|
Bahasa Malaysia tak dipinggirkan – Wee Ka Siong |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 01 December 2008 20:14 |
|
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong menegaskan Bahasa Malaysia masih tidak dipinggirkan dalam pembelajaran di sekolah kerana 59 peratus proses pengajaran dan pembelajaran masih digunakan dalam bahasa tersebut. Beliau turut berpendapat Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tidak akan menjejaskan bahasa kebangsaan itu. “Malah, Bahasa Malaysia digunapakai di peringkat antarabangsa apabila ia dijadikan salah satu kursus di Beijing bagi melatih siswazah dari China,” katanya. Sebelum ini, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mendakwa penggunaan Bahasa Inggeris dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menyebabkan penguasaan dalam Bahasa Melayu menurun. –Malaysia Today
 |