Malaysia Today | The People's Portal | Malaysian News and Blogs


K.Terengganu : Pilihan raya selamat – Syed Hamid PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 05 January 2009 21:22

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menjelaskan penempatan seramai 6,000 anggota polis di sekitar bandar raya Kuala Terengganu bukan bermakna ianya tidak selamat semasa pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Beliau menyatakan kehadiran pasukan itu termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah sebagai langkah berjaga – jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kita tak nak ambil sebarang risiko, kita nak orang berasa selamat nak pergi sana sini dan tidak berasa terancam. Jangan khuatir mengenai pihak polis, anggap sahaja dia tidak ada walaupun dia ada. Kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku, orang akan salahkan polis dan cakap kita tak buat persediaan awal, jadi persediaan awal ini merujuk bahawa kita memahami proses demokrasi dan bukan satu tanda bahawa negeri ini tidak selamat," katanya.-Malaysia Today

 
Abdullah hubungi Setiausaha Agung PBB PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 05 January 2009 21:17

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertindak menghubungi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ban Ki Moon dan Presiden Persidangan PBB, Miguel d'Escoto Brockmann supaya satu persidangan tergempar diadakan bagi membincangkan isu serangan Israel. Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim  berkata perhimpunan itu perlu diadakan berikutan kegagalan Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai keputusan berhubung serangan di Palestin.

Selain itu ketua kerajaan anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Asean dan beberapa pertubuhan antarabangsa yang lain akan dihubungi Abdullah bagi mendesak persidangan diadakan secepat mungkin. –Malaysia Today

 
Dasar sokong Israel tak akan diubah Obama – Mahathir PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 05 January 2009 21:11

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bakal Presiden Amerika Barack Obama tidak akan bertindak untuk mengubah pendirian Amerika Syarikat dalam menyokong Israel sepenuhnya walaupun tindakan kejam secara nyata telah dilakukan. "Israel sebenarnya memerintah dunia melalui proksinya kerana tiada calon presiden Amerika termasuk Barrack Obama yang berani mengatakan bahawa mereka tidak menyokong Israel.

"Malah orang kanan Obama, Joseph Biden, secara terbuka telah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Czarist. Jadi anda boleh bayangkan dasar luar negara Obama pada masa hadapan," katanya. Mahathir berkata seluruh negara perlu bersatu dalam menentang pendirian Amerika yang masih tidak mahu berganjak. –Malaysia Today

 
Malaysia kecewa kelampauan Israel – Najib PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 05 January 2009 21:05

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kekecewaan terhadap tindakan melamapu Israel yang berterusan menyerang Semenanjung Gaza. Beliau berkata tindakan itu langsung tidak adil dengan apa yang dialami mereka di samping pencabulan gencatan senjata dimulakan mereka sendiri yang akhirnya memaksa Hamas mengangkat senjata.

"Kita amat kesal kerajaan Israel mengambil tindakan yang bersifat keterlaluan berbanding dengan apa yang telah dialami mereka. Sepatutnya, dalam gencatan senjata mereka benarkan kegiatan kemanusiaan berjalan dengan baik, umpamanya pekerjaan dapat dilakukan seperti biasa, bantuan ekonomi berjalan dan kemudahan asas dapat dibekal. Dalam keadaan kehidupan penduduk Gaza terhimpit, sebab itulah Hamas mendapat sokongan dan membuatkan Hamas mengambil tindakan membedil kawasan Israel, tetapi bedilan mereka jika dibandingkan dengan jumlah terkorban setakat ini, jauh tidak seimbang," katanya. –Malaysia Today

 
US$1 Juta untuk rakyat Palestin PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 05 January 2009 20:59

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meluluskan bantuan sebanyak US$1 kepada rakyat Palestin. Menurut beliau wang tersebut akan disalurkan kepada Mercy Malaysia bagi penyedian bantuan bekalan. Selain itu Tabung Untuk Rakyat Palestin turut ditubuhkan oleh Kementerian Luar untuk menyelaraskan bantuan.

Abdullah memaklumkan bantuan akan terus diberikan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Israel yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 500 orang. Beliau turut berhasrat untuk meminta pemimpin negara lain untuk menggunakan pengaruh mereka bagi memberhentikan serangan zalim itu. –Malaysia Today

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 4 of 398
Copyright © 2008 Malaysia Today | The People's Portal | Malaysia News and Blogs. All Rights Reserved. Malaysia Today News Online
Malaysian daily news | Hot Topics | Breaking News | Happenings | Lifestyle

Advertiser Links(Contact us to advertise your link here):
Malaysia Holiday | Malaysia Property | Malaysia Auction | CutiCutiMalaysia | Malaysia Car | Malaysia Business | Online Games | Malaysia Art
Bangsar | Sri Hartamas | 4D Results | Malaysia Family | Malaysia Community | Malaysia Hotels | Malaysia Football | Bola Sepak
-