|
DAP bincang isu keluar PR Kedah minggu depan |
|
|
|
|
Written by Hariz
|
|
Friday, 03 July 2009 23:04 |
|
Jawatankuasa Kerja Pusat DAP dijangka mengadakan mesyuarat minggu depan bagi membincangkan tindakan DAP Kedah keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, mesyuarat itu akan diadakan selepas mendapat maklum balas daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang esok. "Saya percaya surat (daripada DAP Kedah) telah dihantar ke ibu pejabat (DAP). Saya belum baca surat itu lagi," katanya. Pada Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada PR negeri kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dekat Alor Setar. Beliau juga menyifatkan kerajaan Kedah pimpinan PAS sebagai lemah dan sering menimbulkan masalah termasuk mengenakan kuota perumahan Bumiputera sebanyak 50 peratus.
 |
NAK LIHAT TULISAN ADILSRWK DAN RAJKAMAL-