Job Vacancy

1. Part Time Photographer
We accept most event photos

2. Part Time Reporter
Writing in BM/English/Chinese

Send your articles or photos to
admin[at]malaysiatoday.com


Daily News Alert!
* Your email address:
   Name:
   Mobile:
* Enter the security code shown:
 

Your privacy is 100% protected!
Register for Free

You can now be MalaysiaToday Blogger. Signup and start blogging now!


Recent Activites

Yesterday
Frank Derek uploaded a new avatar. 02:52 PM
6 days ago
Khairol Azhar uploaded a new avatar for the group, 1MalaysiaSMS 12:14 AM
Khairol Azhar added a new wall post in the group, 1MalaysiaSMS 12:13 AM
Khairol Azhar added a new bulletin, Work From Home,Anywhere,Anytime 12:10 AM
Khairol Azhar updated group, 1MalaysiaSMS 12:03 AM
1 week ago
Hoh Kwan uploaded a new avatar. Mar 05
Buddy Nas added a new wall post in the group, Africans in Malaysia Mar 05
Khairol Azhar created a new group, 1MalaysiaSMS Mar 03
 

Love Malaysia Today?
Link to us from
your blog or website.




Bookmark Malaysia Today
Anwar mahu siasatan isu Kg Buah Pala disegerakan PDF Print E-mail
Written by Hariz   
Monday, 06 July 2009 02:33

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu laporan siasatan mengenai isu Kampung Buah Pala disiapkan segera bagi membolehkan  tindakan lanjut diambil bagi menyelesaikan isu itu.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman yang mengetuai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian isu kampung itu dapat menyiapkan laporan mengenai perkara itu dengan kadar segera.

Kerajaan negeri tengah cari penyelesaian. Harap Mansor jangan ambil masa terlalu panjang, dalam dua atau tiga hari boleh serahkan laporan itu kepada Exco dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng)," katanya.

Anwar berkata, tidak adil  untuk menuduh Ketua Menteri itu tidak memberi komitmen terhadap masalah penduduk kampung itu hanya kerana Lim  tidak menemui mereka.

"Mungkin kalau boleh, beliau (Lim) jumpa (penduduk),  tapi yang lebih penting daripada turun (jumpa penduduk)  ialah jaminan ketua menteri untuk siasat perkara itu dan cari jalan penyelesaian," katanya.

Comments (33)add
0
...
written by Nasi Kandaq Kl , July 07, 2009
sudahlah dsai..tempat sendiri kat permatang pauh pun tak terbela..nak bela kampung lain pulak.. ketua menteri p.pinang pun dah ambik keputusan tuk minta bantuan dari kerajaan pusat...last sekali kerajaan pusat jugak yg tolong..smilies/grin.gifsmilies/grin.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
vijay
...
written by Rajkamal , July 07, 2009
Lim harus berjumpa dengan penduduk2 untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin...
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by Nasi Kandaq Kl , July 07, 2009
lim jumpa najib dulu sebelum jumpa penduduk untuk minta tolong...macam tu jugak penduduk jumpa najib dulu sebelum jumpa lim nak minta sattle...smilies/grin.gifsmilies/grin.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by hulubalang , July 07, 2009
ni semua ndak lepas tangan lah ni..dulu janji mcm2 kat penduduk sana,bila ada masalah terus lah ndak cari jalan ndak lepas kan diri..biasa lah tunding jari balik kat karajaan..bila PR memarintah mana nya hari yg paling sial buat org melayu ye,kalau kau org tak percaya kita tunggu dan lihat saja..
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
vijay
...
written by Rajkamal , July 07, 2009
Jangan terburu buru,,, siasat punya siasat akhir sekali mesti punya nya dari orang2 BN yang mentadbir dulu.. Lepas kalah semua dah lari hilang dari penang... sekarang PR pula kena kutip dan buang sampah yang ditinggalkan oleh BN kurap...


report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
vijay
...
written by Rajkamal , July 07, 2009
sorry spelling error:Jangan terburu buru,,, siasat punya siasat akhir sekali mesti punca nya dari orang2 BN yang mentadbir dulu.. Lepas kalah semua dah lari hilang dari penang... sekarang PR pula kena kutip dan buang sampah yang ditinggalkan oleh BN kurap...

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
zakaria bin Abd latif
...
written by En zakaria L , July 07, 2009


Hallooo!-hALoooo!! RAJKAMAL--

Cakap guna otak la!Hari itu mana BUKTI yang anda tulis mengatakan UMNO/BN ambil duit nak tutup kes kandang b**i di Alor Star??

Tuduh bukan main-main!!!Suruh bagi bukti cabut lari!!!Tetapi tak mengapa segala fakta ada!!

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by Nasi Kandaq Kl , July 07, 2009
hello en rajkamal..

selalunya orang berak dia tau nak cuci berak dia sendiri..tapi masaalah nya bn tgh berak korang di pr beriya2 volenteer nak cuci...sekarang apa lagi..cucila....cuci..cuci...smilies/cheesy.gifsmilies/cheesy.gifsmilies/cheesy.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
0
...
written by Nasi Kandaq Kl , July 07, 2009
waktu kempen pru ke 12 dulu, pr yg beriya2 nak bersihkan dan nak membela nasib rakyat kononnya rakyat dizalimi... sekarang belalah...napa mintak bn pulak nak bela nasib rakyat...kata boleh buat semua...apa lagi belalah..bela...
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
zakaria bin Abd latif
...
written by En zakaria L , July 07, 2009
ASSALAMMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH-

Nua Brahim ni satu lagi,dulu hampa semua dap/pkr/pas dah janji nak selesaikan masalah depa ni,La baru nak suruh pi siasat!!

Awat masa hampa buat janji sebelum PRU12 dulu tak siasat ka tanah tu sapa punya???

Loklaq punya orang!! JANJI PANDAI,penduduk mai LARII PUN PANDAI!

piiiraaahhhh!!!

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by UMNO = UntukMelayuNoOtak , July 07, 2009
Apa macam BN/ UMNO kat manik Urai. Confirm terburai. Kali ni nyatalah melayu dah tolak UMNO sebab manik urai 99% melayu. Tak gitu en. Zakaria L dan nasik kandag. Tak jalan jugak jarum BN/ UMNO nak melemahkan Pakatan Rakyatsmilies/grin.gifsmilies/grin.gifsmilies/grin.gif. Malu sendiri......
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
zakaria bin Abd latif
...
written by En zakaria L , July 07, 2009
ASSALAMMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH-

Mulai hari ini PR di kenali sebagai PRH-Pakatan Rakyat Haram-

kerana ia tidak pernah berdaftar dgn ROS untuk menubuhkan pakatan ini-

maka itulah sebabnya kita lihat hari ini mereka saling bertelagah,bergocoh serta tidak sependapat dalam banyak hal untuk kepentingan rakyat-

fikir,fikir,fikir....

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by cucu kublai khan , July 07, 2009
en zakaria,

kenyataan anda konyol dan tidak punya asas yang kuat.

Kalau tidak berdaftar pun, kenapa ROS tidak mengHARAMkan PAKATAN RAKYAT. Kenapa tiada tindakan dari ROS terhadap PAKATAN RAKYAT?

Ternyata engkau hanya menyebarkan FITNAH di sini. Ironis sekali dengan kenyataan anti fitnah kamu.

Adakah UMNO dan BN tidak bergocoh dan sentiasa sependapat? TEPUK DADA TANYA SELERA. sudah terang lagi bersuluh, tidak perlu dibuktikan. kalau mau juga, cuba flasback waktu kabinet ditubuhkan, apa MCA nak? Isu timbalan PM? Isu perkongsian kuasa dalam BN yang lebih adil bukan hanya UMNO semua sapu. Isu keris? Tak ingat kekecohan ni zakaria? Tak ingat TEPUK DADA TANYA LAH AKAL.

TERNYATA KAU JUGA MERUPAKAN GUDANG FITNAH. Bertaubat lah selagi ada kesempatan.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by cucu kublai khan , July 07, 2009
nsikandaq,

Isu itu adalah kotoran dari kerajaan sebelumnya, sapa dia? Kerajaan itu buat keputusan tanpa memperdulikan nasib rakyat. Time PR memerintah nasi sudah hangit. Kawasan itu undi PR berharap ia dapat diselesaikan oleh PR tetapi "penyakit" itu sudah menular tahap akhir, susah nak cover.
Seandainya PR yang berkuasa di PUSAT, masalah ni selesai dengan mudah, percaya lah.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
zakaria bin Abd latif
...
written by En zakaria L , July 07, 2009
ASSALAMMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH-

Sudara cucu kublai khan-

terimalah hakikat bahawa PR itu hanya nama yang terukir di bibir ketika pilihanraya sahaja-

Jika pemimpin2nya betul2 ikhlas untuk bersatu dibawah gabungan tersebut,telah lama kesepakatan diambil untuk berusaha mendaftarnya secara sah dan berpelembagaan bagi menjaga kepentingan komunitinya pas/dap/pkr-

tetapi hakikiatnya retorik sahaja,hendak mengaburi mata rakyat tetapi sebenarnya tiada langsung kesepakatannya,BUKTINYA RAKYAT BOLEH LIHAT DAN SAKSIKAN SANDIWARANYA HARI INI.

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
zakaria bin Abd latif
...
written by En zakaria L , July 07, 2009
sambungan

Tolonglahh,buka minda seluas-luasnya,terimalah realiti bahawa gabungan haram tersebut telah menampilkan kini satu persembahan meloyakan,memualkan untuk tatapan masyarakat.

Pimpinan DAP sendiri pernah menghentam Pimpinan PKR secara terbuka,begitu juga dengan pimpinan PAS membuat kenyataan terbuka terhadap DAP.

Tindakan2 mereka tersebut beritikakah?adakah berperang melalui media sebagai tindakan profesional,tiada meja rundingankah?

Suatu ketika sebelum PRU 12 tempohari mereka dilihat beriya-iya untuk menabalkan NB sebagai pm,tetapi kini,siapa agaknya calon mereka setelah gagalnya 16 sept?

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
zakaria bin Abd latif
...
written by En zakaria L , July 07, 2009
sambungan

ayuh marilah rakyat Malaysia,bumi Allah tercinta ini tidak layak untuk diberikan tampuk pentadbirannya kepada gabungan haram ini.

baru setahun jagung diberi sedikit kuasa untuk mentadbir,lihatlah tingkahlakunya-pemimpinnya.Rasanya tidak perlu di ceritakan disini,berdosa membuka aib pihak lain,tetapi anda dapat melihatnya.

fikir,fikir,fikir.

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by cucu kublai khan , July 07, 2009
Zakria,

MCA tidak pernah mencabar UMNO secara terbuka mengenai pengaihan kuasa dalam BN? UMNO dan BN tidak KECOH sesama sendiri? Bidas hujah ni.

Saya CABAR kamu untuk buat laporan secara RASMI kepada ROS mengenai PR yang kamu dakwa pertubuhan HARAM. SILAKAN buat LAPORAN. BUKTIKAN DAKWAAN KAMU. Kalau tidak AKUI SAJA BAHAWA KAMU MEMFITNAH PR dan BERTAUBATLAH SELAGI ADA KESEMPATAN.

Terima kasih atas seruan 'membuka minda', agar adil saya juga menyeru anda BUKALAH JUGA MINDA SELUAS SEMESTA NI AGAR KITA SEDAR, JANGAN MENGATA ORANG LEBIH DIRI SENDIRI TEMPANG SEMACAM.

BUKTIKAN dengan LAPORAN RASMI atau kamu GUDANG FITNAH.

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by cucu kublai khan , July 07, 2009
sambungan( gaya kamu zakaria)

bagaimana dengan PPP dengan UMNO? Tak kan tak ingat. Bagaimana dengan isu Ghapur tolak jawatan timbalan menteri? banyak lagi dan saya tau kamu tau cerita dan kisah sensasi UMNO dan BN sebab kamu bukan BUTA BERITA kecuali lah sebaliknya.

Terima hakikat mana-mana pertubuhan mesti ada perbalahan bukan PR sahaja UMNO sendiri berguni-guni kekecohan misalnya TRENGGANU sekarang. Ini mesti kamu tahu kan sebab paling baru punya sensasi UMNO.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
zakaria bin Abd latif
...
written by En zakaria L , July 07, 2009
ASSALAMMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH-

Sudara cucu kublai khan

UMNO dan MCA mahupun dalam MIC diperakui ada juga berlaku sedikit perbalahan,sedangkan lidah lagi tergigit,tetapi di dalam situasi satu keluarga yang sah,ibaratnya ada ikatan perkahwinan yang sah,maka tindakan2nya bergaris panduan serta mengikut persepakatan yang tercatat dalam bentuk tulisan.

Manakala pas,dap,pkr ni bergabung tanpa satu ikatan perkahwinan yang sah bersaksikan perlembagaan,hanya berdasarkan ayat2 yang keluar dari lidah pemimpinnya sahaja.Justeru jika terjadi sesuatu parahlah akibatnya.
-------------------------------------

soal lapur tak lapur ni tak perlulah,cuma yang pasti saya bukan memfitnah dengan menyatakan bahawa pr ini tidak sah.Sila rujuk pendaftar pertubuhan(ROS)benar atau sebaliknya kenyataan saya.


report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by cucu kublai khan , July 07, 2009
EN.Zakaria,

Akhirnya anda mengakui bahawa UMNO dan BN juga ada kekecohan. Jadi mengapa berdegar-degar membantai kekecohan dalam PR? Kuman di seberang boleh nampak, gajah depan mata tak nampak? Terlalu asyik pakai teropong akal yang KELIRU sehingga dinasour tak nampak bermain di pelupuk mata.

Kamu sendiri mengHARAMkan pertubuhan PR tanpa bukti nyata dan hujah berdasarkan asas undang-undang sohih, itu namanya andaian. Kerana perkatan HARAM itu BERAT, maka ia mengarah kepada FITNAH, sebab ia MENGAIBKAN PR.
JADI, KAMU MEMFITNAH.

Saya juga kurang arif tentang undang-undang pertubuhan di negara kita ini, tetapi ada hal-hal 'tertentu' tidak perlu pendaftaran ROS, Kalau boleh saya cabar anda juga untuk buat rujukan SILANG mengenai perkara ini.
Logik akalnya mudah, kalau pertubuhan PR itu HARAM dan tidak BERDAFTAR seperti dakwaan kamu, mengapa mereka boleh menyertai PRU dan menang di beberapa negeri. Mereka membentuk 'KERAJAAN' dan UMNO dan BN yang mempunyai duit banyak mengupah PEGUAM HEBAT, tidak pula mencabar KERAJAAN PR ini? Adakah UMNO dan BN sangat BENGAP sehingga tidak sedar bahawa PR ini pertubuhan HARAM? Bukankah ini PELUANG KEEMASAN untuk menjatuhkan PR seperti kes pengharaman UMNO dahulu (198smilies/cool.gif oleh MAHKAMAH.(satu lagi contoh UMNO bergocoh sesama sendiri).
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by UMNO=UntukMelayuNoOtak , July 07, 2009
Takpa lah tak daftar pun janji dapat tumbangkan UMNO/ BN. Tak gitu en zakaria Lsmilies/grin.gifsmilies/grin.gifsmilies/grin.gifsmilies/grin.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by cucu kublai khan , July 07, 2009
Sambungan (gaya kamu zakaria)

adakah kamu sangat yakin bahawa PR tidak ada peraturan sesama pakatan, tiada garis panduan? Hujah ini sangat TIDAK LOGIK dan TIDAK MASUK AKAL. FIKIRKAN.

Lazimnya setiap persepakatan ada peraturan tersendiri yang hanya difahami oleh organisasi itu. Undang2 kan ada yang BERTULIS dan ADA YANG TIDAK BERTULIS.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
zakaria bin Abd latif
...
written by En zakaria L , July 08, 2009
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh-

sudara cucu kublai khan

mereka menyertai pilihanraya atas tiket pas/dap/pkr bukan tiket pr=pakatan rakyat.

pas/dap/pkr memang berdaftar secara sah di bawah akta pertubuhan berlogo serta berpelembagaan parti masing2.

tetapi pr,dimana logonya,dimana perlembagaannya,jadi ketika sesuatu pilihanraya tidak timbul langsung nama pr ni-ianya jika di sebutpun hanya semasa kempen2 sahaja.

untuk memerintah jika ketiga-tiga parti tersebut mengumpul majoriti dan bersetuju bergabung serta jumlah kerusinya melebihi BARISAN NASIONAL maka bolehlah ia memerintah.

tetapi jika mereka memerintah dgn hanya berdasarkan kesepakatan tanpa gabungan yang berdaftar sah seperti BN maka kita akan lihat inilah kesannya hari ini-dap angkuh,pas ego,pkr poyo!!maka---fikirlah sendiri

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by hulubalang , July 08, 2009
setiap kerajaan yg memerintah memang tak boleh lari dari madalah dalaman..masalah nya belum memerintah dulu masa ceramah punya lah bagus,lah ni tak sampai berapa tahun memerintah kecoh di buat nya..sudah terang lagi bersuluh..memang tak boleh memerintah kat malaysia ni,aku rasa terus tergadai malaysia ni di buat nya.......smilies/angry.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by cucu kublai khan , July 08, 2009
Zakria,

Apakah salahnya persepakatan seperti itu? Sebutkan di bawah akta apa kesalahan PR lakukan? Sebutkan dalam apa-apa kaedah berlandaskan undang-undang, AKTA SPR atau mana-mana kaedah pembuktian Wahyu bahawa Pakatan Rakyat ini haram dan menyalahi Peraturan. Premis hujah Hujah kamu lemah.

Buktikan atau kamu GUDANG FITNAH. Mengata orang lebih......
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by cucu kublai khan , July 08, 2009
Hulubalang,

Kekecohan di TRENGGANU bagaimana? Bukan negeri yang dikuasai PR saja kecoh tapi negeri yang di kuasai UMNO dan BN juga. Ini adalah sebahagian dari MASALAh PENTADBIRAN. Cuba sebut negara mana di dunia ni aman damai tanpa masalah seperti ini. Arab Saudi? Iran? Pakistan?
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
chaknai surayudd
...
written by chaknai surayudd , July 09, 2009
hahah..
gajah same gajah bertelagah
pelanduk mati tengah2..
susah ape wei..
korang yg bertelagah ni pegi ar kumpul wei wat negara sendiri..
takpun pegi jadi wakil rakyat..
lagi senang..
setakan nk titik titik dalam ni bek tak payah ar..
hahahah


*pijam ayat En. Zakaria L - fikir,fikir,fikir
that en Z sbb bg ayt tuh...tumbangkan PR=Perikatan Rasuah hahahahah
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by penang mai , July 10, 2009
penduduk kg buah pala minta k/jaan ng mengembalikan semula tnh tu kpd mereka.............tanah yg aku duduk la ni pun k/jaan ng punya......aku ingat nk mintak jugak lah tanah ni dr k/jaan pr
report abuse
vote down
vote up
Votes: -1
0
...
written by ahchai , August 04, 2009
kublai... ko jgn nak ckp la yg umno la yg suka tuduh2,itu ini...sebenarnya semua isu yg berbangkit bermula dari orang2 pr ko tau.. ni kes ISA..boleh aku katakan sape yg pegi perarakan tu BODOH.sebab ape bodoh?sebab ikut perangai ketua nia..sape ketua die?anuar yg bodoh tu!! hari ni kita dah dgr kampung buah pala dah kena jual...n,x lame lagi, penang tu kena jual@jadi port US plak buat tempat kat situ...percaya la. anuar tu adalah manusia yg paling bangsat dan aku melaknat die!!! ko pk la sendiri... ko boley tgk sendiri sape yg slalu extrimis memberontak?PR.. sape yg munuduh tanpa fakta? PR... umno xkan berdiam diri dan melawan hujah,lalu kami plak yg di tuduh menuduh tanpa bukti? singakt dan bodoh btol pemikiran korang! dan, aku nasihatkan ko,cepat2 la ko berenti dari support PR... PKR wujud hanya dgn matlamat utk kepentingan anuar! itu saja..utk menutup lubang tu,jadi die bermain ngan isu.. sedangkan PAS sendiri menolak PR... UMNO dan PR dulu berjuang utk kemerdekaan.. manakala PKR? berjuang untuk sorg manusia yg di laknat... fikir lah
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by ahchai , August 04, 2009
pembetulan...UMNO dan PAS dulu yg berjuang utk kemerdekaan... mase tu PKR x wujud.... dah jelas di sini UMNO dan PAS berpolotik untuk negara dan bangsa.... tp PKR? wujud ketika anuar sedang di tahan...mase tu azizah jd pengerusi dan pergi bertanding mewakili anuar... alih2 lepas anuar dah bebas,die jadi plak ketua pembangkang? skrg ni pk balik...ape jasa die smpi die boley jadi ketua?APA JASA DIA? kalau itu pun xbley pk,ko same bodoh ngan anuar...
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by cucu cicit tok janggut , August 09, 2009
memang betoi isu kg buah pala ni adalah hasil tinggal najis dr bn.....tapi masa pilihanraya pr janji nk cuci najis tuh....nah sekarang ni pr tak sanggup nak cuci najis tu.....ambik habuan ko penduduk kg buah pala...smilies/cheesy.gifsmilies/grin.gifsmilies/grin.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
Write comment

busy
 
Copyright © 2008 Malaysia Today | The People's Portal | Malaysia News and Blogs. All Rights Reserved. Malaysia Today News Online
Malaysian daily news | Hot Topics | Breaking News | Happenings | Lifestyle

Advertiser Links(Contact us to advertise your link here):
Malaysia Holiday | Malaysia Property | Malaysia Auction | CutiCutiMalaysia | Malaysia Car | Malaysia Business | Malaysia Art |
Bangsar | Sri Hartamas | Johor Bahru | Kuantan | Kota Kinabalu | Georgetown | Toto Results | Malaysia Hotels | Football | Bola Sepak | Malaysia Games | Yoga | Malaysia Wedding | Forex Tips | Pelajar | Kampung Chat |
Mont Kiara | Melayu | Stock Market | Cyberjaya | Jobs in Malaysia