|
Dua pelajar UM conteng dinding sindir Rosmah direman |
|
|
|
|
Written by Hariz
|
|
Tuesday, 30 June 2009 21:47 |
|
Dua pelajar Universiti Malaya (UM) ditahan berhubung kes menconteng dinding sempena kedatangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Akademi Pengajian Islam dan dibawa ke Mahkamah Majistret semalam untuk direman. Kedua-dua pelajar itu ditahan minggu lalu selepas menconteng dinding dewan dalam lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' buat anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam. Salah seorang pelajar tahun dua itu ditahan di rumahnya pada Rabu lalu, manakala seorang rakannya ditahan pada Jumaat lalu sebelum dibawa ke Balai Polis Brickfields untuk membantu siasatan. Kedua-duanya didapati bersalah kerana menconteng dinding dewan dengan perkataan seperti 'C4', 'puaka' dan 'Altantuya' dengan motif tertentu.
 |