Malaysia Today | The People's Portal | Malaysian News and Blogs


2009 untuk cekapkan lagi kerajaan - Najib PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 01 January 2009 17:36

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tahun 2009 adalah untuk membuat pembaharuan dalam kerajaan bagi menambah kecekapan kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab. "Tahun 2009 akan menyaksikan pelbagai pembaharuan dilakukan, kesemuannya bertujuan memenuhi kehendak kita dan membawa Malaysia melangkah sepenuhnya ke abad 21," katanya.

Beliau percaya Malaysia mampu mengharungi cabaran yang semakin hebat yang sedang menanti. "Realitinya ialah krisis itu berlaku di luar kawalan kita dan tahap kesannya akan juga ditentukan oleh faktor luaran," tambahnya. Beliau memaklumkan permulaan bagi menghadapi perkara – perkara tersebut kerajaan akan melaksanakan satu pakej rangsangan, langkah menambah pendapatan, melindungi wang simpanan dan mengadakan kempen menurunkan harga barang. –Malaysia Today

 
Lagi Pakej Ransangan – Najib PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 01 January 2009 17:29

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan kemungkinan besar satu lagi pakej ransangan akan diadakan sekiranya keadaan eknomi semakin buruk pada tahun 2009. "Keutamaan saya ialah saya benar-benar mahu menyelamatkan rakyat dari perlu menghadapi kesukaran jika ekonomi sebenar menerima kesan," katanya.

Sebelum ini kerajaan telah menjalankan pakej rangsangan RM7 bilion pada 4 November bagi menghadapi masalah krisis ekonomi disebekan masalah ekonomi global. Menteri Kewangan itu memaklumkan defisit bajet 5 peratus masih boleh diterima untuk tempoh satu hingga dua tahun. "Sebab itu kita bersikap tegas di segi penetapan satu siling. Sebagai contoh, perbelanjaan kerajaan, oleh pelbagai kementerian, jika mereka memohon perbalanjaan tambahan, mereka akan diberitahu supaya membuat penjadualan semula atau menetapkan projek keutamaan, bahawa mereka perlu melaksanakan projek, iaitu mereka perlu membuat perancangan mengikut siling yang ditetapkan. Kita memandang berat untuk mengekalkan defisit 4.8 peratus,"jelasnya. –Malaysia Today

 
MCA tolak ujian HIV sebelum kahwin PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 01 January 2009 17:22

Biro Pemantauan Hal Ehwal Kerajaan MCA menolak sama sekali cadangan untuk mewajibkan orang bukan Islam menjalani ujian HIVsebelum mereka mendirikan rumah tangga bagi tujuan mengelakkan penyakit tersebut berjangkit. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan ia tidak perlu dijadikan kewajipan kepada mereka yng bukan beragama Islam.

"Ujian itu hanya untuk memperoleh pengesahan bahawa seseorang itu dijangkiti tetapi tidak ada tindakan susulan selepas itu. Kita sepatutnya menumpukan ini. Hakikat lain ialah mengenai kerahsiaan mereka yang diuji. Kita mesti pastikan bahawa identiti mereka dirahsiakan kerana ini adalah stigma sosial," katanya. –Malaysia Today

 
Tindakan tegas terbit isu kaum dan agama tidak sopan PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 01 January 2009 17:18

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi peringatan kepada mana – mana pihakyang terlbat dengan penerbitan kandungan yang berunsur ganas dan tidak sopan dalam isu melibatkan agama dan kaum untuk dikenakan tindakan tegas. Suruhanjaya turut meminta ibu bapa agar memantau penggunaan internet oleh anak – anak mereka supaya mereka tidak mudah dipengaruhi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"MCMC sangat bimbang dengan insiden tidak bertanggungjawab dan beretika menggunakan Internet, khasnya ulasan dalam blog. Internet adalah alat berpengaruh untuk pembangunan tetapi malangnya disalahgunakan oleh sebilanagn kecil mereka yang tidak bertanggungjawab dan individu yang tidak beretika," katanya. –Malaysia Today

 
Aziz mahu baiki imej SPR PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 01 January 2009 13:10

Pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang memulakan jawatannya mahu meneruskan tugas – tugas yang dilakukan oleh ekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di samping memperbaikinya lagi. Beliau turut mahu mengkaji saranan terakhir daripada Abdul Rashid yang mencadangkan agar kuasa autonomi mengawal sepenuhnya perjalanan pilihan raya diberikan.

"Saya juga akan mempertingkatkan lagi kerjasama erat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Polis Diraja Malaysia memandangkan kedua-dua agensi itu berkait rapat dengan SPR," katanya. Beliau berkata pengalaman beliau menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini akan digunakan sepenuhnya. Bagaimanapun beliau enggan memaklumkan perubahan baru yang akan dilakukan sebelum menerima taklimat daripada pegawai SPR. –Malaysia Today

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 10 of 397
Copyright © 2008 Malaysia Today | The People's Portal | Malaysia News and Blogs. All Rights Reserved. Malaysia Today News Online
Malaysian daily news | Hot Topics | Breaking News | Happenings | Lifestyle

Advertiser Links(Contact us to advertise your link here):
Malaysia Holiday | Malaysia Property | Malaysia Auction | CutiCutiMalaysia | Malaysia Car | Malaysia Business | Online Games | Malaysia Art
Bangsar | Sri Hartamas | 4D Results | Malaysia Family | Malaysia Community | Malaysia Hotels | Malaysia Football | Bola Sepak
-