Register for Free

You can now be MalaysiaToday Blogger. Signup and start blogging now!

Login Form



Banner
Banner

Love Malaysia Today?
Link to us from
your blog or website.




Bookmark Malaysia Today
PAS - Parti Islam Se-Malaysia PDF Print E-mail
Written by Helmi   
Friday, 06 June 2008 15:36

Pengenalan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan sebuah parti politik yang berteraskan Islamiah. Parti ini ditubuhkan atas dasar untuk menegakkan agama Islam bagi menjadikan agama Islam merupakan agama yang berdaulat.


Sejarah

PAS ditubuhkan pada 24 November 1951. Ianya merupakan satu – satunya parti politik Melayu yang berteraskan agama Islam. Pertubuhan parti ini adalah sebelum kemerdekaan selepas pertubuhan Hizbul Muslimin yang diharamkan pada 1948.

Parti politik ini menyuarakan perjuangan Islam dan menyeru umat Islam seluruh Malaysia agar mengikut ajaran – ajaran yang telah digariskan Islam. Pada tahun 1906, umat Islam telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang membicarakan soal agama Islam yang diberi nama al-Imam. Usaha untuk mengembangkan dan menyeru umat Islam di Tanah Melayu pada masa itu berkembang apabila mereka menerbitkan beberapa lagi majalah iaitu seperti Edaran Zaman, al-Ikhwan dan Suara.

Kejayaan menerbitkan majalah ini telah menyebabkan satu revolusi intelektual di kalangan orang Melayu. Berikutan itu, beberapa kesatuan telah ditubuhkan bagi meningkatkan lagi kesedaran orang Melayu terhadap agama Islam. Kesatuan yang pertama ditubuhkan pada 1937 ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin Ibrahim Haji Yaakob. Pada dasarnya, kesatuan ini ditubuhkan untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan menuntut kemerdekaan dari pihak British.

Namun, semasa penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada 1941 – 1945, pihak Jepun telah mengharamkan pertubuhan KMM. Namun setelah Jepun menyerah kalah, sebuah kesatuan yang dinamakan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan. Matlamat penubuhan kesatuan ini adalah untuk mendapatkan kemerdekaan secara penuh.

Pengaruh PKMM berkembang di seluruh Tanah Melayu dan beberapa sayap ditbuhkan bagi memantapkan lagi petubuhan ini. Antaranya ialah Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA). Maka, Hizbul Muslimin telah tertubuh dari MATA yang merupakan bahagian agama dari parti tersebut.

Hizbul Muslimin yang dipimpin Ustaz Abu Bakar al-Baqir berhasrat untuk mendapatkan kemerdekaan dengan mewujudkan negara yang berteraskan Islam. Pertubuhan ini secara kerasnya menolak UMNO. Namun akhirnya, Hizbul Muslimin diharamkan oleh pihak British pada 1948 dan menahan beberapa pemimpin tertinggi mereka di bawah Undang – Undang Darurat.

Ahli – ahli Agama UMNO yang diketuai Haji Ahmad Fuad telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang diberi nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Ini adalah ekoran perselisihan faham antara Bahagian Agama UMNO dengan pucuk pimpinan tertinggi parti itu. Tidak lama selepas itu, ahli – ahli dalam pertubuhan itu bersetuju menukarkan nama pertubuhan mereka kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).

Penubuhan awal PAS dianggotai oleh tokoh – tokoh agama dan ianya memperlihatkan perjuangan mereka kepada Islam yang asli. Haji Ahmad Fuad telah menyokong cadangan Dato’ Onn untuk mewujudkan gagasan Parti Negara. Namun cadangan beliau tidak diterima oleh ahli PAS dan akhirnya Haji Fuad meninggalkan PAS dan bersama – sama berjuang dengan Dato’ Onn.

 

Perjuangan

Perjuangan utama penubuhan PAS adalah untuk melahirkan sebuah masyarakat dan kepimpinan neagra yang mengamalakan lunas – lunas kehidupan Islam serta mempertahankan kesucian agama Islam. PAS juga mahu menjadikan agama Islam sebagai panduan dalam perjuangan politik.

Disamping itu, PAS mahu mewujudkan satu ikatan Islamiah yang kukuh yang menghasilkan perpaduan seluruh masyarakat serta mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara disamping usaha mengmbangkan bahasa Al- Quran.

PAS sama sekali berusaha untuk mempertahankan agama Islam dan umatnya serta mahu meli8ndungi kesucian agma Islam. Oleh itu, PAS sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan perjuangan – perjuangan mereka tercapai.

 

Isu – isu

DAP ketua PAS

Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikaikan Hak dan Kuasa Raja – Raja Melayu menimbulkan kemarahan dikalangan orang – orang Melayu. DAP yang bersama – sama PAS dan PKR dalam pilihanraya lalu telah berjaya memberikan hasil yang memberangsangkan. Namun tindakan Pengerusi DAP itu menimbulkan pertanyaan mengenai peranan pemimpin PAS dan PKR yang hanya berdiam diri dengan tindakan itu. Ianya menyebabkan PAS dan PKR dilabelkan sebagai pengikut DAP.

Nik Aziz letak jawatan!

Isu perletakkan jawatan Nik Aziz akhirnya terjawab selepas beliau menafikan perkara tersebut sepulangnya dari menunaikan Haji. Mursyidul Am Pas itu berkata beliau masih sihat dan mampu menjalankan tugas seperti biasa. Desas – desus ini berikutan pendakwaan berlaku peralihan kuasa yang akan menyaksikan Ahmad selaku Timbalan Menteri Besar akan menggantikan beliau.

Nik Aziz sedia diganti kaum bukan Melayu

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat membuat kenyataan yang beliau bersedia untuk menyerahkan kedudukan beliau kepada orang bukan Melayu pada masa akan datang. Menurut beliau, PAS kini telah diterima semua kaum dan lapisan masyarakat. Namun, Nik Aziz meletakkan syarat bahawa pemimpn itu mestilah berkelulusan Universiti Al-Azhar.

PAS sedia tubuh kerajaan

PAS bersedia untuk memimpin Malaysia sekiranya Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO tumbang. Berdasarkan pengalaman PAS yang ditubuhkan semenjak sebelum kemerdekaan, PAS telah melalui pelbagai situasi seperti bergerak bersendirian, bergabung dengan parti lain serta memerintah beberapa negeri.

Tidak undi PAS tidak masuk Syurga

Satu kenyataan yang menimbulkan ketegangan di seluruh negara Malaysia setelah PAS mengatakan "Undi UMNO bermakna menolak Pas. Menolak Pas bermakna menolak negara Islam. Maka tidak akan masuk syurga sesiapa yang menolak negara Islam". Kenyataan ini bukan sahaja menimbulkan perbalahan orang ramai namun sehingga menyebabkan perceraian hanya disebabkan ketidaksefahaman parti politik.

Anwar memperalatkan PAS

Sekitaka dahulu, PAS pernah berusaha untuk mengajak Anwar Ibrahim untuk menyertai PAS pada masa itu. Usaha itu menemui kegagalan kerana Anwar enggan meninggalkan UMNO. Walaubagaimanpaun, setelah Anwar dilepaskan dari tahanan penjara, parti yang ditubuhkan isteri beliau yang kini dikelnali sebagai PKR telah berjaya bergabung dengan PAS. Usaha ini telah memperlihatkan Anwar berjaya menarik PAS untuk bersama – sama berjuang dengannya yang pada awalnya ditolak sendiri oleh Anwar.

Perjuangan Islam Pas tekubur

Kenyataan yang dibuat Pesuruhjaya PAS Selangor telag menggemparkan politik Malaysia dengan mengatakan “Tidak pernah berjanji akan menjadikan Malaysia negara Islam, tidak berjanji akan menutup tempat-tempat maksiat, kilang arak dan pusat hiburan". Kenyataan ini sama sekali bertentangan dengan prinsip perjuangan asas PAS.

Helmi - Malaysia Today

Comments (11)Add Comment
0
re4maC
July 27, 2008
210.195.96.8
Votes: +1
...

'PAS FOR ALL'

0
Allenkot
August 14, 2008
60.48.42.97
Votes: +0
...

DALAM PAS HANYA NIK AZIZ DAN HARUN DIN DAN AZIZAN SAHAJA YANG IKLAS BERJUANG UNTUK AGAMA . YANG LAIN SEMUA MACAM MELAYU UMNO .MEMPERJUANGKAN P E R U T . P E R U T .BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT. PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA DAN ALLAH MAHA PENGAMPUN.

0
aaa
August 29, 2008
124.82.233.10
Votes: +3
...

I respect PAS.. very true and clean... but sometime PAS has be a bit sensitive to other religons ... PAS promote true Islam, where UMMO preachs Satan. ( All UMMO is good at swearing... ). If one who swear... he or she can swear privately.. and not to publicise it... Its is a deal within the swearer and Allah.. Why swear in public.. Even the blind can see ... all these swearing are fake and come with a motive... I call these is the dirtiest tactic... because they are using Allah 's name for their own gain.. Repent before it is too late.!

0
banana
September 03, 2008
124.13.214.227
Votes: +1
...

apeni, artikel dan komen buat sendiri ke, banyak maklumat yang tidak tepat dan nampak macam keliru aje. penulis perlu baca sejarah dari sumber yang lebih sahih... kesannya pasti mengelirukan dan ramai yang tak suka. lain artikel perlulah lebih akademik sikit....

0
girlz
November 03, 2008
60.53.115.15
Votes: +0
...

tujuh keterunan PAS

0
mr amad
November 17, 2008
118.101.167.96
Votes: -1
...

wateve...but UMNO is the best..

0
Jools
November 25, 2008
202.169.25.146
Votes: +1
...

PAS hypocrites!!!
Bila Islam dan Melayu dihina senyap membisu.

"No Komennnnnn...." memanjang.

Bila Tun M dalam UMNO PAS hina Tun teruk2
tapi bila dah keluar UMNO jemput pulak masuk PAS...Hypocrites!!!

0
ghazi khan
November 26, 2008
124.13.85.110
Votes: -1
...

PAS plz dun be hypocrite
when non muslim question n insult our fatwa decision wher r u so called pejuang islam went?

mahathir already urged malaysian dun make it an issue
but im stil waitg 4 respon from pas
ther stil umno jahat org itu salah org ini betul

pas dun focus on daily issue
only focus how to say umno is big satan
that's all
people vote u bcoz u said u r diff frm coward paklah umno
but what i saw u now juz being more coward
bow to dap n hindraf pkr

0
Singharaja
May 03, 2009
124.43.40.209
Votes: +0
...

Mr.Ahmad, Jools n ghazi khan you are all fools and celup muslims, still learning abc.

Check it out with Tok Guru and you will realize wht kinda muslims WERE YOU ALL under the kafir regime of UMNO DOGS.

0
saudagar lempoyang
June 15, 2009
203.82.91.103
Votes: +0
...

asalam para penulis blog saya telah lama tercari2 wadah islam yg ingin saya ikuti maka saya ikut parti umno/pas lama juga saya ikut progrem mereka tapi rasa hati x puas semacam ada kekurangan didalamnya.Olih itu saya telah terjumpa satu jemaah islam iaitu alqram namanya saya ikut jemaah nitu hingga diharamkan,saya beralih kpd parti pas setelah saya amat2ti islam akan bangkit d tangan orang yang bertakwa bukan pada parti politik kerana parti yg berpolitik akan mengunakan cara menipu/mengumpat/menghina/mengaibkan orang jadi hisan mulut tiap hari.Sesunguhnya islam akan bangkit d tangan orang yang bertakwa penoh berkasih sayang pada semua manusia mereka ini mencari cinta tuhan kerana mereka percaya akan janji tuhan kunfayakun wassalam

Write comment
 
  smaller | bigger
 

busy
Last Updated on Monday, 16 June 2008 10:59