|
Gerakan tiada niat keluar BN – Najib |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Wednesday, 20 August 2008 16:30 |
|
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Gerakan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN). Beliau mendakwa perkara tersebut dimaklumkan oleh Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semasa perbincangan antara mereka. "Saya dah bincang dengan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan dia terkejut dengan perkara ini. Dia nyatakan bahawa tidak ada hasrat atau cadangan Gerakan akan buat begitu," katanya Sebelum ini terdapat cadangan daripda perwakilan Perak supaya parti itu meninggalkan BN sekiranya gabungan itu tidak dapa menyelesaikan isu perkauman dan agama. Selain itu, Setiausaha Agung Gerakan Datuk Seri Chia Kwang Chai memaklumkan telah menerima surat keluar parti daripada anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan, Datuk Dr Toh Kin Woon. "Saya sahkan beliau telah keluar parti dan ibu pejabat Gerakan telah terima surat itu petang ini," tambahnya. –Malaysia Today
 |