Job Vacancy

1. Part Time Photographer
We accept most event photos

2. Part Time Reporter
Writing in BM/English/Chinese

Send your articles or photos to
admin[at]malaysiatoday.com


Daily News Alert!
* Your email address:
   Name:
   Mobile:
* Enter the security code shown:
 

Your privacy is 100% protected!
Register for Free

You can now be MalaysiaToday Blogger. Signup and start blogging now!


Recent Activites

Today
suhaida and ir2376 are now friends 06:05 PM
3 days ago
S2Keng replied in a discussion DAP MEMUSNAHKAN NEGARA DAN IMEJ PAS 12:52 AM
S2Keng added a new wall post in the group, Kuala Lumpur 12:45 AM
6 days ago
Sam we are relocating to Dataran Sunway,Kota Damansara tel 03 61573763 04:47 PM
Sam uploaded a new avatar. 04:41 PM
1 week ago
S2Keng joined the group PR Supporters Mar 14
S2Keng joined the group DAP SUPPORTERS Mar 14
 

Love Malaysia Today?
Link to us from
your blog or website.




Bookmark Malaysia Today
Anwar cadang laluan alternatif jambatan baru Pulau Pinang PDF Print E-mail
Written by Hariz   
Tuesday, 30 June 2009 21:50

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan kerajaan meneruskan projek pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang kerana menganggap kos pembinaan iaitu sebanyak RM4 bilion sebagai tinggi.

Beliau sebaliknya mencadangkan satu laluan alternatif dibina dengan menghubungkan bahagian utara Pulau Pinang dengan Seberang Perai kerana bukan sahaja menelan kos yang jauh lebih keci malah menjimatkan masa dan jarak sebanyak 10 kilometer (km) lebih dekat berbanding jambatan asal.

Beliau berkata, laluan alternatif itu juga mampu menjimatkan kos perbelanjaan sebanyak RM4 bilion yang boleh digunakan lebihan kosnya oleh kerajaan untuk membina 40 hospital atau 400 buah sekolah baru.

"Saya tidak menolak cadangan pembinaan projek tersebut tetapi saya musykil mengapa projek jambatan kedua ini diteruskan sedangkan laluan yang dicadangkan menelan perbelanjaan besar.

"Ada cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan oleh Menteri Kewangan, untuk meneruskan projek di laluan alternatif. Jika ini dapat diteruskan ia akan menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM4 bilion ringgit, termasuk ganti rugi kepada syarikat yang mendapat projek itu,” katanya di Lobi Parlimen semalam.

Katanya, beliau tidak membantah sekiranya kerajaan mahu meneruskan dengan syarikat yang dilantik kerana kerajaan sebelum ini telah memberi kontrak kepada syarikat itu.

"Tetapi syarikat itu pun boleh juga membuat projek itu di bahagian utara yang jaraknya dapat dijimatkan sebanyak 10km dengan melibatkan kos yang lebih rendah selain menjimatkan RM4 bilion dana awam,” katanya.

Menurut Anwar, pembangkang tidak akan mempertikaikan tindakan kerajaan sekiranya rundingan semula termasuk membayar ganti rugi kepada syarikat yang bertanggungjawab melaksanakan projek pembinaan jambatan kedua itu jika syarikat terbabit diminta meneruskan pembinaan laluan alternatif berkenaan walaupun surat tawaran bernilai RM2.2 bilion telah diberikan kepada syarikat dari China tersebut.

"Jadi soal perundangan mengenai pembatalan tidak berbangkit," katanya.

Comments (30)add
0
...
written by pr=paling rapuh , July 01, 2009
siputar belit ni bersuara lagi, mana 916 kamu hehhehe asyik tunggu jeeee tapi ramai rakyat malaysia masih lagi percaya gan dia ni walaupun tahu dia ni penipu, pandai sungguh orang ni menipu sampai dah sah menipu tapi orang ramai masih handak ditipunya
report abuse
vote down
vote up
Votes: -3
0
...
written by UMNO=UntukMelayuNoOtak , July 01, 2009
Mintak saja, dia tak bagi alamat selamanya PR memerintah PP. Mau gigit jari juak2 UMNO ni sebab no projek. Harap UMNO depa bukan nak buat laluan kedua ni.
smilies/grin.gifsmilies/grin.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by matsiam , July 01, 2009
Bravo....hidup lg si mamat pr=pakatan rapuh (paling rapuh?) nih...ingatkan dah mampus.....he...he...he...

ok la. Betul Anwar tipu. Tapi berapa banyak RM negara yang habis? Ada huru hara? Ada....Bn & Amno yg huru hara. sampai pakat g taiwan ramai2 blajar ternak ikan!!!!!Perabih boreh....
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
0
...
written by huhahaha , July 01, 2009
tgu menteri jawab la...x payah wat sepekulasi.nti dedah kebodohan sendiri.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by mambang , July 01, 2009
Biasalah DSAI..itu UMNO/BN style bikin projek

kasi lebih sikit..kroni2 ramai dah tunggu habuan masing2..

Wang Besar! Wang besar..
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
0
...
written by pr=paling rapuh , July 01, 2009
si mat siam ni salah seorang penyokong DSAI yang telah buta hati, dah engaku dia DSAI tippu tapi masih menyokongnya,
sedar le wahai kawanku balik le ke pengkal jalan.
report abuse
vote down
vote up
Votes: -1
0
...
written by yushim , July 01, 2009
siapa yang tipu?Najib kah Anuar?rakyat boleh berfikir sendiri......
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
amrie
...
written by amrie , July 01, 2009
hidup DSAI..!!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
vijay
...
written by Rajkamal , July 01, 2009
Cadangan yang bagus dari DSAI untuk menjimatkan kos dan duit rakyat tapi 1 tamparan hebat untuk um-no....mereka tak boleh nak songlap duit hasil dari projek ini....dari awal dah plan dan fix nak curi banyak mana tetapi bila DSAI datang dengan idea baru tinggal mimpi je harapan um-no
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
0
...
written by apai , July 01, 2009
betul tu Rajkamal, aku sokong.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by Jeli , July 01, 2009

Ini yang dikatakan "mencari publisiti murahan".. anwar memang pandai mencadang dan memberikan cadangan.. masa jadi menteri kewangan dulu dialah yang paling banyak bagi projek kepada kroni2nya, siapa yang tak tahu.. le nie penyokong2 anuar jilat balik kutukan yang diberikan kepada anuar dulu.. inilah yang dinamakan politik..

Tapi saya tertarik dengan kenyataan Nik Aziz, katanya "dalam Islam tiada kroni, Nabi pun dulu lantik menantu, sepupu dan orang2 yang dipercayai berdasarkan merit atau kelayakan". jadi taklah jadi soal kalau mana2 pihak yang dirasakan berkelayakan dan punyai merit untuk dilantik atau melaksanakan tanggungjawab tertentu... fikir2lah
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by Jeli , July 02, 2009

Jadi dalam perkara ini, hukumlah sesuatu itu dengan keluasan Islam bukannya bersandarkan kepada sentimen dan kebencian kepada seseorang atau puak, menyebabkan kita tak adil kepadanya. Firman Allah S.W.T, "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil [kepada sesiapa jua] kerana sikap adil lebih hampir kepada taqwa. Bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" Surah Al-Maidah, ayat 8. Ayat ini saya tujuakan untuk semua tanpa berpihak moga kita sama-sama dapat memikirkannya...
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by apai , July 02, 2009
Jeli

benar kata TGNA bahawa dlm Islam tidak wujud istilah kroni disebabkan ajaran Islam itu sendiri tlh sempurna dari segala aspek kehidupan termasuklah menuntut/mengajurkan sikap2 yang terpuji tapi masalahnya ialah dapatkah umno-no ini menurut apa yang telah digariskan dlm Islam ?

sejarah silam dan kini telah membuktikan bahawa umno-no bkn sgt nak mengutamakan rakyat tetapi lebih kepada tembolok dan kuncu2nya sendiri yang terang-terangan tlh terkeluar dari apa yg tlh digariskan dlm Islam.
Apa yang pasti klu dah nawaitu itu sendiri bkn utk rakyat (songlap wang rakyat)maka jgnlah cuba utk mengaitkan Islam dlm soal ini.
Jika nak membantu pun hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan mungkin ada kambing balik pokok.



report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by UMNO = UntukMelayuNoOtak , July 02, 2009
DSAI baru mintak buat jambatan dah UMNO buat kecoh.

TGNA baru cakap nak debat UMNO dah awal2 tolak.

Benda yang tak rasmi lagi tapi UMNO ketakutan sampai begitu sekali.

smilies/grin.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
0
...
written by I.S.A , July 02, 2009
pr = paling rapuh = phukey runtuh...

mana pi gang awak tu....apasal tinggal u seekor saja kat sini...

ingat sudah mampus semua....smilies/grin.gifsmilies/grin.gifsmilies/grin.gifsmilies/grin.gifsmilies/grin.gif

mana dia ZAKAR + RIA + LANCHYAO

en.zakaria L ......
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
vijay
...
written by Rajkamal , July 02, 2009
Dalam kegawatan ini,, selepas fikir punya fikir baru lah mereka dapat 1 idea untuk buat duit bagi mereka dan kroni2 mereka,, DSAI masuk campur dan hancurkan harapan terakhir mereka..

Kesiannya um-no semakin lama semakin uzur... Jambatan ke3 johor singapore pun dah tak dak harapan...sekarang Jambatan PP pula...

Tak pe ada masa lagi cari idea lain pula... Bina lah stadium ke shopping complex ke boleh juga buat duit...
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
0
...
written by mukim , July 02, 2009
Selagi apa yang melibatkan duit orang UMNO mesti masuk campur. Sebab kat situ ada peluang jadi jerung. ada peluang kaut untung. kesian kat UMNO ni, dah ramai sangat dah tak ada projek yang nak disuap. tu yang bising sakan.
Yang kelakarnya masuk duit, berebut-rebut. Keluar duit sorang seposen je nak bayar denda mahkamah hehehehehe haprak punya UMNO.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
0
...
written by Hakikatnya , July 02, 2009

Takpelah lepas nie kita bagi kat DSAI lak laksanakan projek.. pasti ada jerung2 dan kroni2nya yang sedang menanti habuan yang sama, kemana nak tumpahnya kuah kalu tak ke nasi. apatahlagi orang cam DSAI ini ramai lak rakan2 dari luar negara yang sponsor selama ini. Takan sponsor aje kut, tentulah ada habuan setelah penat sponsor. Pokoknya sama sahaja mereka2 ini.

Pastinya mukim, I.S.A dan yang sekutu dengannya akan hemtam saya, tapi hakikatnya perlu diteliti akan kenyataan ini. Apakah kita semua pasti DSAI tidak melakukan seperti apa tuduhan yang saudara2 berikan pada UMNO... kita tunggu dan lihat ajelah... !!!!!
report abuse
vote down
vote up
Votes: -1
0
...
written by I.S.A , July 02, 2009
kepada saudara Hakikatnya :-

ya......saya pastinya akan MENHEMTAM anda......walaubagaimanapun, saya SETUJU dengan anda.....

tak kira siapa jadi RAJA, Rasuah tak kan pupus di malaysia malah di dunia sekali pun......ini adalah realiti.......

hanya sikit atau banyak sahaja yang menjadi perbezaannya......

jikalau saya cakap anda 100% silap pun bukan, 100% tepat pun bukan.....

505 sudahlah....smilies/grin.gifsmilies/grin.gifsmilies/grin.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: -1
0
...
written by apai , July 02, 2009
jgn buat andaian bahawa sikap/perangai org umno sama dgn org lain.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by Hakikatnya , July 02, 2009

... so maksudnya saudara I.S.A bersetuju dengan saya walaupun agak malu2.. takpelah sekurang-kurangnya saudara tahu akan kemungkinan yang akan berlaku...

...buat saudara apai, dalam apa2 perkara pun andaian itu adalah diperlukan.. sebab itu kita diminta buat kajian kemungkinan, kajian kesesuaian coz hendak mendapatkan sesuatu yang terbaik dari apa yang terbaik... apakah saudara telah buat semua tu berdasarkan peribadi DSAI, kronologi & history DSAI dalam kerajaan dan luar kerajaan, siapa dibelakang DSAI dan sebagainya... janganlah menganggap DSAI tu terlalu sempurna coz pada saya samada Najib, Mahyuddin & Anwar adalah insan yang serupa yang dibentuk oleh UMNO dan merupakan generasi pemimpin wawasan 2020... tu sebab saya kata "kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi"... tul tak!!!!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by mukim , July 02, 2009
Dalam pakatan rakyat rasuah adalah ditegah sama sekali dan menjadi perhatian semua pihak. Kalau mana-mana ada orang yang nak rasuah kena fikir tiga empat kali. jangan smpai tertangkap dan jangan sampai jadi cemuhan rakyat. so kat situ ada batasan, ada tegahan dan ada pemerhatian. Tapi dalam UMNO/BN rasuah dah jadi darah daging, tak ada sekatan. kalau ada pun yang bilis-bilis je yang kena. yang jerung-jerung semua bermaharaja lela. Kalau tak takan keluar perumpamaan " kalau nak senang nak kaya bergiat dalam UMNO " apa lagi yang nak disorokan tentang hal sebegini.
Kita bukan taksub sangat dengan pemimpin. Andai kata kalau terjadi seperti mana UMNO/BN lakukan kita akan bangkit dengan nama " kuasa rakyat ". Tapi kita yakin rasuah hanya amat minimal dalam pakatan rakyat. Dalam UMNO/BN bukan setakat maximum tapi dah peringkat gelumang, sebati, dah tak boleh dicuci lagi.
report abuse
vote down
vote up
Votes: -1
0
...
written by Hakikatnya , July 02, 2009

... hakikatnya saudara memang taksub dengan kepimpinan PKR.. mgkn saudara tak mahu akui akannya, tak apelah.. hakikatnya saudara telah dapat membayangkan apa yang apa yang akan berlaku dan dimanakah tahap dan statusnya.. hebat saudara mukim, macam tok nujum... mgkn itu pandangan saudara... saya terima..!!

Memang semuanya bermula dengan yang minimal, dan seterusnya jadi maximum camne UMNO/BN yang saudara katakan sebab ianya ketagih untuk melakukannya... tapi cam juga jerung2 dalam PKR, siapa yang tahu mereka rasuah atau tidak, apakah saudara boleh menghalangnya.. jangan cepat buat andaian jerung2 PKR tak rasuah. Sebabnya jelas, tak sependapat dipecat dari jawapan (Johari vs Lim Guan Eng)& diminta letak jawatan (kes Ustaz Nasharuddin vs Nik Aziz). Tu tak termasuk kes2 terpencil yang disembunyikan. Tu baru setahun memerintah kalau 52 tahun cam UMNO/BN...


Hakikatnya, apa yang boleh saya katakan beginilah "Apabila ada pemimpin UMNO atau BN didakwa terlibat dengan kegiatan tidak moral, didesak letak jawatan tetapi apabila ada pemimpin PKR terlibat biarpun ada bukti, dikatakan ianya konspirasi dan itu soal peribadi"... sampai bila nak gini!!!!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by mukim , July 02, 2009
Tapi saudara hakikat tentang UMNO/BN ni rakyat dah tak boleh ubah paradigma lagi dah. Bila sebut je UMNO/BN terungkailah perkataan pemerintahan penuh rasuah dan penyelewengan. Saya bukan taksub sangat kat mana-mana pemimpin. Kita perlukan perubahan. kalau yang diubah pun sama je, kita sama-sama menentang dia pula. Yang pentingnya kita sanggup berubah untuk kebaikan.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by UMNO = UntukMelayuNoOtak , July 02, 2009
Hakikatnya ialah dibelakang najib adalah Rosmah.
BN = Bini Najib.

Kau terima tak hakikat ini wahai hakikatnya.

BN/ UMNO boleh rosak lagi teruk kalau ada kes2 macam ni. Aku pantang sungguh kalau isteri memerintah suami.
Aptah lagi kalau pemimpin negara yang kena macam tu. Rosak habis negara. Orang UMNO kalau dok sokong lagi maka terimalah hakikatnya iaitu UMNO= UntukMelayuNoOtak.
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by Hakikatnya , July 02, 2009

Mukim..

Kiranya itulah andaian kepada sesuatu yang belum pasti..., saya terima akan perubahan tersebut tapi dengan syarat. Apakah jaminan kepada perubahan yang dicadangkan tidak mengulangi apa yang telah berlaku dan kesan-kesan lain yang mungkin berlaku dari aspek agama, pendidikan, ekonomi, sosial dan sewaktu dengannya khususnya jaminan kepada agama Islam itu sendiri dan kaum melayu yang kian terpinggir dan hilang hak kemelayuaannya kini..

Kepada UMNO=Untuk MelayuNoOtak

Saya tak berapa setuju dengan saudara, coz apa yang berlaku adalah "hear says" dan tidak disandarkan kepada bukti-bukti yang kukuh, sesuatu yang boleh diragui akan kebenarannya dan ianya boleh dianggap fitnah. Pastinya saudara tahu hukum kepada sesuatu yang ditafsirkan sebagai "fitnah" apatahlagi sesama muslim... nasihat saya, hati2 bila berbicara yang menyentuh maruah dan peribadi seseorang insan....!!!!!
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by apai , July 02, 2009
buat Hakikatnya

pandangan yang dilontarkan terhadap umno/bn bkn sekadar berdasarkan kepada andaian semata2 tetapi lebih kepada pemerhatian selama lebih 50 tahun.

dari apa yang saudara tulis nampak seolah2 saudara semacam menghalalkan apa sahaja perlakuan buruk yang dilakukan oleh umno/bn n yang sekuncu dengannya hanya kerana saudara adalah penyokong fanatik bn dan tanpa berasa bersalah sedikit pun dgn merelakan diri bersekongkol ke atas perbuatan mereka.saya tdk nampak sebarang inisiatif yg ada pada saudara sekurang-kurangnya menegur perlakuan tersebut atau setidak-tidaknya berasa benci dgn perbuatan tersebut.jika inilah sikap yang saudara tunjukkan tidak ade bezanyalah di antara pemimpin2 umno/bn tersebut dgn saudara dan saya cadangkan supaya saudara menukar nick daripada HAKIKATNYA kepada PENGAMPU TEGAR UMNO/BN
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by mukim , July 02, 2009
Saudara hakikatnya,
Saudara seolah-olah sudah puas hati dengan apa yang ada sekarang ini. UMNO/BN pada saudara telah memuaskan hati saudara dari segi pelajaran, agama, ekonomi dan segala bentuk asasi untuk rakyat. Pembelaan orang melayu oleh UMNo seolah-olah telah mencapai tahap cemerlang oleh saudara. Betul gitu???

Tapi ketahuilah saudara segala apa yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO sudah jauh kesimpangan. Kenapa kita tak mahu bagi orang lain mencuba agar sesuatu itu jadi lebih baik dan berkesan. mengapa harus kita prejudis dengan usaha-usaha untuk kebaikan oleh orang lain. Shakwasangka yang tak baik itulah yang akan menjahanamkan agama, bangsa dan negara.

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by cucu kublai khan , July 02, 2009
Cadangan yang bagus ni pun masih juga penyokong UMNO dan BN tak setuju. Heran, cadangan ni boleh jimat duit rakyat, tak sokong juga. Memang sah sokongan MEMb**i BUTA
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
0
...
written by UMNO=UntukMelayuNoOtak , July 02, 2009
Aku dah kata dah mesti UMNO kata fitnah. Kes altantuya pun fitnah jugak ker, seluruh dunia tahu tapi rakyat malaysia diperbodohkan dengan sumpah di masjid..... smilies/grin.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
Write comment

busy
 
Copyright © 2008 Malaysia Today | The People's Portal | Malaysia News and Blogs. All Rights Reserved. Malaysia Today News Online
Malaysian daily news | Hot Topics | Breaking News | Happenings | Lifestyle

Advertiser Links(Contact us to advertise your link here):
Malaysia Holiday | Malaysia Property | Malaysia Auction | CutiCutiMalaysia | Malaysia Car | Malaysia Business | Malaysia Art |
Bangsar | Sri Hartamas | Johor Bahru | Kuantan | Kota Kinabalu | Georgetown | Toto Results | Malaysia Hotels | Football | Bola Sepak | Malaysia Games | Yoga | Malaysia Wedding | Forex Tips | Pelajar | Kampung Chat |
Mont Kiara | Melayu | Stock Market | Cyberjaya | Jobs in Malaysia