Malaysia Today | The People's Portal | Malaysian News and Blogs


Jangan hebohkan pertikaian dalam BN – Najib PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 01 December 2008 20:34

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepada semua pemimpin parti komponen supaya tidak membincangkan secara terbuka masalah yang dihadapi Barisan Nasional (BN) serta pertikaian seperti isu ketuanan Melayu. "Sebenarnya apabila kita buat struktur Barisan Nasional ini, salah satu daripada tujuannya ialah supaya sebahagian besar daripada pertikaian atau permasalahan dan juga polemik-polemik ini boleh diutarakan secara tertutup melalui saluran khas dalam BN.

"Tetapi sejak kebelakangan ini, saluran ini kurang digunakan. Ada pihak-pihak tertentu lebih minat untuk membuka perkara ini secara terbuka," katanya. Najib menegaskan tindakan ini sama sekali tidak menguntungkan parti. "Rakyat akan melihat bahawa kita ini menghadapi terlalu banyak masalah sepanjang masa. Saya tidak menafikan ada keperluan untuk parti-parti dalam BN menyuarakan pendapat masing-masing tetapi ia mestilah dibuat secara berhemah,"tambahnya. –Malaysia Today

 
PAS serah memorandum buka sempadan Gaza PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 01 December 2008 20:29

Pemuda PAS dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bantahan kepada pejabat Pesuruhjaya Tinggi Mesir di Malaysia supaya membuka pintu sempadan untuk pelarian Palestin di Gaza yang disekat oleh tentera Israel. Exco Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad memaklumkan memorandum itu diserahkan kepada seorang pegawai suruhanjaya tinggi itu di Jalan Ampang.

"Sempadan Mesir perlu dibuka bagi membolehkan pelarian Palestin mendapatkan keperluan seperti bahan makanan dan ubat-ubatan. Kami harap nasib pelarian Palestin dapat dibela," katanya. NGO yang terlibat termasuk Yayasan Amal Malaysia dan Teras Pengupayaan Melayu. –Malaysia Today

 
Kerajaan pastikan ekonomi terbaik – Najib PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 01 December 2008 20:22

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan akan memastikan tahap ekonomi Malaysia berada pada tahap terbaik dalam menghadapi masalah kemelesetan ekonomi dunia kini. Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan unutk menyelamatkan ekonomi negara daripada terjebak dengan masalah ekonomi dunia.

"Keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan bahawa kita dapat menentukan pertumbuhan ekonomi yang setinggi mana yang mampu kita lakukan dalam keadaan ekonomi dunia yang seperti mana yang kita lihat pada masa ini. Kita sedar bahawa dalam masa terdekat ini cabaran utama ialah untuk menyelamatkan negara kita dari terjebak dalam tekanan ekonomi dunia sehingga negara kita terjerumus dalam keadaan kemelesetan," katanya. –Malaysia Today

 
Bahasa Malaysia tak dipinggirkan – Wee Ka Siong PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 01 December 2008 20:14

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong menegaskan Bahasa Malaysia masih tidak dipinggirkan dalam pembelajaran di sekolah kerana 59 peratus proses pengajaran dan pembelajaran masih digunakan dalam bahasa tersebut. Beliau turut berpendapat Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tidak akan menjejaskan bahasa kebangsaan itu.

“Malah, Bahasa Malaysia digunapakai di peringkat antarabangsa apabila ia dijadikan salah satu kursus di Beijing bagi melatih siswazah dari China,” katanya. Sebelum ini, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mendakwa penggunaan Bahasa Inggeris dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menyebabkan penguasaan dalam Bahasa Melayu menurun. –Malaysia Today

 
Reformis lapor salah guna kuasa Khalid PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 01 December 2008 20:10

Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) membuat laporan kepada polis berhubung salah guna kuasa dan wang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam penganjuran majlis keramaian dan jamuan makan sempena Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Malawati. Presiden Reformis Ramlan Abu Bakar menegaskan pihak polis perlu membuat siasatan terhadap mereka yang terlibat dalam dakwaan tersebut yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan negeri.

Beliau turut menyatakan bahawa laporan yang sama akan dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Sebelum ini Reformis bertindak untuk melakukan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kerana kenaikkan kadar sewa rumah awam. Bagaimanpun Ramlan memaklumkan yang pihaknya akur dengan keputusan pihak polis kerana tidak membenarkan demonstrasi itu diadakan. –Malaysia Today

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 342
Copyright © 2008 Malaysia Today | The People's Portal | Malaysia News and Blogs. All Rights Reserved. Malaysia Today News Online
Malaysian daily news | Hot Topics | Breaking News | Happenings | Lifestyle

Advertiser Links(Contact us to advertise your link here):
Malaysia Holiday | Malaysia Property | Malaysia Auction | CutiCutiMalaysia | Malaysia Car | Malaysia Business | Bursa Malaysia | Online Games | Malaysia Art