| 100 pelajar himpun desak mansuhkan AUKU |
|
|
|
| Written by Syah | |||||||||||||||||||||||||
| Wednesday, 20 August 2008 11:41 | |||||||||||||||||||||||||
|
Kira- kira 100 mahasiswa institusi pengajian tinggi dari seluruh negara mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk Parlimen untuk mendesak agar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dihapuskan dan bukannya sekadar dipinda. Kumpulan pelajar yang digelar Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) berpakaian serba hitam berarak menuju ke hadapan pintu masuk Parlimen dengan membawa sepanduk "GMMA Bantah Pindaan Kosmetik AUKU". Menurut Koordinator GMMA Ridzuan Muhamad pindaan akta yang dibuat hanya untuk memuaskan hati pihak tertentu dan ianya tidak memberi kebaikkan kepada mahasiswa keseluruhannya. Perhimpunan itu berkahir dengan penyerahan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron di perkarangan bangunan Parlimen oleh Ridzuan dan Idris memaklumkan pindaan AUKU akan dibahaskan di Parlimen dalam masa terdekat. –Malaysia Today
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 134
Write comment
|
|||||||||||||||||||||||||




