam negara mesti dipertingkatkan kemahiran mereka, saya rasa cadangan untuk keterbukaan daripada segi pendidikan adalah perlu," katanya. Ianya berikutan Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah memaklumkan akan menggunakan undang – undang supaya Khalid memohon maaf atas kenyataan beliau itu. – Malaysia Today
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 444
Write comment
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||





