Malaysia Today | The People's Portal | Malaysian News and Blogs


K.Terengganu : Wahid mahu dedahkan rahsia UMNO PDF Print E-mail
Written by Syah   
Sunday, 04 January 2009 11:11

 Calon PAS Abdul Wahid Endut berjanji akan menyatakan segala ucapan beliau dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mendedahkan kepincangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). "Dari tahun 2000 sehingga 2005 sebanyak RM 200.34 juta wang royalti kerajaan Terengganu telah diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain, ia meningkat sebanyak RM 600 juta lagi sehingga tahun 2008,katanya.

Beliau berkata segala penyelewengan dan pengkhianatan BN akan didedahkan pada ucapannya nanti. Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam memaklumkan beliau pernah membangkitkan pelbagai isu termasuk royalti minyak.-Malaysia Today

 
RM5.8 j untuk Terengganu PDF Print E-mail
Written by Syah   
Sunday, 04 January 2009 11:03

Projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu akan dijalankan sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal diberikan amanahbagi menerajui pentadbiran itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini. Menteri Besar Datuk Ahmad Said menjelaskan peruntukan itu meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya dan selebihnya untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

"Sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya kecil nanti. Lihat sahaja DUN Wakaf Mempelam yang agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding kawasan-kawasan lain dalam Parlimen Kuala Terenganu. Ini kerana wakil rakyatnya dari parti pembangkang, dan beliau tidak dapat membangunkan kawasan itu kerana bukan dari parti pemerintah," katanya. –Malaysia Today

 
Tiada peruntukan pembanggunan untuk berkempen – Ahmad Zahid PDF Print E-mail
Written by Syah   
Sunday, 04 January 2009 10:59

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menggunakan peruntukan untuk pembanggunan bagi berkempen dalam pilihan raya umum atau kecil. Beliau menjelaskan peruntukan pembanggunan adalah diluluskan secara berperingkat dan bukannya diadakan pada pilihan raya sahaja. Beliau menyifatkan tindakan pembangkang mendakwa BN menggunakan peruntukan pembanggunan pada setiap kali menjelang pilihan raya bertujuan memancing undi.

"BN sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat dan menunaikan tanggungjawab meluluskan peruntukan pembangunan tanpa mengira masa dan keadaan. Tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang tidak benar dan lebih merupakan taktik kotor untuk mengelirukan rakyat," katanya. –Malaysia Today

 
Lim mahu Anwar pastikan PKR berdisiplin PDF Print E-mail
Written by Syah   
Saturday, 03 January 2009 11:17

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mahu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan pemimpin parti nya lebih berdisiplin bagi memastikan Pakatan Rakyat terus menjadi pilihan. "Anwar harus memastikan pemimpin-pemimpin PKR lebih berdisiplin," katanya.

Ianya adalah berikutan pergaduhan yang berlaku antara pemimpin PAS dan pemimpin PKR di Perak yang mampu memberi kesan kepada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan ini. "Saya rasa mungkin satu atau dua pemimpin PKR yang bergaduh dengan PAS. Pakatan Rakyat akan lihat sejauh mana perkara itu dan akan mencari jalan untuk mengatasinya," katanya. –Malaysia Today

 
Menteri, Timb.Menteri diarah serah pelan PDF Print E-mail
Written by Syah   
Saturday, 03 January 2009 11:09

Semua menteri dan timbalan menteri MCA diarahkan mengemukakan pelan kerja untuk portfolio masing-masing kepada kepimpinan parti itu bertujuan untuk menyemaikan sikap tanggungjawab dalam diri mereka. Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat memaklumkan arahan tersebut diterima oleh Majlis Presiden.

"Saya telah putuskan dan arahkan supaya kesemua empat menteri MCA perlu mengemukakan pelan kerja kementerian masing-masing kepada Lembaga Presiden dan Jawatankuasa Pusat MCA. Semua Timbalan Menteri MCA juga dikehendaki berbuat demikian, khasnya yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing," katanya. –Malaysia Today

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 8 of 397
Copyright © 2008 Malaysia Today | The People's Portal | Malaysia News and Blogs. All Rights Reserved. Malaysia Today News Online
Malaysian daily news | Hot Topics | Breaking News | Happenings | Lifestyle

Advertiser Links(Contact us to advertise your link here):
Malaysia Holiday | Malaysia Property | Malaysia Auction | CutiCutiMalaysia | Malaysia Car | Malaysia Business | Online Games | Malaysia Art
Bangsar | Sri Hartamas | 4D Results | Malaysia Family | Malaysia Community | Malaysia Hotels | Malaysia Football | Bola Sepak
-