| Tun Dr Mahathir |
|
|
|
| Written by asm |
| Monday, 23 June 2008 00:42 |
|
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Tun Dr. Mahathir telah dilahirkan pada 20 Disember 1925 iaitu pada hari Jumaat. Beliau merupakan putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Beliau telah dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau mempunyai sembilan orang adik beradik dan merupakan anak bongsu di dalam keluarga. Beliau juga dikenali dengan nama Che Dit dikalangan penduduk setempat. Pada tahun 1930, Beliau telah memulakan pembelajaran awalnya di Sekolah Melayu Seberang Perak. Selepas itu beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang juga dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1945 beliau menamatkan pengajiannya dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang. Kebijaksanaan beliau dalam pendidikan melayakkan beliau menerima biasiswa Kedah pada tahun 1947 untuk melanjutkan pelajaran di King Edward VII College of Medicine, Singapura dalam bidang perubatan. Pencapaian pembelajarannya amat membanggakan. Beliau menunjukkan semangat yang tinngi dan usaha yang gigih dalam pelajaran. Tekun dalam pelajaran sama sekali tidak menghalang beliau untuk aktif dalam sukan ragbi juga mengambil berat tentang kebajikan rakan pelajar lain. Antara kenangan manis dalam hidup beliau adalah apabila beliau dianugerahi Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya pada 1953. Dengan kelulusan yang dimiliki, beliau memulakan perkhidmatan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954 pula beliau telah dilantik menjawat jawatan Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar atas tuntutan kontrak biasiswanya. Selain dari itu beliau juga pernah menyumbang khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis. Perkenalan sejak zaman pengajian dengan Tun Dr. Siti Hasmah yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka diijabkabulkan pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.Setelah tamat kontrak dengan kerajaan iaitu pada tahun 1957, beliau dan isterinya dengan Tun Dr. Siti Hasmah membuka klinik persendirian yang dinamai Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik ini melakar sejarah tersendiri kerana menjadi klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Bukan sahaja bergelar doktor yang merawat pesakit, beliau turut menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan sosial komuniti setempat. Penglibatan Dalam Politik Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah memberi peluang kepada beliau bergiat didalam kancah politik. Pada tahun 1959, beliau pernah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri, tetapi atas alasan tertentu beliau menolaknya. Pilihanraya umum tahun 1964, memberi ruang lagi untuk beliau menjadi calon dan seterusnya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Detik inilah yang menjadi permulaan untuk beliau terus terjun ke dalam bidang politik. Kemenangan tersebut turut juga menyebabkan beliau dilantik menjadi Ahli Parlimen. Walau bagaimanapun, beliau telah kehilangan kerusi pilihan raya umum seterusnya iaitu pada tahun 1969. Oleh kerana kemampuan beliau dalam meneroka prospek pendidikan Malaysia ianya, telah memberi peluang untuk beliau menjawat jawatan Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama iaitu pada tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya council dan Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Beliau juga telah dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Namun begitu, beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974. Pada pilihnraya ini beliau menang tanpa bertanding.  Atas kemenangan itu, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Dan Pada tahun 1975,kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) telah menyumbang kepada kejayaan besarnya dalam arena politik. Beliau seterusnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO. Kejayaan beliau semakin memuncak apabila pada tahun 1978 beliau berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet. Beliau menang lagi dalam pilihanraya umum 1978 dan jawatan dikabinet terus dipertahankan. Tanggal 16 Julai 1981 adalah tarikh paling bermakna buat diri beliau apabila dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Kariernya sebagai perdana menteri berakhir pada tahun 2003 apabila beliau meletakkan jawatan. Sumbangan Dan Jasa Umum mengetahui bahawa beliau yang digelar bapa pemodenan Malaysia telah banyak menabur bakti dalam merancakkan pembangunan negara. Di antara sumbangan dan jasa beliau dalam menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun adalah dengan merealisasikan pelbagai projek pembangunan dalam pelbagai sektor seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, Formula One, Menara Berkembar Petronas, Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, gelanggang Grand Prix Motosikal Sedunia, Formula 1 Powerboat Dunia, Formula 1 Kuda, penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) dengan edisi pertama pada 1996, mewujudkan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional,Amanah Saham Bumiputera , beberapa saham amanah dalam porfolio PNB, , pembinaan MISC, pusat pentadbiran Putrajaya dan banyak lagi. Beliau merupakan tokoh yang mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian khususnya perkilangan juga memperkenalkan Dasar Persyarikatan iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Di antara jasa-jasa lain beliau adalah meningkatkan pembangunan industri berat juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia yang menghasilkan penubuhan industri otomatif negara melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia). Slogan ‘Malaysia Boleh’ yang diilhamkan beliau juga menjadi kata keramat dan laungan seluruh warganegara. Kontroversi Ketelusan Perbicaraan Anwar Ibrahim Isu kehakiman berkaitan penyiasatan semula ketelusan perbicaraan Anwar Ibrahim dilihat sebgaai isu panas yang melanda diri beliau. Pelbagai spekulasi mula timbul dan apa yang tambah memburukkan keadaan adalah tentang isu kehakiman yang berkaitan dengan surat yang ditulis oleh Hakim Syed Ahmad Aidid masih belum dibangkitkan. Beliau dikatakan bakal jatuh jika ‘kebenaran’ terbukti. Apa yang pasti ancaman ini hanyalah sekadar mainan politik yang mampu ditangani beliau. Kenaikan Harga Minyak Bongkar Perbelanjaan Petronas Kenaikan harga minyak baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi terutamanya masyarakat. Persoalannya apakah ianya dilihat sebagai satu lagi agenda untuk ‘menghapuskan’ beliau? Mengapa harga minyak dinaikkan sekarang tidak seperti yang digembar-gemburkan pada bulan Ogos? Apakah ianya punya kaitan menjelang Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini? Pastinya peningkatan harga minyak yang begitu tinggi ini akan menyebabkan rakyat semakin terdesak. Desakan yang bertalu-talu oleh rakyat akan menyebabkan siasatan perbelanjaan Petronas semenjak penubuhannya akan dijalankan. Dan pada masa yang sama beliau akan dikecam atas dasar 22 tahun daripada kurang lebih 33 tahun perbelanjaan Petronas adalah di bawah pentadbiran beliau. Keluar UMNO Kerana Tak Suka Pak Lah Tanggal 19 Mei 2008, benar-benar meninggalkan kesan hitam dalam parti UMNO. Suara lantang beliau ketika mengundurkan diri dari UMNO dan menyuarakan pendapat agar Dato Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan Presiden UMNO,Presiden Barisan nasional dan Perdana Menteri Malaysia benar-benar menggemparkan negara. Perbezaan ideologi antara beliau dan Dato Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan berlakunya kemelut politik. Rasuah Dan Maruah Melihat kepada senario yang pernah berlaku pada 12 Jun 2000, isu rasuah Tun Dr. Mahathir didedahkan oleh bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafie di mahkamah. Datuk Shafie memberitahu bahawa beliau telah diarahkan oleh Tun Dr. Mahathir agar menutup kes siasatan yang melibatkan Tan Sri Ali Abu Hassan yang ketika serbuan dibuat, menjumpai wang tunai RM100,000 di dalam pejabatnya. Abu Hassan disyaki terlibat dalam kes rasuah. Pendirian Tun Dr. Mahathir yang,cuba melindungi Abu Hassan atas kuasa politiknya sebagai Perdana Menteri dianggap tidak rasional dan tidak bermaruah. Apapun beliau menepis dakwaan tersebut.
Set as favorite
Bookmark
Email this
Hits: 9438 Comments (48)
![]()
...
kalau d kaji mana 2 pihak semua ada rasuah,asalkan masih bekeje under kerajaan,sapa tak nak duit,tapi kalau nak siasat pun bukan utk TUN aje kena siasat smua tak adil kalau nak siasat srg jer.Aper pun sokongan & trima kasih utk TUN slama 22 thn as PM banyak perubahan dpt kita lihat.klau nak d lihat masa karang ni sama jer masa zaman TUN dulu,,malah lebih teruk lagi,,tak penah tejadi kes yg macam nie d masa pemerintahan TUN ,,,,hidup mahathir
...
Tun2..dah tua nyanyuk ye?
...
THANKYOU TUN ...........
...
memang u ni handal...tanpa mu Malaysia tiada formula 1 sepang, twin petronas,kl tower...n many more....so u dah dont suka Umno kan pasal u dah keluar Umno......memang u did a right thing....bravo tun...........get lost umno.......masa u ader u have rombongan bisness minded bisnessmsn seperti tan sri vincent menerajuri Mlaysia.....kini ahmad badawi ader KJ yg tahu merepek di Parlimen kan......
...
I juz LOVE Che Det!! Inilah dikatakan orang yang betul2 berfikiran politik. Bukan macam sekarang... Masuk tempolok masing2 je.. Reformasi, demonstrasi... Guys, inike budaya Melayu? Budaya rakyat Malaysia? Huru hara sana sini... Walau ada slek dalam pemerintahan beliau, namun country tetap jalan. Kita kini senang lenang.. Cuma tahana nya pemimpin sekarang n pemimpin baru.. Entah hapa2 entah.. Macam2 isu disiplin yang kuar. Ampeh!
...
Ika, pergi mana2 naik unta tau. Jangan naik proton. Jangan ikut highway. Ikut jalan lama. Jangan pergi KLIA. Naik kapal je pi oversea. Putrajaya pun jgn jejak. Naik bas tau. Bas rapidkl. Jgn naik monorail, komuter, lrt ngan PutraLrt. KLCC pu n jgn pergi. Pergi shopping tempat lain. Danau kota ke, Downtown ke. ok? Belajar mengenang jasa sikit.
...
NAK DUDUK DALAM GUA LAGI KE?? INGATLAH WAHAI MANUSIA CIPTAAN TUHAN .... WE R IN THE YEAR OF 2000, SO GUYZ ... OPEN UP YOUR EYES .. LEARN TO APPRECIATE THINGS ... APA YANG DIBINA DAN DIBANGUNKAN SEMASA PEMERINTAHAN TDM IANYA ADALAH UNTUK KESENANGAN KITA SEMUA DI MASA HADAPAN ... TANYALAH DIRI SENDIRI, SUSAH SANGAT KE IDUP KORANG SEKARANG?? ADA TAK YANG MATI TAK MAKAN? COME ON .... WAKE UP! GROW UP! ASTAGALAH BANYAK BANYAK .. MAKIN BANYAK KORANG MENGUTUK AND MENGHINA HAMBA ALLAH, LAGI MURAH REZEKI ORANG TUA TU! TENGOK AJELAH MUKA DIA, SENANTIASA TERSENYUM. HE'S UNTOUCHABLE!!! SO, DONT WASTE YOUR TIME COS HE HAS NO TIME TO READ YOUR COMMENTS. TAPI BILA DIA BUKAK MULUT, SEMUA ORANG TERNGANGA, TAK SABAR SABAR NAK BACA PAPER. CAKAP DIA LAKU, CAKAP KITA??? DAH .. PI LAH TDO!!
...
setujula [endapat nelson...yang penting menaikkan martabat malaysia di mata dunia, rakyat bersatu,,,,saya lebih selesa dengan malaysia semasa pemerintahan Dr M...rasa selamat..sekarang politik tak stabil...nak beranak ramai takut sebab masa depan malaysia tak menentu...
...
POLITICS
...
dearest tun,
...
Without TDM, our country would not have the NSH, KLIA, Twin Towers, MSC, F1 etc...
...
nWithout TDM, our country would not have the NSH, KLIA, Twin Towers, MSC, F1 etc...
...
TDM pembuli di sabah. Bangsat mamak hidung basar. Hampir semua kejayaan itu sebahagian besar dibuat dengan hasil putar belit mahatir mengaut sumber di sabah. BN menang di sabah pun kerana PTI mahathir. Bangsat, patut dia yang masuk Kamunting, Penjual Negara.
...
l am an ex-Malaysian living in US for the past fifteen years. It is most fortunate that l am able to read all the news from Malaysia through the websites. l happened to come to your website and read some of the comments made. It is really disheartened to read some. You have been the PM for 22 years,putting Malaysia in the right direction and some in the wrong direction. Your days are gone. l dont see any reason why are you trying to give lot and lot of divisiveness among UMNO members when you are NO LONGER a member. You are 82 years old and why should you get yourself involved in all this. Now you are in the twilight of your life and you must do some religious welfare work and other quite hobbies. You should make PEACE among people and not War.
...
Tun,
...
Sedih satelah baca komentar2 di atas. Ternyata pemikiran rakyat kita masih sempit dan kurang akal. Kalau hendak buat komen positif atau negatif sila kan. Tapi tidak semesti nya guna kata2 kasar dan lucah. Saya yakin ramai yang diatas ini bukan dari sekolah kebangsaan rendah. Pasti byk yg mempunyai ijazah dan dewasa atau tua lagi. How can they lead the future young generations with the words they used ?
...
Dear Tun, I had great respect and admiration for you until you yourself brought shame upon yourself.
...
sebab dasar bn la sabah sarawak ketinggalan banyak perkara pendek kata dari ekonomi sosial dan politik.buat banyak universiti kats swk berapa kerat je student tempatan,peluang pekerjaan pun dua kali lima.tak pcaya tngok pengambilan kpli.asyk urg kelantan.tak de ke urg ngri lain yg pandai
...
dear all friend's
...
Salam untuk semua...
...
Kepada rakyat Sabah....
...
salam perjuangan...
...
Mahatir,
...
to those who said bastard to Tun, your are the one most bastard on the world ever had because you cannot blame Tun for your handicap or your race. he is a PM to every race, there is representative who should look after their race, bring up all the problem to him for solutions but the representative does not do their job. so who should we blame?? and the other things because of Tun our country are at this stage. if not we are equal with the country like cambodia and you will be one of them who migrate to malaysia like those you can see around you today looking for a job for a plate of rice.
...
If people are rational and fair, they will realise that the entire country was destroyed by Tun Mahathir. Every conceivable institution in the country have been destroyed, Judicaiary, education, economic, racial polarisation, corruption, the police and the list goes on and on. It is good that Najib had welcomed him into UMNO as that will be an impetus for the people to change the government in the next election. Mahathir is nothing but a scum of the earth.
...
[to u tok wan.itu satu sebutan yg amat di hormati pada orang yg lama dan orang disayangi di kedah.saya sudah 45 tahun.setengah umur dari tok wan.suka atau tak ,tok wan dah jadi pm malaysia.saya tepi pada tok wan pun tarak.banyak orang puji tok wan dan yg dok marah tak habis habis pun ada.saya dok pikiar juga pasal tok wan.hari hari orang dok kata kat tok wan.tapi tok wan nampak relex.senyum juga.tak tau la no.hati tok wan macam mana pula.saya ingat masa tok wan jadi pm mulu mulu dulu.tahun berapa ?rasa rasa 1981 kut.orang kedah seronok.saya sebelum tu pun dah tau tok wan ni.masa tu aruah tok wan saya selalu pi klinik dia.tok wan saya orang tokai.mana boleh tak kenai.pak menakan saya pun dia panggil mahadir.tu lah di tandanya tok wan saya pun sayang mahadhir.tapi tok wan saya pas.towan dit buat lebuh raya.dia buat kat taipeng dulu.orang kedah kata .apa lah tok dir ni.mai la buat kat kedah.dia pun buat la dari gurun ke alor star.orang kedah pun seronok.orang kampung katakan.depa dan saya sekali .dok ingat sehari boleh siap semua.pantai barat semua selesai sebelum tok wan bersara.pantai barat sahaja tok wan tak sempat buat plan.tu tok wan .orang sana tak mau udi tok wan sampai la pun susah nak dapat undi dari depa.pak ngah lah pun tak dapat ambil juga.tapi tak pa orang kita juga.orang kita biar lah depa belaga sikit sikit.kalau dok tadak apa ap pun tak seronok juga.surat khabar pun tadak apa nak tulis.tok wan jadi pm 25 tahun memang depa kata tok wan ditator.ya juga tu.tapi masa tu tadak sampai dok kalut kalut.tok wan selesaikan ok je.la ni mai cukup pelik.saya pun naik serun dok dengak.yang dok kemunting pun boleh jadi wakil.kalau saya tau macam hari tu.lebih baik saya pun jadi calun.harap boleh jadi speker atau apa la dalam dewan yang mulia.sebenarnya kita ni tok wan .kehidupan kita ibarat seorang bapa serta anak dengan seekor kaldai ja.jadi orang susah.memang la susah.jadi orang kaya pun susah.tak jadi apa pun sama susah.ibarat kalau berjalan selangi nampak .kita jalan.bila tunduk tak nampak depan kita berhenti.orang politik ni tok wan.saya dok perati .tapi semua orang tau.depa boleh main lompat lompat.bila nak pi kena sekat depa pun lompat.pas tu dep |










