|
Buang pengaruh pembangkang di GLC –wakil UMNO |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Saturday, 17 October 2009 03:44 |
|
Wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani menyarankan agar menolak pihak syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang mempunyai kaitan dengan pembangkang. Beliau menegaskan ianya adalah penting bagi memastikan sokongan terhadap UMNO akan utuh. Beliau berkata, kumpulan tersebut mempunyai ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan kakitangannya yang menyokong pembangkang.
"Mereka membenarkan ceramah pembangkang dalam premis mereka sendiri. Berikan perhatian kepada ahli Umno yang setia kepada parti dan yang berkelayakan, agar dapat menjalinkan hubungan baik dengan GLC," katanya. Di samping itu beliau turut berharap agar pimpinan UMNO dapat memberikan pengiktirafan kepada ketua cawangan Umno di Wilayah Persekutuan. –Malaysia Today
 |