|
Gabungan PR rapuh dan akan berpecah: Zahid |
|
|
|
|
Written by Hariz
|
|
Thursday, 02 July 2009 23:55 |
|
Kerapuhan gabungan Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh diselindungkan lagi dan tidak mustahil PR akan terlerai sepenuhnya tidak lama lagi, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Perlu diakui PAS mempergunakan DAP dan DAP menjadikan PAS kuda tunggangan mereka dan apa yang berlaku di Kedah hari ini membuktikan pakatan itu rapuh kerana mereka sebenarnya hanya berkahwin mutaah. "Cukuplah perkahwinan mutaah itu, bubarlah pakatan yang tidak memberi makna dan PAS sertailah kami (Barisan Nasional)," katanya. Beliau mengulas tindakan DAP Kedah semalam yang mengumumkan keluar daripada PR negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS yang gagal menghalang perobohan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Dr Ahmad Zahid berkata, demi kepentingan negara, PAS sewajarnya mengkaji hubungan tidak bermakna itu kerana ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat.
 |
|
Last Updated on Friday, 03 July 2009 00:04 |