|
|
Majoriti rakyat mahu ISA – Syed Hamid |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 05 January 2009 20:53 |
|
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menyatakan majoriti rakyat masih mahu Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. "Kalau itu yang dikehendaki oleh rakyat, suruh kita mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, kita akan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi mengikut kita punya kajian, majoriti rakyat mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri dikekalkan," katanya. Beliau menegaskan suara yang mahu ianya dimansuhkan selama ini hanyalah diperbesarkan oleh pembangkang dan badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang tidak mempunyai ramai keahlian. Beliau berkata mereka yang ditahan di bawah ISA tidak terjejas kerana bukanlah tahanan jenyah malah ianya mematangkan lagi mereka. –Malaysia Today |
|
|
Malaysia gesa Perhimpunan Agung Khas PBB |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 05 January 2009 20:47 |
|
Malaysia menggesa agar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengadakan satu Perhimpunan Agung Khas bagi menyelesaikan isu kekejaman Israel terhadap Palestin. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ianya boleh diadakan dengan tujuan "perpaduan untuk keamanan". Wakil Tetap Malaysia ke PBB telah diarahkan untuk memulakan permuafakatan dengan Kumpulan Hubungan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) agar perhimpunan penting itu diadakan. "Dunia mesti suarakan dengan tegas dan buat tuntutan dengan tegas untuk menyelesaikan isu tersebut,"tegasnya. –Malaysia Today |
|
K.Terengganu : Abdul Wahid terbaik – Hadi |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 05 January 2009 20:41 |
|
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Abdul Wahid Endut, 51 yang mewakili PAS dalam merebut kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu adalah yang terbaik. Beliau berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam itu mempunyai beberapa keistimewaan berbanding calon lain yang turut disenaraikan. Beliau berkata faktor utama ialah kejayaan beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam bagi lima penggal berturut – turut dengan majoriti besar. ''Selain itu, Abdul Wahid juga adalah bekas Exco kerajaan negeri yang menjaga hal ehwal pengguna, peniaga kecil dan koperasi ketika Pas memerintah dahulu. Lagi pun di Kuala Terengganu ramai orang Cina, beliau amat sesuai sebagai calon kerana rupanya ada iras-iras orang Cina," katanya. –Malaysia Today |
|
|
GPMS sokong LPKP tolak surcaj 30% bas sekolah |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 05 January 2009 20:33 |
|
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyokong pendirian Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang menolak cadangan untuk mengenakan surcaj 30 peratus ke atas tambang bas sekolah. Presidennya, Datuk Reezal Merican Naina Merican menyifatkan cadangan tersebut adalah tidak munsabah sama sekali seperti mana yang diminta oleh Persekutuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia (PPBSSM). Beliau menegaskan PPBSSM tidak boleh hanya memikirkan keuntungan semata – mata kerana terdapat ibu bapa yang mempunyai pendapatan rendah di samping ekonomi yang tidak menentu sekarang. "Tidak wajar untuk mengenakan caj 30 peratus apabila ramai ibu bapa sudahpun dihimpit dengan pelbagai masalah terutamanya mereka yang mempunyai ramai anak bersekolah. Ketika negara berdepan dengan isu-isu ekonomi yang menghimpit rakyat, kita minta kepada mereka supaya faham dan berkongsi masalah ini bersama," katanya. –Malaysia Today |
|
Semak CIQ semula –Shahrir |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 05 January 2009 20:20 |
|
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad mahu kemudahan infrastruktur di Bangunan Sultan Iskandar yang mempunyai Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) perlu dikaji semula bagi memastikan urusan pengguna dapat dipermudahkan. Beliau berkata jalan susur keluar dari CIQ ke bandar perlu diwujudkan bagi mengelakkan perniagaan serta kemudahan awam daripada terjejas. "Setahu saya pada perancangan asal terdapat laluan itu tetapi sekarang tiada, jadi apa guna kerajaan membina kemudahan berbilion ringgit tetapi tidak memudahkan rakyat. Saya akan membawa isu kepada pengetahuan Jemaah Menteri pada Rabu ini," katanya. Orang ramai merungut terhadap operasi Bangunan Sultan Iskandar yang menyebabakn perjalanan ke Johor Baru menghadapi masalah serta memberi kesan buruk kepada perniagaan di sekitar.-Malaysia Today |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 5 of 398 |