| SAPP - Sabah Progressive Party |
|
|
|
| Written by zen |
| Tuesday, 24 June 2008 10:45 |
|
SAPP – Punca dan Kronologi Kontorvesi barisan kepimpinan tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) yang diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee melancar usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan ketua Barisan Nasional mengejutkan banyak pihak. SAPP yang merupakan parti komponen Barisan Nasional berhasrat untuk keluar dari perikatan itu. Masalaah ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap politik Malaysia terutamanya kepada Barisan Nasional. Pihak pembangkang yang menggelar diri mereka sebagai Pakatan Rakyat mengambil kesempatan terhadap isu dalaman Barisan Nasional ini. Berikut ialah kontrovesi – kontrovesi yang melanda SAPP. Kronologi SAPP 27 April Teck Lee mahu ‘Autonomi Politik’ di Sabah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee menyarankan agar negeri Sabah diberikan ‘autonomi politik’ bagi melakukan penstrukturan semula. Ia berikutan masalah yang berlaku di negeri Perlis dan Terengganu dalam melantik Menteri Besar negeri itu. Ini adalah bertujuan untuk memberi kuasa kepada negeri untuk melakukan pelantikan bagi mengelakkan masalah – masalah yang berlaku sebelum ini berulang. 16 Jun SAPP nafi keluar BN Parti Maju Rakyat Sabah (SAPP) membuat kenyataan mereka tidak akan keluar dari Barisan Nasional (BN) seperti mana yang di dakwa oleh banyak pihak. Menurut Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan Shu Kiah ia adalah tidak benar dan mengatakan itu hanyalah sekadar spekulasi. ''Saya boleh beri jaminan tidak berlaku SAPP keluar BN, saya tidak tahu mengapa boleh timbul spekulasi seperti ini, tetapi ini bukan perkara yang kecil, pada masa sekarang parti kami langsung tidak ada keputusan untuk keluar dari BN. Parti kami ditubuhkan pada tahun 1994 pun mula dengan BN di Sabah dan bagi saya tidak ada alasan untuk keluar dari BN," kata Raymond. 18 Jun SAPP isytihar hilang kepercayaan kepimpinan Perdana Menteri Komponen Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadapa kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Menurut Presidennya Datuk Yong Teck Lee keputusan ini dibuat adalah kerana kelewatan kerajaan Barisan Nasional menangani isu – isu yang diketengahkan mengenai Sabah. SAPP mempunyai dua orang wakil Ahli Parlimen iaitu Datuk Dr. Chua Soon Bui dan Datuk Eric Enchin Majimbun. 18 Jun Pak Lah bidas Teck Lee tamak Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang mengumumkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri mendapat liputan balas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melabelkan Teck Lee sebagai tamak. Tambah Abdullah Ini adalah kerana beliau tidak memenuhi kehendak Teck Lee yang meminta pelbagai perkara yang lebih kepada kehendak dirinya. 18 Jun Teck Lee jumpa Anwar Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee membuat pengakuan bahawa beliau ada berjumpa dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini di Hong Kong dan juga di Kuala Lumpur. Selain itu juga, Teck Lee mendakwa beliau ada berjumpa dengan beberapa pemimpin Pembangkang dan Barisan Nasional namun enggan memberitahu isu yang dibincangkan. Beliau turut menyatakan keyakinan tindakan beliau mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri akan mendapat sokongan daripada pemimpin – pemimpin lain. 19 Jun Mukhriz sokong SAPP Anak bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga merupakan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyokong tindakan SAPP yang ingin membawa usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Menurut beliau, tindakan ini akan mempercepatkan proses peralihan kuasa diadakan namun beliau bersedia untuk membangkang usul itu sekiranya memberi kebaikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. 20 Jun MT SAPP sokong usul undi tidak percaya PM Majlis Tertinggi (MT) Parti Maju Sabah (SAPP) bersepakat untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Namun Teck Lee menyatakan bahawa SAPP akan kekal di dalam Barisan Nasional dan ianya akan diserahkan kepada kerajaan pusat berkaitan pucuk pimpinan baru. Selain itu, kedudukan ADUN SAPP di Sabah diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk membuat keputusan mengenai 4 orang ADUN SAPP termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan. 20 Jun Anwar tawar jawatan TPM kepada Teck Lee Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengatakan mendapat maklumat bahawa Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri akan ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya Anwar dialntik menjadi Perdana Menteri. Khairy turut mempertikaikan tindakan Teck Lee yang berjumpa Anwar di Hong Kong kerana ianya merupakan satu tindakan tidak bermoral. Beliau juga mendakwa bahawa Teck Lee telah menggunakan statusnya sebagai Presiden Parti untuk menghasut Majlis Tertinggi Parti itu menyokong usulnya. 21 Jun SAPP nafi dakwaan Anwar Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dua Ahi Parlimen SAPP yang akan menyertai UMNO dinafikan oleh Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Raymond Tan Shu Kiah. Beliau berkata dakwaa itu adalah tidak benar sama sekali kerana SAPP masih dalam BN dan keputusan itu telah diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi baru – baru ini. Anwar menyatakan dalam Majlis Sambutan 100 Hari pemerintahan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri kini pembangkang hanya memerlukan 28 Ahli Parlimen lagi sebelum boleh membentuk kerajaan. 23 Jun SAPP terima SMS ugutan Dua Ahli Parlimen SAPP, Datuk Dr Chua Soon Bui dan Datuk Eric Majimbun dikatakan menerima SMS berbentuk ugutan. Dakwaan itu dibuat oleh Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee dan menyebabkan beliau terpaksa memanggil dua orang Ahli Parlimennya pulang ke Ibu Perjabat Parti tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan keselamatan mereka dari diancam. Selain itu juga, dakwaan demonstrasi yang akan diadakan dihadapan Pejabat SAPP di Tawau menyebabkan Teck Lee menyuruh pegawainya mengambil cuti sehingga keadaan kembali tenang.
Set as favorite
Bookmark
Email this
Hits: 2074 Comments (3)
![]()
Sokong Yong Teck Lee
Berdasarkan pengistiharan 8 Perkara oleh Datuk Seri Dr. Yong Teck Lee adalah releven dengan apa yang dituntut oleh PBS suatu ketika dulu. Tapi apa nak buat pemimpin-pemimpin dari blok Kadazan yang sepatutnya berada didepan barisan rakyat bagi menuntut hak-hak Sabah dalam Tubuh Malaysia hanya memutih mata sifatnya. Apakah senario ini barangkali mereka berasa cukup dengan jawatan-jawatan tertentu yang diberikan oleh kepimpinan BN pusat.
...
kepada semua sahabat,
...
kepada rakyat sabah, fikirkanlah secara logik... kita telah di perbodohkan oleh orang bangsa kita sendiri,bayangkan pemimpin kita ini yang dahulunya tidak memegang jawatan dalam kerajaan sangat lantang untuk menyuarakan suara rakyat sabah... kesusahan kita mereka fahami, tapi sekarang apabila mereka ini di berikan jawatan mereka lansung tidak memikirkan masalah rakyat sabah... adakah pemimpin ini boleh di percayai untuk memimpin masa depan bangsa kita suatu hari nanti???? orang seperti mereka inilah yang mungkin suatu hari nanti akan menyebabkan keturunan bangsa kita akan pupus... suatu masa dulu saya sangat yakin dan menyokong perjuangan pairin, tapi sangat tidak di sangka orang yang saya betul2 harapkan akan memperjuangkan hak rakyat sabah juga sebenarnya pembunuh bangsa sendiri... BANGUNLAH PAIRIN DARI MIMPIMU, PERJUANGAN BELUM SELESAI... |








