Job Vacancy

1. Part Time Photographer
We accept most event photos

2. Part Time Reporter
Writing in BM/English/Chinese

Send your articles or photos to
admin[at]malaysiatoday.com


Daily News Alert!
* Your email address:
   Name:
   Mobile:
* Enter the security code shown:
 

Your privacy is 100% protected!
Register for Free

You can now be MalaysiaToday Blogger. Signup and start blogging now!


Recent Activites

2 days ago
tyc NUMBER PLATE WANTED Please SMS your no plate 012-9323852,012-9323952 Email : no.plates@yahoo.com 12:27 AM
tyc NUMBER PLATE WANTED Please sms your no plate 012-9323852,012-9323952 Email : no.plates@yahoo.com 12:27 AM
tyc NO PLATE WANTED Please sms your no plate 012-9323852,012-9323952 Email : no.plates@yahoo.com 12:25 AM
tyc CAR NUMBER PLATE WANTED! 12:24 AM
tyc NO PLATE WANTED,Single And Double Digit,Please SMS 012-9323852 OR Email : no.plates@yahoo.com 12:08 AM
tyc NO PLATE WANTED,Single And Double Digit,Please SMS 0129323852 OR Email : no.plates@yahoo.com 12:05 AM
tyc NO PLATE WANTED 12:04 AM
tyc 1,2, 12:02 AM
3 days ago
tyc NO PLATE WANTED ! Single And Double Digit Please SMS 012-9323852,012-9323952 11:52 PM
 

Love Malaysia Today?
Link to us from
your blog or website.




Bookmark Malaysia Today
Kalau UMNO, buat apa saja boleh? PDF Print E-mail
Written by Malaysian   
Saturday, 22 August 2009 21:29

UMNO selalu dan bila-bila pun akan menuduh PAS dulu dalam apa jua hal. Walhal yang memulakan sesuatu isu, perkara, hal itu dan ini adalah UMNO. Sejarahnya bermula dalam masyarakat Malaysia, PAS dituduh pecah belahkan masyarakat. Antaranya melahirkan dalam satu kampung dua imam, dua masjid atau tempat ibadat, juga bab sembelihan, sembelihan orang PAS saja halal dan berbagai-bagai lagi. Oleh itu, PAS secara tradisi demi mempertahan diri kena jawab dan membalas serangan bagi mempertahankan sesuatu perkara tersebut.

Terkini adalah isu Sasterawan Negara yang dikurniakan kepada Datuk Anwar Riduan (orang baru dalam dunia kesususasteraan) berbanding dengan Azizi Abdullah (orang lama). Kata orang, jika Azizi Abdullah mahukan atau dikurniakan gelaran kena keluar PAS dan masuk UMNO. Gerenti dapat. Dan isu terbaru yang paling pelik dan lagi terkini adalah antara speakar DUN Kedah dengan speakar DUN di mana negeri UMNO kuasai, apa saja dibuat boleh belaka dan jadi belaka. Amat kontra, speaker DUN yang dikuasai UMNO boleh buat apa saja walaupun tiada dalam peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri, tetapi speaker DUN negeri milik Pakatan Rakyat (PR), nanti dulu, salah dan tidak memgikut perlembagaan negara.

Isunya speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr Abdul Isa Ismail mempertahankan tindakannya menghantar laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif untuk hadir sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenaran beliau.

Beliau berkata, Artikel 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan mana-mana ADUN yang tidak hadir pada sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka tempatnya hendaklah dikosongkan. Sehubungan itu, Dr Abdul Isa menegaskan bahawa beliau tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara tersebut.

Maka demi tanggungjawab amanah kepada rakyat speaker DUN Kedah telah menghantar surat kepada SPR selaku badan yang bertanggungjawab dalam negara bagi mengendalikan urusan hal ehwal perlantikan kuasa eksekutif ini. Adalah tidak salah dan menjadi tanggungjawab SPR untuk menjawab menerima atau menolak pemohonan tersebut. Dan rakyat mahukan penjelasan sebab-sebab ia ditolak.

Bacaan politik kita adalah mudah, tindakan luar jangka ADUN Siputeh Kedah ini amat memalukan, kerana dalam sibuk Najib melaksanakan KPI , wakli rakyat UMNO BN sendiri gagal memahami apa itu KPI. Dan menjadi tanggungjawab kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah menjelaskan kenapa beliau gagal mengawal dan memaklumkan kepada Dewan tentang masalah berhubung ADUN Seputeh itu.

Moralnya wakil rakyat UMNO masing-masing bukan mahu menjaga rakyat, tetapi mahu menjaga kedudukan masing-masing. Maknanya masing-masing perahu masing-masing ada pengayuh, maka mudiklah sendiri sama ada ke hulu atau ke hilir.

Comments (27)add
0
...
written by HAMMER , August 23, 2009
Moralnya wakil rakyat UMNO masing-masing bukan mahu menjaga rakyat, tetapi mahu menjaga kedudukan masing-masing.....


INI BARU BETUL, TANGGAPAN TERHADAP AMNO/BN......BERBUIH MULUT SAMPAI BASI,TAPI AMNO/BN BUAT PEKAK BADAK.....



report abuse
vote down
vote up
Votes: +5
0
...
written by Hadrian Tan , August 23, 2009
UMNO is collapsing. Do not vote for them.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +3
0
...
written by actually , August 23, 2009
boleh, apa pun boleh asalkan ada duit.....duit, duit, money, money....Umno wants money.....duit $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
report abuse
vote down
vote up
Votes: +5
Hero Simunjan
...
written by adil4swk , August 23, 2009
Biasalah BN= BolehLah Noo !

Dalam Msia ni hanya pemimpin2 BN je yang kebal daripada peraturan dan umdang2. Yang tak boleh tu hanya kes KANTOI je.

Jelas SPEAKER BN boleh buat apa mereka suka. Walaupun status mereka HARAM seperti di Perak masih boleh juga pakai. Yang penting BN punya kuasa.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +4
0
...
written by This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , August 23, 2009
Yeala....

UMNO-BN selalunya taiko samseng kat malaysia.

Bila Tun Mahathir bersara sebagai PM Malaysia, maka timbulla mukax2 baru dan lama dari dalam dan luar kabinet Malaysia yg menunjukkan belangx2 mereka. Siapa lagi ? kalau bukan mukax2 menteri seperti KJ, Nazri, Hishamuddin, Musa Hassan, Gani Patail, dan sektu x2 mereka.

Apa yg jadi dengan PM kita hari ni sampai boleh melayakkan orang seperti Rohaizat diterima sebagai orang yg bertanding utk kerusi P.Pasir. Dia bukan sahaja menghadpi satu kesalahan dalam negeri, malah sampai tiga tuduhan bersalah dilakukan terhadap Rohaizat.

Apa punya TPM dan PM....tidurla....hanya jaga kedudukan mereka dan hartax2 mereka....

MCA pun sama aje...makan duit tauke Tiong...demi apa..demi kedudukan mereka dalam MCA....MIC lagila teruk...sama kes

Setakat ni, dah berjutax2 surat saman dari adeganx2 dan sandiwara UMNO-BN yg dilakukan dengan kerap sekali sejak Abdullah Badawi jadi PM. Rakyat semua dah tahu siapa yg betul dan salah, tak payah nak buat lakonan sandiwarax2 yg tak masuk akal....

Yg masih nak pertahankan UMNO sehingga kini ialah adalah orangx2 yg ingin menjaga kedudukan mereka.

Sebab aper rakyat tak boleh bangkit dan lawan....disebabkan kuasa mutlak menterix2 tertinggi seluruh jentera kerajaan, Kabinet, suruhanjaya tinggi, polis dan tentera Di-Raja semuanya semuanya terletak dlm tangan mereka....dah terserap amat ke dalam partix2 UMNO-BN sehingga ke akar umbi partix2 mereka...

Malaysia tak boleh diselamatkan lagi sebab terletak dalam tangan UMNO-BN ala Militia Junta....

Kasihan kasihan
report abuse
vote down
vote up
Votes: +5
0
...
written by Real_Mission , August 23, 2009
UMN* BiN Jahanam buat semua boleh...lubok menghalalkan yg haram kepada yg halal...tunggu je la...tak lama lagi tinggal dlm lipatan sejarah je la...
report abuse
vote down
vote up
Votes: +3
lim boon kwee
...
written by rocketman , August 23, 2009
In Permatang Pasir bye-pelection, umno blame PAS for hitting below the belt. PAS is telling facts about Lohaichat's illegal activities.
Muji says he is fighting this election with facts and truth. Now PAS is giving concrete proof as facts, the truth and nothing but the truth! Why not lodge police report and sue PAS for RM100million for character assasination!
Hiittting below belt is umno ways not PAS ways. Sometimes, umno strip below the belt and casrtate the innocent hoping to create balless people like umnoputras.
umno boleh!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +3
0
...
written by boogie , August 24, 2009
Malaysia sekarang sudah menjadi negara BN... apa saja yg dilakukan oleh BN adalah benar belaka walaupun ianya meragukan dari fahaman org ramai. Lihat saja bagaimana SPRM menjalankan siasatan trhadap aduan keatas pemimpin PKR. Bari hari ini dapat laporan esok dah ada pegawai SPRM yg menyiasat kes tersebut.Berbanding dgn BN sekiranya ada aduan trhadap pemimpin BN ntah bilala nak mulakan siasatan.....semua ni org ramai dah faham. MEdia BN pula lagi la hampeh...putar belit kenyataan sampai calun BN Rohaizat yg disingkirkan oleh Majlis Peguam pun sedaya upaya mereka memperthankan. Ini lah yg dikatakan ingin membodohkan rakyat.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
0
...
written by warisan tm k , August 24, 2009
Democracy is one of the ways to determine leadership of a country. There have been, and there are other AUTHENTIC ways.

Malays have SPECIAL PLACE in in this country, which was called Persekutuan Tanah Melayu, or Federation of Malaya.

Hence the granting of citizenship to the IMMIGRANTS was based on 'social contract' among races. The new citizens have to adhere to the 'social contract' which later enshrined as part of the Constitution of Malaysia.

Democratic process can be tempered with, ie. certain people may make use of DESPERADO Malays like Anwar Ibrahim to create divisions among Malays. Sentiments against the Malay-dominated government can be INDUCED by slander, wild allegations and baseless accusations.

At the end of the day, Malays will unite to defend this Malay lands, passed down by their ancestors, over thousands of years. Democracy is only one of the ways to determine leadership. 'MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH'.
report abuse
vote down
vote up
Votes: -4
0
...
written by sabariah , August 24, 2009
memamglah - kebenaran umno tidak boleh dipertikaikan - kalau tidak masakan boleh perintah berpuluh puluh tahun. ramai pendatang dah kaya raya dgn UMNO.
melayu jadi professional pun kerana UMNO

bukan macam DAP sekarang dah i main (threaten)ugut ugut pegawai kerajaan division 1 pula. tetapi melayu tu melayu juga - pantang mengalah - so dia terduduk terdiamlah

heran kenapa LGE pi tengok anak bulan pula ?

n kalau nik aziz kata lah apa pun adalah suatu kebenaran walaupun bercanggah dgn ugama - dan memperbodohkan rakyat.


report abuse
vote down
vote up
Votes: -5
0
...
written by Hafizul , August 24, 2009
DR. M pun setuju "UMNO sebotaj diri sendiri". Nampak UMNO/BN amat terdesak dan masih belum sembuh dari penyakit "syok sendiri". Biarkan saja, bukan perkara baru tentang mereka ini boleh buat apa saja. Pokoknya, UMNO/BN masih tak sedar rakyat
dah sedar.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
0
...
written by CheTek , August 24, 2009
Itu UMNO kah?...Kah..kah...kah...sudah tak relevent lagi lah.

Masih pikiran kuat macam dulu masa datuk-datuk mereka. Masa Tuanku Abdul Rahman memang Melayu manyanjung tinggi UMNO; malah Cina, India juga suka sama dia. Tahu-lah Tuanku orangnya adil dan menjaga Rakyat.

UMNO sekarang-kah. Mana ada lagi Melayu celik dan berpelajaran pandang lagi. Hanyalah UMNO Melayu sendiri sahaja pandang sama sendiri. Tak ada lagi siapa menyanjung merekalah. Sebab mereka pun hanyalah menyanjung Wang, Kuasa dan Kepentingan sendiri sahaja. Korupsi dan gila kuasa sudah jadi kanser UMNO, orang-orang tahu budi dan celik sudah cepat-cepat larikan dirilah. Tinggal saja yang mahu lebih duit untuk diri.

UMNO dulu ok tapi yang sekarang sudah tak relevent lagilah. Tanggungjawab tidak dijalankan baik, akibatkan kebanyakan orang Melayu masih miskin. 30% pun tak dapat capai lepas 50 tahun memerintah. Tapi kroni dan UMNO Putra kaya raya sampai aksi macam Samsng bila tidak dapat sokongan Melayu sendiri.

Melayu UMNO- Sanjung Wang, Gila Kuasa, jaga Kepentingan sendiri (tapi melaung-laung pembela Melayu.)
Melayu PAS- Fahaman Islam jati dan tepat. Tak ekstrimist tapi Progressive sekarang.
Melayu PR- Generasi muda professional dan keadilan. Generasi muda celik dan pandai menbeza betul dari palsu.

UMNO tahu saja mainkan perkauman. Nak perbalahan sama Cina (TBH mati dicampak dari MACC), India (Kugan. Kena Belasah mati macam anjing sungguhpun belum dibicara), Kerimuddin, Ketuanan Melayu, Sultan, Institusi....

Sekarang pula UMNO nak perbalahan sesama Melayu- Anwar pembelot Melayu, PAS Nik Aziz tak betul Islam....Kah..kah..kah...tengoklah diri. Mereka dah habis idea untuk nak berkekalan dalam Kuasa semata-mata untuk kepentingan dan wand diri.

Nasib baik Melayu celik dah tahu motive UMNO. Mereka dah tak takut dengan propaganda UMNO yang kata Melayu perlukan UMNO, kalau tidak tumpaslah Melay. Kah...kah...kah...UMNO anggap melay Pondan-kah?????!!!!! UMNO tak ada, Melayu tak dapat bela diri sendirikah???? Macam ini apa guna jadi Melayu???? Cina tak ada MCA pun boleh hidup dan kaya.

Kah...kah...kah...UMNO oh UMNO. Da nyanyuk-kah 50 tahun saje.???? Kesian Melayu dianggap tak boleh berdiri tinggi menghadap cabaran.


report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by IMALAYSIA , August 24, 2009
FOR 52 YEARS U RULE THIS BEAUTIFUL COUNTRY RICH IN CULTURE,RESOURCES AND NATURAL BEAUTY,YET UMNO FAILS IN ITS DUTY AS A RESPOSIBILE PARTY TO THE RAKYATS.THE CITIZEN CAN CAM THE BAU OF UMNO.GREED SHOULD NOT BE THE ANSWER.THE BEST OF UMNO NOW IS TO DISBAND AND JOIN PR.IF U DONT BELIEVE ME SEE U IN THE NEXT ELECTION.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
0
...
written by CANADA , August 24, 2009
TESTsmilies/grin.gifsmilies/grin.gifsmilies/grin.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by warisan tm k , August 24, 2009
PR state governments will fall soon...

Certain section of Malays were STIRRED to hate UMNO by Anwar and PAS(the tools of DAP) in the run up to 2008 General Election. The world's PETROL PRICES CRISIS was used to create hatred against UMNO/BN. Indians feeling were stirred up by false report of ETHNIC CLEANSING, fanned up by PKR too.

Yes, within the short time, UMNO/BN failed to counter the HATE CAMPAIGN perpetrated by the opposition. Yes, all those resulted in what was called the 'political tsunami'. Yes BN faces a small setback. Certain battles were lost, yet BN still won the war.

Now the STIRRED UP Malays began to realize their indulgences against their own 'parents', UMNO, who have protected them, fed them, educated them, and turned them into successful businessmen, professionals, academicians, corporate figures etc.

Perak has fallen back to the BN. Malay voters have made significant come back to UMNO/BN, Malays in Manek Urai have proven that. And Merdeka Centre surveys indicated significant Malays and non-Malays support to Najib.

PR state governments may fall one after another, well before the next General Election. Just look at this latest news from Kedah:

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang menerima kejutan terbaru pagi Ahad, Ramadhan kedua apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh ( kiri ) mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas. Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur. Mengenai jawatan Exco yang dipegangnnya itu, beliau berkata, beliau tidak meletakkan jawatan tersebut dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas. Ini kerana menurut beliau, perlantikannya dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang hanya mencadangkan namanya kepada Tuanku. Bagaimanapun jelasnya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau meletakkan jawatan, beliau akan patuh untuk berbuat demikian. Ditanya kemungkinan selepas ini aka nada dakwaan beliau keluar PKR kerana ‘dibeli’ sebagaimana sering dilontarkan oleh pemimpin pembangkang, Radzhi menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti kerana tidak wujud soal dibeli dan tetap menjadi ADUN Bebas. Menejelaskan tindakannnya meninggalkan PKR, beliau berkata “PKR sudah lari dari perjuangan dan telah lama bersabar dengan karenah PKR…hari ini saya merasa lapang dada dan ringan kepala setelah umum keluar PKR. Beban ini telah terpendam lama dalam diri saya. Mereka sudah tidak peduli kepada perjuangan asal PKR” sambil menjelaskan beliau menjadi ahli PKR sejak tahun 1999.Berita lanjut menyusul. – Malaysian Insider 23/8/2009 ."

My comment:

PR coalision were built on FLIMSY foundation. Like building built on weak foundations, it will not last and will collapse even with the slightest of tremor. No need for tsunami.



report abuse
vote down
vote up
Votes: -2
0
...
written by warisan tm k , August 24, 2009
Pssss....the above newsitem was quoted from AGENDADAILY, not Malaysian Insider.
report abuse
vote down
vote up
Votes: -2
0
...
written by YANG BENAR , August 24, 2009
Kuasa bermaharajalela. Dusta bertakta, pandai bermuka,jangan sekali-kali libat-kan takdir. TUHAN ITU BENAR yang berpura dari insan durjana
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by CeTek , August 24, 2009
Ha..ha..ha...Radzhi kelaur parti PKR. Beranikah dia bertanding sebagai Bebas?...Kah..kah..kah...sudah tahulah kesimpulan. Mana berani, sebab keluar parti ada habuan dari UMNO. Ini semua orang tahu-lah. Sepertimana nasib UMNO. Yang pentingkan duit, Kuasa dan jaga kepentingan diri akan ditolak oleh Rakyat. Orang ramai undi die sebab PKR-lah.

UMNO memang nak guna duit untuk main katak lompat. Tapi korupsi dan penyelewengan dalam UMNO kalo tak dibendung, habis seluruh Malaysia. Mana yang Rakyat akan pileh.




report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by YANG BENAR , August 24, 2009
seribu kali ke-mekah belum tentu surga lagi kalau cakap dusta dan main pesong-pesong. INGAT WAHAI SEKALIAN INSAN,,,,,BENAR DARI TUHAN-----DUSTA DARI INSAN NAMA-NYA
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
0
...
written by mambang , August 24, 2009
warisan tm k,

dah berapa juta UMNO dah suap kat ko ha?

dok puja sangat UMNO yang dah tak relevan tu melambung2 tak tentu pasal..

terhegeh tak sedar diri..muka tak malu..

ko tengok la nanti parti laknat ko ni terbungkang kat Permatang Pasir..
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
0
...
written by UMNO=UntukMelayuNoOtak , August 24, 2009
UMNO, KALAU KEDAH HANG NAK BUAT MACAM PERAK SIAP LAH. KES RADZI KAMI DAH AGAK DAH. ITU SEMUA ORANG2 MUNAFIK.KELAU BERANI LETAK JAWATANAH BERTANDINGBEBAS. CELAKALAH KAMU UMNO HARAMJADAH. WARISAN TMK. KERAJAAN BACUL UMNO HARAM JADAH JANGAN HARAPLAH NAK BERLAKU KAT KEDAH. CELAKA BETUL UMNO. DAH KALAH MENGUNDI SUDAHLAH. MAIN RAMPAS2 CELAKA SUNGGUH.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by HelloThere~ , August 24, 2009
yeah membunuh pun boleh bagi UMNO
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by 苏 迪 , August 24, 2009
NESCAYA KALAU RADZHI BERTANDING ATAS TIKET BEBAS HILANG WANG DEPOSIT....
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by abunawas , August 24, 2009
... prinsip politik Macheavelli..."matlamat menghalalkan cara"...
itulah pegangan org2 UMNO dulu, kini & selamanya beb...
... main pintu belakang, itu cara lama/lapuk mereka yg masih berkesan dan terkesan... tapi kita akan tengok selama mana depa nak menongkat langit...
... org2 PR jgn duduk diam... teruskan perjuangan melalui media alternatif inii....
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by he he he , August 24, 2009
hmmmmmmm


Ingatlah orang2 Melayu. Bangsa lain takkan bantu bangsa kamu.
Ugama lain takkan hormat ugama kamu. Adat lain takkan pelihara budaya kamu. Bahasa lain takkan kayakan tata-tutur kamu. Kamu di bumi sendiri dengan pegangan ugama Islam. Kamu beradat dan beraja. INGATLAH!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by he he he , August 25, 2009
hmmmmmmmmm
1. “PAS dituduh pecah belahkan masyarakat.”?

INI DISEBAB AMANAT HADI : sekitar tahun 1980-an dahulu Haji Hadi Awang pernah mengeluarkan satu amanat yang kemudian dikenali "Amanat Haji Hadi" iaitu antara intipatinya ialah mengkafirkan orang UMNO. Akibatnya wujudnya gejala sembahyang dua imam dan lain-lain perpecahan di kalangan umat Islam.

2. “Terkini adalah isu Sasterawan Negara yang dikurniakan kepada Datuk Anwar Riduan (orang baru dalam dunia kesususasteraan) berbanding dengan Azizi Abdullah (orang lama). “?

Adakah orang2 PAS yang rasa dirinya telah berbakti, MESTI DIANUGERAHKAN PENGHARGAAN. Ikhlas ke?

3. “Isunya speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr Abdul Isa Ismail mempertahankan tindakannya menghantar laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif untuk hadir sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenaran beliau.”?

So? What is the problem? Jalankan je tugas! Rakyat akan nilaikan!

4. “Bacaan politik kita adalah mudah, tindakan luar jangka ADUN Siputeh Kedah ini amat memalukan, kerana dalam sibuk Najib melaksanakan KPI , wakli rakyat UMNO BN sendiri gagal memahami apa itu KPI.”?

Itulah tujuan KPI! KPI akan serlahkan siapa yang buat kerja atau tidak! Kalau dengan KPI, BN ternyata tak berpretasi. RAKYAT AKAN NILAIKAN! KENAPA KITA NAK MALU?


5. “Moralnya wakil rakyat UMNO masing-masing bukan mahu menjaga rakyat, tetapi mahu menjaga kedudukan masing-masing. Maknanya masing-masing perahu masing-masing ada pengayuh, maka mudiklah sendiri sama ada ke hulu atau ke hilir.”

he he he

a. Demi untuk menjaga HAK ORANG MELAYU, Dato’ Onn bermudik-mudik keseluroh tanah Melayu untuk menentang MALAYAN UNION.

b. Demi KEADILAN untuk ORANG MELAYU, Tunku berlayar ke LONDON untuk menuntut KEMERDEKAAN!

c. Demi KEMAKMURAN untuk ORANG MELAYU DAN ORANG MALAYSIA, Tun Razak berbasikal ke hulu dan ke hilir di seluruh desa, kampong dan hutan serta ke pecan-pekan dan Bandar untuk laksanakan DASAR EKONOMI BARU.

d. Demi KEAMANAN untuk ORANG MELAYU di Tanah Airnya, Tun Hussein berulang-alik ke sana-sini untuk laungkan PERPADUAN.
e. Demi WAWASAN BANGSA MELAYU DAN UGAMA ISLAM, Dr M menjelajah segala pelusok rantau dunia untuk KUKUHKAN WARISAN BANGSA DAN MANTAPKAN MASADEPAN UMAT.

f. Demi memperkayakan KEBOLIHAN BANGSA, Pak Lah bertukus-lumus ujudkan SPRM.

g. Demi untuk MENGGARAP HARAPAN DAN LONJAKKAN PRETASI BANGSA MELAYU DAN UGAMA ISALM SERTA RAKYAT MALAYSIA, Najib bermudik ke hulu dan ke hilir DENGAN GAGASAN 1 MALAYSIA.



report abuse
vote down
vote up
Votes: -1
0
...
written by YANG BENAR , August 25, 2009
he he he wahai sayang, ingat tuhan sama, semua insan ciptaan tuhan. FAHAM ...FAHAM .....FAHAM ....FAHAM
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
Write comment

busy
Last Updated on Sunday, 23 August 2009 01:36
 
Copyright © 2008 Malaysia Today | The People's Portal | Malaysia News and Blogs. All Rights Reserved. Malaysia Today News Online
Malaysian daily news | Hot Topics | Breaking News | Happenings | Lifestyle

Advertiser Links(Contact us to advertise your link here):
Malaysia Holiday | Malaysia Property | Malaysia Auction | CutiCutiMalaysia | Malaysia Car | Malaysia Business | Malaysia Art |
Bangsar | Sri Hartamas | Johor Bahru | Kuantan | Kota Kinabalu | Georgetown | Toto Results | Malaysia Hotels | Football | Bola Sepak | Malaysia Games | Yoga | Malaysia Wedding | Forex Tips | Pelajar | Kampung Chat |
Mont Kiara | Melayu | Stock Market | Cyberjaya | Jobs in Malaysia