Register for Free

You can now be MalaysiaToday Blogger. Signup and start blogging now!

Login Form



Banner
Banner

Love Malaysia Today?
Link to us from
your blog or website.




Bookmark Malaysia Today
WAN AZIZAH WAN ISMAIL PDF Print E-mail
Written by Helmi   
Friday, 18 July 2008 15:08
WAN AZIZAH WAN ISMAIL


Wan azizah telah dilahirkan pada tahun 1952. Beliau mendapat pendidikan awal di St. Nicholas Convent School, Alor Setar. Kemudian, menyambung pula pelajarannya di Tunku Kurshiah College di Seremban dan seterusnya di Royal College of Surgeons di Ireland dalam jurusan perubatan dimana beliau telah mendapat kalungan emas dan beliau menperolehi ijazah dan telah berjaya bergelar seorang oftalmologis.


Dr Wan Azizah pernah bekerja sebagai doktor kerajaan selama 14 tahun. Selepas itu, beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Sepanjang memegang kerjaya sebagai doktor beliau telah menjadi ketua bagi Majlis Kanser Nasional(MAKNA) yang dalam masa yang sama merupakan orang kedua dalam politik.


PEMBABITAN DALAM POLITIK


Pada 20 September 1998,ketika suaminya, Datuk Anwar Ibrahim ditahan oleh pihak polis, beliau menjadi orang pertama yang mendapatkan keadilan untuk suaminya sebelum menubuhkan pati Keadilan pada 4 April 1999. Dalam pada masa yang sama, beliau merupakan presiden bagi parti tersebut.


Pada tahun 1999, ketika pilihanraya umum beliau telah memenangi 5 kerusi parlimen dan seterusnya menjadi wakil rakyat di Permatang Pauh, yang sebelum ini di pegang oleh Anwar Ibrahim dengan majoriti 9, 077 undi. Kemenangan pada tahun 2004 untuk memenangi kerusi di Permatang Pauh telah membuka ruang untuk beliau terus aktif dalam dunia politik


Sebagai ketua parti dan wakil rakyat, beliau telah banyak mengadakan program dan aktiviti dalam negeri dan antarabangsa. Beliau juga pernah bertindak sebagai speaker di UN-sponsor program didalam Negara dan luar Negara. Selain dari ittu, beliau merupakan Naib presiden Malaysia Parlimen Caucus untuk Demokrasi di Myanmar dan menjadi ahli ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus.


KONTROVERSI


AZIZAH ‘BUKA PEKUNG’ ANWAR

Beliau pernah mendakwa bahawa wujudnya unsur rasuah dalam pemberian kontrak kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada PSC Naval Dockyard. Namun begitu, ‘bom’ yang dilemparkan oleh beliau mengundang bahana apabila Dewan Rakyat mengumumkan bahawa Menteri Kewangan yang meluluskan penswastaan projek berkenaan kepada syarikat itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan Ketika menggulung perbahasan titah Yang di- Pertuan Agong, Datuk Najib mengulas bahawa beliau tidak mahu menyalahkan beliau, namun mungkin ada sesuatu yang terjadi di luar jangkaan.


Berdasarkan penjelasan selanjutnya yang diberikan oleh Najib, kontrak perolehan 27 buah kapal itu diberikan kepada PSC Naval Dockyard pada 11 Disember 1995 untuk tempoh 15 tahun. Tambah beliau lagi, perjanjian, syarikat berkenaan diberi kontrak penyelenggaraan kapal dan perkakasan TLDM di samping mereka bentuk dan membina 27 buah kapal ronda generasi baru. Di bawah kontrak awal, kerajaan membuat tempahan enam buah kapal pronda dengan nilai kontrak sebanyak RM5.35 bilion tetapi kontrak dengan PSC dibatalkan pada tahun 2006 apabila gagal memenuhi syarat kontrak dan hanya dua buah kapal sahaja yang hampir disiapkan pada tahun 2006.


Akibat dari itu enam buah kapal masih diteruskan pembinaannya, kerajaan telah melantik Lembaga tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil alih syarikat PSC dan nilai kontrak terpaksa dinaikkan kepada RM6.75 bilion ekoran peningkatan kos.


USUL TIDAK PERCAYA GEMPARKAN NEGARA

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengalu-alukan lebih banyak Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tambah beliau lagi, beliau tidak mengharapkan suatu perubahan dalam kerajaan, sebaliknya perwakilan bagi suara rakyat didengar di Parlimen. Proses itu tidak akan membabitkan sebarang pengundian dan beliau tidak akan memfailkan usul itu buat kali kedua sekiranya Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak memberi kebenara.


Baru-baru ini beliau telah menyerahkan usul berkenaan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Keputusan usul tidak percaya itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin ini. Usul itu difailkan atas dasar keadaan ekonomi yang semakin teruk dan perkembangan politik tanah air yang dilanda tsunami dimana dalam waktu yang sama usul itu difailkan di Pejabat Speaker Dewan Rakyat pada pukul 3.45 petang ini, Majlis Tertinggi (MT) Umno akan mengadakan mesyuaratnya di Menara Dato’ Onn di sini.


Beliau turut menegaskan bahawa ianya adalah langkah awal parti Pakatan kepada perubahan dan tindakan ini dalam peraturan Parlimen. Tindakan seperti ini akan berterusan selagi negara berkeadaan begini dan rakyat akan menderita. Kenyataan akhbar yang dikeluarkan pula menjelaskan, bahawa pilihan raya umum ke-12 menyaksikan pergolakan dalam politik yang mengakibatkan 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, sekali gus menafikan penguasaan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN).


Antara kandungan lain kenyataan itu adalah kemenangan tipis BN ini telah dicapai melalui manipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pembohongan yang tidak bermaruah. Disamping itu, beliau turut menegaskan bahawa rakyat kini dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan rakyat, harga bahan makanan dan keperluan asas rakyat yang semakin melambung harganya, dan dalam masa yang sama keyakinan rakyat yang semakin menipis terhadap institusi polis, peguam negara, badan kehakiman, peningkatan kadar jenayah dan gejala rasuah yang semakin membarah.Namun demikian ramai pemimpin Barisan Nasional membuat andaian bahawa usul terbabit akan ditolak.
Comments (21)Add Comment
0
cilipadi
July 24, 2008
85.159.201.52
Votes: +10
...

God is right next to every virtuous believer...! Datuk WA...I like your courageousness and positive energy.

0
soul rebel
July 25, 2008
219.93.92.161
Votes: +6
...

May the FORCE be with u always..OUR FREEDOM FIGHTER..Keep on Rocking!

0
Kirim Li
July 25, 2008
218.111.149.24
Votes: +13
...

A real Malaysia 'IRON LADY' with a soft and gentle heart.

The trust and hope of all Malaysia is upon you.

0
Yuhar
July 31, 2008
118.101.36.224
Votes: +7
...

TAHNIAH DATIN SRI,ATAS KETABAHAN HATIMU.HATIMU BAGITU CEKAL MENGDAPI DUGAAN.HIDUP INI DI IBARATKAN SEBUAH KAPAL YANG BELAYAAR MENUJU KELAUTAN,IA AKAN DI PUKUL OMBAK ANGIN,TAUFAN TEPI APA YANG MENENTUKAN KAN IALAH TUJUAN HIDUP KITA,TANPA TUJUAN KITA TIDAK AKAN SAMPAI KEMANA MANA.

0
lebah
July 31, 2008
124.82.55.51
Votes: +7
...

isteri ,ibu & opah yg tabah menghadapi ujian getir....moga Allah melimpah rahmat padanya & keluarga
Tak di gelar seorng perjuang jika tiada ujian
Ada Nabi dibunuh
ada ulama dibunuh
untuk menegak kebenaran yg Allah tuntutkan
Siapa kah kita disisi Allah...Syurga balasannya

0
Tangkup
August 01, 2008
60.53.218.90
Votes: +8
...

Datuk Seri Wan Azizah "May God give you unlimited energy , fighting courage and overwhelming wisdom to "berjuang" beside your loving husband DSAI to redeem our beloved Malaysia and her rakayat from being sodomised by the some "corrupt" and "biased" leaders of the BN Gomen. smilies/smiley.gif

0
comrad
August 01, 2008
60.49.28.166
Votes: +9
...

my super heroin!!! salute 100% mother of new malaysia

0
lebah
August 01, 2008
60.54.71.19
Votes: +10
...

PERMATANG PAUH........MENANTI ANWAR......

0
YNWA
August 04, 2008
118.100.144.217
Votes: +14
...

Kak Wan,

Bersara dpd jawatan Ketua Pembangkang tak apa........
kerana jawatan WANITA PERTAMA MALAYSIA sedang menanti anda........

0
Victim of Discrimination
August 14, 2008
218.111.153.53
Votes: +4
...

Dato Seri Dr. Wan Azizah

You are the great! You are playing vital role for the society. You will never be fall down in your life and hereafter.

If you have time, please pay a sight to a group of discriminated people from Burma about whom YB Zuraidah Kamaruddin is well informed.

Thanks and best regards,

0
zenith
August 14, 2008
60.54.28.10
Votes: +4
...

thank you for your leadership for all this year, may Allah bless you and DSAI to the road to Putrajaya and beyond

0
jazzgurl
August 21, 2008
118.100.64.125
Votes: +0
...

Wanita yang tabah.. Moga tak sia2 usaha mu walaupun aku tak menyokong suamimu. Aku kagum dengan katabahan dan kekentalan kamu

0
boonkwee
August 28, 2008
218.111.233.205
Votes: +4
...

Dear Dato Seri Wan Azizah,

You are a super women. You show your true love to your husband and raise up your children when husband not around.

I vote you Wanita No. 1 Malaysia.

0
muss
August 30, 2008
60.48.61.107
Votes: +3
...

tabah.god always help the right

0
summo-san
August 30, 2008
124.13.152.95
Votes: +3
...

Wan,you are so lucky to have married Anwar, and Anwar is so happy to have you .Please wear not so loose clothing.It makes you clumsy.

0
G-String
September 01, 2008
219.93.25.162
Votes: +0
...

Ntah kenapa tuhan telah butakan mata dan pekakkan telinga Wan Azizah.

0
care
September 04, 2008
218.111.163.157
Votes: +1
...

DSAI dah jumpa Agong to form new G. he submitted MPs names that will come together to support his vision for rakyat.

0
toman
September 07, 2008
219.93.152.130
Votes: +1
...

u are the proof of great love n loyality...always stand for beloved husband. knowday its very hard to find a woman like her

0
Azizah & Hubby (Lennon Ibrahim Yip Abdullah)
November 04, 2008
219.95.214.127
Votes: +1
...

Dearest Dato Deri Wan Azizah, Admired you and Dato Seri Anwar since 1998 till now. Me and hubby hope that Dato Seri Anwar will take over Putrajaya soon ya!.

0
mr amad
November 17, 2008
118.101.167.96
Votes: +2
...

Saya x rela kalau dsai take over Putrajaya......I hope it wouldn't become a realiti..AMIN..

s
AL KESAH TAULADAN
November 27, 2008
121.120.30.144
Votes: -1
...

tapi yg sedih nyo ..ado penyokong kuat annuar jatuh patah kaki maso psang bendera..habok pun tarak dapat..kesakitan yg ado sampei sekarang.

lakibini tak sedor diri lagi itu,maseh ado tenaga untok terus meneruskan masa kawalan round the clock..jaga kertas undi..drp 'salah laku'... walau bertikam lidah dengan parti kerajaan lain...untok peralehan masa jagaan....

dio monang ..hidup syok syok ...kou dapet apo..menderito..kata ku akat dio....

Write comment
 
  smaller | bigger
 

busy