|
Banyak fitnah dilemparkan – Razak Baginda |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Thursday, 20 November 2008 23:44 |
|
Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda yang telah dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu menyifatkan terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada pihak tertentu berkaitan kes tersebut. "Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti," katanya. Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MCRS), dituduh bersubahat dengan dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Insp Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan Altantuya di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi, 18 Okt, 2006, dan 9.45 malam keesokannya. Bagaimanapun pihak pendakwaan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Razak. "Saya harap sidang media ini dapat menjelaskan beberapa perkara yang menjadi bahan bualan termasuk disebarkan pihak berniat jahat dalam memburukkan imej individu tertentu," tambahnya.-Malaysia Today
 |