|
Indeks jenayah negara masih terkawal |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Saturday, 29 November 2008 22:01 |
|
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memaklumkan walaupun terdapat peningkatan terhadap indeks jenayah negara, ianya masih lagi terkawal. Beliau menjelaskan peningkatan tersebut masih belum sampai ke tahap yang membimbangkan dimana sebanyak 772 kes daripada 100,000 penduduk. Beliau membandingkan dengan negara lain seperti Hong Kong 1,166 kes, Jepun 1,569 dan Australia 4,470 kes. "Ini merupakan petanda yang baik bagi pelancong untuk melawat Malaysia berbanding negara jiran kita yang sedang bergolak seperti di Bangkok, Thailand dan Mumbai, India," katanya. Setakat Oktober ini sebanyak 177,141 kes jenayah dilapor berbanding 171,454 kes pada tahun lepas dalam tempoh yang sama. –Malaysia Today
 |