Arif Shah janji selesai masalah infrastruktur Print
Written by Syah   
Wednesday, 20 August 2008 15:57

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah memberi jaminan akan menyelesaikan masalah infrastruktur termasuk masalah banjir di kawasan parlimen Permatang Pauh sekiranya beliau menang dalam pilihan raya kecil 26 Ogos ini. Beliau memberitahu masalah tersebut boleh disuarakan di Parlimen dan diselesaikan dengan kadar yang lebih cepat jika penduduk Permatang Pauh memilih beliau sebagai wakil rakyat mereka.

"Kalau sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), apa-apa yang saya kemukakan di peringkat negeri kelazimannya mengambil masa yang lebih kerana kewangan di peringkat negeri adalah terhad. "Sebab itu saya beritahu penduduk di Permatang Pauh, setelah hampir 10 tahun diwakili Wan Azizah...bila berlaku perkara-perkara sebegini (banjir kilat), inilah perkara yang kita harapkan beliau suarakan di Parlimen,” katanya dengan menyifatkan Azizah lebih mengutamakan isu politik daripada masalah masyarakat Permatang Pauh. –Malaysia Today