| UMNO - United Malays National Organisation |
|
|
|
| Written by Helmi | |
| Thursday, 05 June 2008 19:53 | |
|
Sejarah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) merupakan parti utama di Malaysia yang bercorak demokratik. Parti ini merupakan parti tertua di Malaysia dan masih menjadi pilihan utama kebanyakkan rakyat Malaysia. UMNO tercetus selepas perang dunia kedua apabila pihak British bercadang untuk melakasanakan Malayan Union dan ia mendatangkan keadaaan kurang selesa kepada orang - orang Melayu . Maka satu persepakatan dari orang – orang Melayu telah wujud dengan diketuai oleh Dato' Onn bin Jaafar yang membakar semangat orang – orang Melayu untuk bangkit menentang pertubuhan Malayan Union yang secara tidak langsung mengikis hak – hak orang Melayu. Pada 11hb Mei 1946, tertubuhlah satu kesatuan yang membuka minda orang – orang Melayu untuk mempertahankan hak – hak mereka yang diberi nama United Malay National Organisation atau lebih dikenali sebagai UMNO. Kehebatan UMNO menyatukan orang –orang Melayu di Tanah Melayu pada masa itu telah memaksa pihak British membatalkan niat mereka untuk melaksanakan Malayan Union. Kejayaan UMNO telah memberi semangat baru kepada orang Melayu untuk terus kehadapan bagi menuntut kemerdekaan. Disebabkan terdapat pelbagai kaum di Tanah Melayu pada masa itu, orang Melayu perlu bersatu dengan kaum – kaum lain bagu mewujudkan perpaduan antara kaum. Maka satu perikatan UMNO – MCA telah ditubuhkan pada 1952 dalam menghadapi pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Perikatan ini telah memenangi pilihanraya tersebut dan telah mengembangkan lagi dengan gabungan bersama UMNO-MCA-MIC pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum pertama. Perpaduan parti – parti ini telah memberikan hasil di mana telah mencatat kemenangan besar bagi membentuk sebuah kerajaan untuk mecapai kemerdekaan. Perjuangan Pada dasarnya penubuhan UMNO ialah untuk membangkang penubuhan Malayan Union yang dirancangn oleh pihak British. Kejayaan membubarkan Malayan Union untuk digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah memberi sinar kepada UMNO untuk terus memperjuangkan hak –hak orang Melayu. Dato' Onn telah menubuhkan Rural and Industrial Development Authority (RIDA) bagi membantu meningkatkan lagi ekonomi orang Melayu dalam bidang perusahaan. Pada tahun 1948, keganasan parti Komunis Malaya telah menyebabkan UMNO mengembeling tenaga orang Melayu untuk menyertai pasukan bersenjata. UMNO telah mengembangkan lagi objektif penubuhannya dengan berusaha untuk membawa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran dihadapi, UMNO telah berjaya memperolehi kemerdekaan untuk Tanah Melayu hasik gabungan bersama dengan parti bangsa lain iaitu MCA dan MIC. UMNO meneruskan pejuangannya dengan ingin memastikan penguasaan orang – orang Melayu dalam ekonomi negara sendiri. Kemudian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk untuk mengimbangi ekonomi Malaysia dengan memecahkan 30% ekonomi untuk orang Melayu, 30% untuk warga asing dan 40% untuk kaum Cina. UMNO turut memperjuangkan sosio-budaya orang Melayu untuk mengurangkan taraf kemiskinan orang – orang Melayu. Selain itu, UMNO turut mempertahankan dan mengembangkan agama Islam seperti mana yang terdapat pada Perlembagaan UMNO dan Perlembagaan Malaysia. Kemudian UMNO mencuba untuk meningkatkan taraf pendidikan anak – anak Melayu dengan menggubal sistem pendidikan bagi kepentingan Negara dan Bangsa. Pelbagai lagi perjuangan yang dilakukan UMNO demi kesejahteraan negara dan bangsa. Ianya turut meliputi peringkat antarabangsa dengan pelbagai aspek perjuangan seperti kesihatan, pertahanan dan lain – lain lagi. Isu-Isu Ahli UMNO tidak lagi berjuang demi parti Tun Mahathir membuat kenyataan bahawa ahli UMNO kini tidaklagi berjuang demi UMNO sebaliknya mengutamakan kesetiaan kepada Perdana Menteri. Beliau mengatakan ahli – ahli UMNO tidak lagi mengamalkan konsep perjuangan asal iaitu membela orang Melayu dan semakin lupa asas penubuhannya. DAP tolak kedaulatan Melayu Pihak pembangkang, DAP menolak konsep ketuanan dan kedualatan Melayu yang diguna pakai selama ini di Malaysia dan menyarankan untuk ditukarkan kepada konsep ketuanan Malaysia atau rakyat. Tindakan DAP ini secara tidak langsung mencabar kedaulatan orang Melayu yang merupakan tuan tanah di Malaysia. UMNO secara keras mengkritik tindakan DAP itu dan mencabar DAP membuktikan konsep ketuanan Melayu adalah salah di sisi perlembagaan negara. Islam Hadhari diharamkan Selangor Konsep Islam Hadhari yang dikembangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah diharamkan oleh kerajaan Selangor dan menegah sebarang program berbentuk itu dijalankan di negeri itu. Ianya ditegaskan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dan Pulau Pinang mengikut jejak mereka. UMNO begitu kecewa dengan tindakan mereka tidak mahu Islam Hadhari dipolitikkan. Pihak UMNO membidas semula tindakan kerajaan Selangor dengan mendakwa PAS Selangor bersubahat kerana sedangkan projek ternakan babi dan pusat – pusat hiburan dan maksiat tidak diharamkan terlebih dahulu tetapi Islam Hadhari yang berteraskan Islam diharamkan. Pertelingkahan orang kanan UMNO Pertelingkahan antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tercetus apabila masalah dalaman parti dibawa ke luar dan mendapat liputan luas pihak media. Zaid mengkritik Tajuddin dalam satu majlis di Kota Bahru sebelum dibalas semula oleh Tajuddin semasa dalam Parlimen. Namun, Zaid lebih dipersalahkan kerana memulakan pertelingkahan ini dan akan dibawa menghadap Lembaga Disiplin. Puteri UMNO tolak Akademik Fantasia dan Sure Heboh Pemuda UMNO menolak rancangan telivisyen program reality popular, Akademik Fantasia dengan membuat kenyataan bahawa rancangan itu melalikan dan melekakan semasa Perhimpunan Agung Umno 2007. Mereka berkata golongan muda sekarang lalai dengan program dan aktiviti seperti Akademik Fantasia dan Sure Heboh sedangkan banyak perkara berfaedah boleh dilakukan lagi. Komen lantang ini disuarakan oleh Datuk Shahaniza Shamsuddin yang menyarankan agar golongan – golongan muda tidak membuang masa dan merancang masa dan aktiviti mereka dengan teratur supaya ianya dimanfaatkan dengan sempurna. Kritikan Mahathir Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir secara terang – terangan mengkritikan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi. Ini adalah gara – gara Pak Lah yang enggan meneruskan beberapa projek yang dirancang Mahathir sebelum beliau meletakkan jawatan. Disamping itu kegagalan Pak Lah mempertahankan beberapa negeri di Malaysia yang dirampas pihak pembangkang semasa pilihanraya lalu serta kegagalan Barisan Nasional memperolehi dua pertiga kerusi Parlimen. Mahathir berpendapat bahawa Pak Lah tidak lagi layak untuk menjadi pemimpin negara Malaysia dan mendesak supaya beliau meletakkan jawatan. Namun keenganan Pak Lah berbuat sedemikian menyebabkan Mahathir mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO. Mahathir terus mengkritik kepimpinan Pak Lah dari masa ke semasa dan pernah melebal Pak Lah sebagai tidak kenangn budi. Mukhriz desak Pak Lah letak jawatan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga anak kepada Perdana Menteri keempat Malaysia, Tun Mahathir terus mendesak Perdana Menteri Malaysia serta Presiden UMNO itu supaya meletakkan jawatan. Mukhriz membuat kenyataan bahawa Pak Lah tidak mampu untuk memimpin Malaysia lagi berikutan penolakan sebahagian rakyat Malaysia terhadap kepimpinanya semasa pilihanraya umum 2008. Bekas Ketua Pemuda PKR masuk UMNO Politik negara dikejutkan selepas pilihanraya umum 2008 apabila bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor kembali menyertai UMNO. Kemasukan Ezam tidak ditolak UMNO malah dialu – alukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ezam tidak menuntut sebarang jawatan dalam UMNO dan bersedia untuk berjuang bersama – sama UMNO. Helmi - Malaysia Today
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 1989 Write comment
|
|
| Last Updated ( Monday, 16 June 2008 11:00 ) |







