|
|
Pulau mata wang Amerika – Mahahtir |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Tuesday, 06 January 2009 12:58 |
|
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mahu semua masyarakat di dunia memulau mata wang Amerika dalam semua urusan untuk menunjukkan penentangan terhadap israel. "Jangan setakat memulaukan barangan Amerika Syarikat, malah matawang mereka juga mesti dipulaukan. Jangan guna matawang Amerika Syarikat," katanya. "Ini kerana, dollar Amerika tiada apa-apa yang disandarkan nilai kepadanya. Dan, alasan matawang itu masih digunakan adalah disebabkan orang-ramai masih menganggapnya sebagai matawang yang bernilai. Jika anda berhenti menggunakan matawang Amerika, Amerika tak dapat berdagang dan tidak dapat banyak duit. Dengan ini, negara itu akan terus menjadi miskin dan Amerika akhirnya akan menghentikan penghasilan senjata-senjata,"tegasnya lagi. –Malaysia Today |
|
|
K.Terengganu : Wan Farid pilihan buruk, pengundi perlu tolak –Mahfuz |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Tuesday, 06 January 2009 08:25 |
|
Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar membuat kenyataan sekiranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah menyifatkan bahawa calon Barisan Nasional (BN) adalah pilihan buruk, para pegundi perlulah menolak calon tersebut. "Dr Mahathir dengan jelas mendedahkan bahawa Wan Ahmad Farid akan menjadi proksi dan alat kepentingan pihak tertentu untuk mengepung Najib bila beliau menjadi Perdana Menteri kelak, bukan untuk kepentingan rakyat dan pengundi Kuala Terengganu. "Kalau Bekas Presiden Umno sendiri yang menegaskan bahawa Wan Ahmad Farid dipilih sebagai calon untuk kepentingan pihak tertentu, bukan untuk kepentingan pengundi dan rakyat Kuala Terengganu, saya yakin pengundi Kuala Terengganu akan menolak orang yang tidak dicalonkan demi kepentingan mereka," katanya. Berikutan kenyataan itu Mahfuz secara mengkritik UMNO dan BN yang tidak memilih calon untuk memenuhi kepentingan rakyat tetapi untuk memenuhi kepentingan pemimpin tertentu. –Malaysia Today |
|
K.Terengganu : Wan Farid menang, jadi Timb.Menteri semula |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Tuesday, 06 January 2009 08:19 |
|
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Jan ini beliau akan dilantik semula menjadi Timbalan Menteri. Beliau berharap pengundi dapat membuat pilihan yang bijak sekiranya mahu melihat wakil mereka menjadi Timbalan Menteri pada peringkat kerajaan Persekutuan. "Jadi, saya minta jentera supaya memberitahu pengundi, adakah mereka mahu pemimpin seorang Timbalan Menteri atau pembangkang. Kalau undi calon PAS, dia tidak boleh jadi Timbalan Menteri," katanya. Sebelum ini Wan Farid merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan telah meletakkan jawatannya bagi membolehkan beliau bertanding pada pilihan raya kecil itu. –Malaysia Today |
|
|
K.Terengganu : 5 penyokong PR ditahan tampal poster |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Tuesday, 06 January 2009 08:11 |
|
Polis bertindak menahan lima orang penyokong pihak pembangkang yang didakwa menamapal poster yang berunsur hasutan di Pulau Kambing. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memaklumkan mereka yang terbabit akan disiasat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. "Kita telah menahan kelima-lima lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut," katanya. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memaklumkan salah seorang daripada mereka yang ditahan itu ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fariz Musa. Bagaimanapun semua mereka itu telah dibebaskan dengan jaminan polis. –Malaysia Today |
|
Karpal mahu Syed Hamid buktikan rakyat sokong ISA |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Tuesday, 06 January 2009 08:06 |
|
Pengerusi DAP Karpal Singh mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menunjukkan bukti menerusi kajian yang didakwa olehnya yang mengatakan rakyat Malaysia masih lagi menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mahu ianya dikekalkan. Beliau berkata pungutan suara ramai adalah satu – satunya kaedah yang dapat memperlihatkan sama ada sokongan itu benar atau tidak. "Satu-satunya cara untuk menilai sama ada terdapat sokongan bagi mengekalkan ISA ialah dengan mengadakan pungutan suara yang perlu dilakukan oleh kerajaan," katanya. Sebelum ini Syed Hamid mendakwa majoriti rakyat Malaysia masih mahu ISA dikekalkan dalam sebuah forum. "Saya sendiri seorang tahanan di bawah ISA dan tidak terdapat langsung program, pelajaran atau kuliah untuk pemulihan,"jelas Karpal menafikan kenyataan Syed Hamid. –Malaysia Today |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 2 of 398 |