| 5 perkara tumpuan Abdullah sebelum berundur |
|
| Written by Syah | |
| Wednesday, 20 August 2008 16:19 | |
|
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memaklumkan beliau akan memberi tumpuan kepda lima perkara dalam melaksanakan usaha yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebelum berundur pada tahun 2010. Ianya meliputi program di bawah inisiatif pembangunan koridor dan penambahbaikan seperti sistem kehakiman dan penyampaian perkhidmatan kerajaan. "Perjuangan untuk membina dan memartabatkan negara bangsa tidak ada noktahnya kerana itulah lumrah pentadbiran dan banyak lagi yang perlu diusahakan dari kini sehingga tahun 2010 dan seterusnya. Saya percaya bahawa makna dan impak sesebuah pentadbiran hanya boleh dilihat dengan jelas selepas masa yang secukupnya berlalu, juga seseorang Perdana Menteri tidak akan merasa berpuas hati tetapi akan sentiasa berusaha untuk meneruskan penambahbaikan," katanya. Ianya berikutan pertanyaan daripada Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong) yang mahu mengetahui kerja yang ingin disempurnakan oleh Abdullah sebelum berundur pada tahun 2010. –Malaysia Today |