|
Empat pemuda UMNO didenda, lapan MP ditegur |
|
|
|
|
Written by Hariz
|
|
Thursday, 02 July 2009 23:52 |
|
Lapan anggota Parlimen pembangkang ditegur manakala empat pemimpin Pemuda UMNO didenda RM1,000 seorang setelah Dewan Rakyat meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat mengenai aduan Karpal Singh yang mendakwa dikasari kumpulan itu di Parlimen pada Februari lalu. Lapan ahli Parlimen itu yang terdiri daripada lima saksi kejadian dan tiga merupakan ahli jawatankuasa berkenaan ditegur kerana gagal menghadirkan diri pada siasatan dan mesyuarat jawatankuasa berkenaan. Ahli Parlimen yang ditegur ialah Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Lim Lip Eng (DAP-Segambut), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang merupakan saksi kejadian. Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Kamaruddin Jaafar (Pas-Tumpat) dan S Sivarasa (PKR-Subang) adalah anggota jawatankuasa berkenaan. Empat pemimpin Pemuda UMNO Selangor yang didenda ialah Ketua Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan, Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omar Din, Ketua Pemuda Shah Alam Azahari Shaari, Ketua Pemuda Serdang Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal.
 |