|
DAP Kedah ambil keputusan keluar PR |
|
|
|
|
Written by Hariz
|
|
Wednesday, 01 July 2009 23:59 |
|
DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Setar. Sebelum itu, pihak Majlis Bandaraya Alor Setar dilaporkan menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut pada jam 3.30 petang. Susulan daripada itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya bertindak menghalang operasi berkenaan tetapi gagal. DAP negeri kemudian mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut. Justeru pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Sementara itu, ibu pejabat DAP di ibu negara dijangka mengadakan mesyuarat tergempar pada esok hari bagi membincangkan perkara tersebut.
 |
|
Last Updated on Thursday, 02 July 2009 00:11 |
Ini baru 1 negeri blum lg 1 negara huhu