Login Form




Love Malaysia Today?
Link to us from
your blog or website.




Bookmark Malaysia Today
Kerajaan pastikan ekonomi terbaik – Najib PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 01 December 2008 20:22

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan akan memastikan tahap ekonomi Malaysia berada pada tahap terbaik dalam menghadapi masalah kemelesetan ekonomi dunia kini. Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan unutk menyelamatkan ekonomi negara daripada terjebak dengan masalah ekonomi dunia.

"Keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan bahawa kita dapat menentukan pertumbuhan ekonomi yang setinggi mana yang mampu kita lakukan dalam keadaan ekonomi dunia yang seperti mana yang kita lihat pada masa ini. Kita sedar bahawa dalam masa terdekat ini cabaran utama ialah untuk menyelamatkan negara kita dari terjebak dalam tekanan ekonomi dunia sehingga negara kita terjerumus dalam keadaan kemelesetan," katanya. –Malaysia Today

feed22 Comments
Cucu kublai khan
December 02, 2008
124.82.97.123
Votes: +1

turun harga barang dulu, jangan minyak saja turun, barangan keperluan lain tidak turun. Banyak cakap, isu sebenar tidak diselesaikan. Letak jawatan lah kalau tak mampu

report abuse
vote down
vote up
attan_toya
December 02, 2008
118.101.236.63
Votes: +1

Janji elok2 kat rakyat,jangan songlap duit rakyat. Tu yang kami marah sangat tu. Nak bagi subsidikat rakyat berkira sangat, tapi kamu sapu komisyen berjuta2. Inilah kebocoran wang negara yang rakyat dah nampak skrg.

report abuse
vote down
vote up
amri
December 02, 2008
60.51.74.253
Votes: +1

KUALA LUMPUR 1 Dis. — Kerajaan Negeri Terengganu bercadang untuk membina sebuah kilang pemasangan komputer riba dan komputer yang bernilai RM8.5 juta bagi membekalkan Classmate PC yang dipacu Intel kepada pelajar sekolah di negeri tersebut.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata pembinaan kilang tersebut akan bermula pada awal tahun hadapan dan pelaksanaan dijangka selesai menjelang April 2009.

“Kerajaan negeri membelanjakan RM8.5 juta untuk tujuan ini dan pengeluaran pertama adalah dijangkakan pada April 2009. Kilang ini mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 10,000 unit sebulan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Kerajaan Negeri, Top IT Industries Sdn Bhd dan Intel Malaysia di sini hari ini.

Sebagai permulaan, sebanyak 25,000 Classmate PC akan dibekalkan kepada pelajar tahun lima pada April 2009.

Projek seluruh negeri ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan menerusi peralatan komputer mudah alih dan pembelajaran menerusi teknologi maklumat (IT).

Projek yang dinamakan Projek Buku Eletronik ini diilhamkan oleh kerajaan negeri Terengganu dan menandakan langkah pertama untuk memanfaatkan teknologi dalam bentuk digital untuk menggantikan buku teks sekolah.

Projek ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Top IT Industries Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Terengganu dengan sokongan Dewan Bahasa dan Pustaka yang membantu dalam proses mengubah buku teks sekolah menjadi format PDF digital untuk Classmate PC yang dipacu pemproses Intel.

Mengenai peluang pekerjaan, Ahmad berkata buat permulaan, kerajaan negeri akan mengambil kira-kira 50 orang pekerja dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

— BERNAMA

ulasan: bunga-bunga pilihanraya kecil di Parlimen Kuala Terengganu.Pakatan Rakyat tak perlu berbalah tentang kerusi sehingga jadi perebutan antara PKR dengan PAS.Lagipun kerusi ini milik PAS.Bertolak-ansurlah dengan PAS.Hubungan PAS dengan PKR ibarat abang dengan adik.
Faktor anak negeri jangan jadi alasan untuk menolak mat sabu kerana rakyat kelantan telah lama menolak semangat kenegerian.bukti dalam PRU12 Saifuddin Nasution menang di Machang,Nasharuddin Mat Isa menang di Bachok.Bagitu juga Dr Hatta Ramli,Salahuddin Ayob.
Jangan kerana perebutan kerusi BN menang mudah.....
Kepada PKR Terengganu.....bertolak-ansurlah..Faktor yang perlu diutamakan ialah mengukuhkan Pakatan Rakyat

report abuse
vote down
vote up
Long Pau
December 02, 2008
60.53.235.100
Votes: +1

jib ni tau ke jaga hal ehwal ekonomi???

ranapkan ekonomi dia tau le

report abuse
vote down
vote up
amri
December 02, 2008
60.51.74.253
Votes: +1

Laporan www.agendadaily.com

Harga baru minyak akan diumum

TERBARU: Harga runcit petrol dan diesel yang baru akan diumum tidak lama lagi, demikian dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari Isnin.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Difahamkan kerajaan akan memperkenalkan harga minyak yang baru ekoran penurunan harga minyak mentah dunia. Selain itu kerajaan juga sedang mempertimbang untuk memperkenalkan harga lantai petrol dan diesel.

Menjelas lanjut mengenai mesyuarat tersebut, Najib berkata, isu keyakinan pelabur dan peniaga tempatan terhadap soal keselamatan banyak dibincangkan.

Malah, Ketua Polis Negara telah memberi taklimatnya kepada mesyuarat tersebut berhubung langkah-langkah untuk memulihkan imej serta jaminan keselamatan yang telahd iambil, kata Najib.

Mengenai dakwaan Malaysia terb**it dengan insiden keganasan di Mumbai, India, beliau berkata, kenyataan itu dibuat tanpa bukti.

Bagaimanapun jelasnya, pihak berkuasa Malaysia sentiasa berhubung dengan Interpol. - 1/12/2008

Ulasan:Harga syiling diperkenalkan kerana kerajaan tidak mahu turunkan harga minyak lagi biarpun harga minyak dunia terus turun dan dijangkakan pada tahun depan harga minyak dunia menjunam ke paras USD30 setong.

Selepas ini kerajaan akan menurunkan harga minyak kepada RM1.85 seliter iaitu penurunan 15 sen seliter.Pada harga inilah kerajaan bercadang menjadikannya harga lantai biarpun harga minyak dunia terus turun,harga minyak di Malaysia kekal pada harga RM1.85 seliter kerana kerajaan BN tamak untuk mengaut keuntungan yang banyak.sekarangpun rakyat malaysia dah beri subsidi 38 sen seliter kepada kerajaan BN.
Inilah kerajaan lintah darat.rakyat menderita dia kaya-raya.kepada semua rakyat khususnya di Kuala Terengganu,pangkahlah pakatan rakyat sebagai pengajaran kepada kerajaan BN pada pilihanraya kecil parlimen kuala terengganu kelak



report abuse
vote down
vote up
Shana^_^
December 02, 2008
210.186.159.104
Votes: +0

as an economy student i can see what lame ways... our malaysia econs is heeding.....

there's sure gonna get a effect after the US's fall....

sGpore is already with lots of lots of money to deal with the after effect...

while M'sia Gov denies that there is not gonna be any Effects and even if there is we wont get effected......

How lame.......
if USD goes down our Export to US goes down too.........!!!

and our National income is Gonna go down....

LAME... LAME najib.... why dont you just tell the citizen how terrible our econs is........!!!!

and why ppl who has never studied econs in charge of national Econs...??!?!?!?!?!

report abuse
vote down
vote up
Long Pau
December 02, 2008
60.53.235.100
Votes: +0

amri

RM1.85 walaupun minyak global naik ke US130 ke????

report abuse
vote down
vote up
adik tun bn
December 02, 2008
60.53.69.2
Votes: -1

betul tu datuk seri,

bukan macam tin kosong cakap bole la buat hmmmmm...kat orang tua HARAM nya betul....

report abuse
vote down
vote up
amri
December 02, 2008
60.51.74.253
Votes: +1

Ini harga lantailah.kalau naik macam tu sudah tentu ada harga syiling pulak.

report abuse
vote down
vote up
mahaguru
December 02, 2008
124.13.117.198
Votes: +1

Najibtuya, jangan cerita banyak pasal ekonomi. 1. Turunkan harga minyak ikut harga minyak pasaran dunia. Jangan terlalu lama rakyat terpaksa beri subsidi kepada kerajaan. 2. Jangan rompak wang KWSP rakyat. Mereka rakyat bawahan majoritinya, simpan duit dengan keringat membasahi tubuh. Senang2 Najibtuya merompak wang simpanan rakyat. 3. Isytihar kan harta kamu, harta Rosmah, harta semua anak2 kamu. Dah berapa ratus juta yang kau sapu daripada perbendaharaan negara atas nama komisyen!
Hanya ahli umno penjilat,pengampu, dan sedia diperbodohkan saja yang akan menyokong apa saja yang Najibtuya buat. Kesian ahli umno, dah tak tahu memilih pemimpin, sebab semuanya dah bergelumang dengan rasuah!

report abuse
vote down
vote up
Hang Jebat
December 02, 2008
60.52.92.34
Votes: +1

Najis, bila janji mesti sumpah baru le rakyat caya... smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif

report abuse
vote down
vote up
LOKE
December 02, 2008
118.101.42.99
Votes: +2

Rakyat dah mula sangsi dengan Najib kononnya pakar ekonomi Malaysia yang baru, kamu pun sama, kamu rela korbankan rakyat jelata dengan bebanan harga minyak yang tinngi.

Mungkin ;

1)itukah cara kamu nak pulihkan ekonomi negara?

2)ataupun poket2 kamu belum cukup penuh?

3)dimanakah janji kamu dan pak Sharir beruban?

02 12 2008 Harga minyak mentah dunia USD50.53/barrel @ USD1.00=RM3.45 maka harga minyak mentah bersamaan dengan RM1.10/litter.

Berbillion-billion ringgit kamu perolehi dari rakyat jelata.

Rakyat hairan, tergamak kamu kalian berbohong dengan majikan kamu dan yang tak masuk akal ialah ;

1)negara pengeluar minyak Malaysia mengharapkan minyak mentah dunia turun?

2)kamu memberi alasan yang harga minyak akan turun sekiranya harga minyak dunia turun?

3)apa alasan atau fahaman matematik mudah yang kamu amalkan?

Negara2 pengeluar minyak dunia akan simpati dengan rakyat Malaysia dan yang pasti mereka tahu pemimpin2 negara korup.

Anak Malaysia.

report abuse
vote down
vote up
zipppp
December 02, 2008
91.73.202.234
Votes: +1

mampus ,
najis najis,satu malaysia dia jual
rakyat susah
keluarga najis kaya raya

report abuse
vote down
vote up
TUN BN
December 02, 2008
202.190.126.52
Votes: -1

loke,

cakap suma tak betul kalau umno buat bila pkr buat tak betul dia kata betul....putar alam la ko loke

korang tau ke loke ni suka maki hamun orang,tidak pandai bersabar banyak da mangsa kena maki hamun dia tu.......nampak perangai yang tak betul orang2 pkr ni

report abuse
vote down
vote up
Iskandar Zulkarnain Suka Malaysia
December 02, 2008
202.75.4.160
Votes: +2

Saya suka Malaysia apabila melihat Menteri Kewangan bukan dari orang berlatarkan pengurusan kewangan. Ibarat orang seperti ini bagai tikus yang membaiki (menampal) labu. Bukan labu dapat ditampal tetapi makin tambah berlubang dan akhirnya isi labu pecah terburai. Begitulan kesakitan kewangan negara sekarang yang ditangani oleh orang-orang yang pakar kewangan, tetapi tindakan mereka menyonsang arus, kadang-kadang menongkah arus kadang-kadang banyak yang mengikut arus kewangan global, tindakan mengikut arus inilah yang meranapkan dunia kewangan negara. Pegawai kewangan negara dihinggapi penyakit tikus membaiki labu. Sejuta sorakan yang mencemuh kepada Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan yang gagal membendung kemurungan ekonomi negara yang makin meruncing walaupun beribu langkah yang diambil tetapi tidak ada sebarang perubahan langsung.

report abuse
vote down
vote up
2loose
December 02, 2008
58.26.47.62
Votes: +0

lantik penyamun jaga rumah kita..bagus cerdik pak lah

report abuse
vote down
vote up
TUN BN
December 02, 2008
202.190.126.52
Votes: -3

ekonomi malaysia maju
siapa yang marah dan dengki

TENTU LAH ORANG PKR START LA NAK BUAT FITNAH TU START LA MAIN BELAKANG TU...

PKR PARTI DENGKI SEDUNIA

LOKE,

MALU LA SIKIT DENGAN PARTI KO TU

report abuse
vote down
vote up
@nti_Rust
December 02, 2008
60.49.125.115
Votes: +0

wahai pencacai2 be end...p tengok kat sektor perkilangan skang nie...p check p selidik ekonomi malaysia ni bek ka x bek ka....munkee tol pencacai be end ni

report abuse
vote down
vote up
KEMBAR TUN BN
December 02, 2008
124.82.24.161
Votes: +0

LOKE,

AKU MALU JADI KEMBAR DIA... MENGAKU UMNO/BN TUH BUAT BENDA YG BETUL.. MENGAKU PEMIMPIN DIA PIMPIN NEGARA DGN BAIK... KEMBAR AKU TU DAH PEGANGAN DIA UMNO/BN TERMAKAN BUDI DGN WANG RINGGIT BILLION RASUAH PROJEK SANA SINI KOMISYEN SANA SINI.. USAH DI LAYAN PERANGAI KEMBAR AKU TUH.. BIAR DIA BUAT DAN KUMPUL DOSA DENGAN KRONI2 PEMIMPIN UMNO/BN...

report abuse
vote down
vote up
LOKE
December 02, 2008
60.54.141.217
Votes: +2

TUN BN

rakyat berkecuali, siapa yang perintah sekarang, kerajaan BN ke Pakatan Rakyat, jadi banyak sangat salah laku dan rasuah? nak lagi sokong BN! jadi nak salahkan Pakatan Rakyat, masa akan tiba, rakyat akan bantai PR bila mereka salah.

Rakyat ada mata, tak sama dengan TUN BN dan sekutunya yang terlalu taksub dengan BN, salah pun kamu cakap betul, kalau betul rakyat puji, tengok komen2 rakyat yang lepas.

Kamu kena insaf, kamu telah hilang tujuan, kamu tak tahu apa yang kamu sokong? apa yang kamu perjuangkan?

Biar rakyat tanya soalan yang senang, KENAPA TUN BN SOKONG BN HARI INI?

Kalau ini pun tak boleh jawab, tak usahlah pandai2 bagi komen.

Anak Malaysia- TUN BN kamu memang memalukan dengan mengaku yang kamu sebagai penyokong BN. rakyat tahu BN pun tak inginkan ahli yang berfikiran cetek macam kamu.

report abuse
vote down
vote up
mahaguru
December 02, 2008
124.13.118.156
Votes: +0

Usah dimarah pada Tun Bee End tu. Dia bukan sekolah. Kan senang puak2 BN dapat orang macam tun, boleh cucuk hidung dan suruh cuci.....Jika Malaysia bangkrap sekalipun di bawah BN, tun akan tetap kata pemimpin BN masih yang terbaik. Jika ada lagi Monggolian yang kena bom c4 dengan Rosmah/Najib, pun tun akan akata Najib masih yang terbaik. Itulah dia mentaliti penganut BN yang dah berkarat dan sebati dengan makan rasuah/penyelewengan.

report abuse
vote down
vote up
arkisz
December 03, 2008
202.184.138.2
Votes: +0

tak per malaysia semua boleh, boleh pelingkup negara.

report abuse
vote down
vote up

Write comment
 
 
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
smaller | bigger
 

busy
 
Copyright © 2008 Malaysia Today | The People's Portal | Malaysia News and Blogs. All Rights Reserved. Malaysia Today News Online
Malaysian daily news | Hot Topics | Breaking News | Happenings | Lifestyle

Advertiser Links(Contact us to advertise your link here):
Malaysia Holiday | Malaysia Property | Malaysia Auction | CutiCutiMalaysia | Malaysia Car | Malaysia Business | Online Games | Malaysia Art
Bangsar | Sri Hartamas | 4D Results | Malaysia Family | Malaysia Community | Malaysia Hotels | Malaysia Football | Bola Sepak
-