| Parlimen Malaysia |
|
|
|
| Written by Helmi |
| Thursday, 05 June 2008 19:52 |
|
Pengenalan Badan perundangan kebangsaan Malaysia merupakan Parlimen. Parlimen Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Anggota di dalam Dewan Rakyat dikenali sebagai Ahli Parlimen sementara anggota di dalam Dewan Negara dikenali sebagai senator. Mengikut perlembagaan, pilihanraya akan diadakan 5 tahun sekali bagi memilih Ahli Parlimen sementara senator dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Parlimen Malaysia terletak di bandaraya Kuala Lumpur dan perhimpunan terkini yang dirasmikan pada 28 April telah mendapat kata sepakat untuk melantik Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker Parlimen. Fungsi Parlimen merupakan badan yang berkuasa untuk membuat undang – undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Ianya meluluskan undang – undang, menggubal undang – undang, memeriksa dasar – dasar kerajaan serta meluluskan perbelanjaan kerajaan disamping meluluskan hasil cukai yang baru. Dalam memastikan parlimen berfungsi dengan lebih berkesan, beberapa hak dan larangan telah digariskan yang dipanggil ‘Keistimewaan Ahli – Ahli Parlimen'. Kedua – dua dewan berkuasa untuk menggubal prosuder mereka sendiri dan kuasa ini tidak boleh dicabar oleh mana –mana mahkamah dan hukuman boleh dijalankan sekiranya terdapat perlanggaran hak –hak istimewa tersebut. Semasa di dalam Dewan, Ahli Parlimen terkecuali dari tindakan mahkamah terhadap apa yang dikatakan dan dilakukan dan pengecualian ini turut diberikan kepada individu yang terlibat dalam Dewan tersebut. Dewan Negara Seramai 70 orang ahli terdapat dalam Dewan Negara dan pemilihannya terbahagi kepada dua kategori iaitu sebanyak 26 orang ahli dipilih dari Dewan Undangan Negeri dipilih dari 13 negeri di Malaysia. Sementara 44 ahli lagi dipilih oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dengan 2 ahli dari Wilayah Persekututan Kuala Lumpur dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Jawatan ini dipegang selama satu penggal iaitu 3 tahun dan ianya boleh disambung satu penggal lagi. Pembubaran Parlimen tidak mengubah Dewan Negara sama sekali. Ahli – ahli Dewan Negara dipilih dari kalangan individu yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam profesion masing –masing dalam pelbagai bidang sama ada industri, pertanian, perkhidmatan dan berbagai lagi. Ahli – ahli ini akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara dan berjanji untuk menjalankan tugas sebaik mungkin serta melafazkan taat setia kepada Malaysia dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia. Dewan Rakyat Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli yang mewakili setiap kawasan pilihanraya. Ahli –ahli ini dipilih atas pemilihan orang ramai menerusi pilihanraya umum yang dijalankan. Tempoh jawatan yang dipegang oleh Ahli Parlimen adalah selama 5 tahun dan pilihanraya yang baru akan diadakan. Seseorang ahli tidak boleh memegang jawatan secara serentak bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebelum menjalankan sebarang tugas, Ahli parlimen perlu mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan berjanji untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dan mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Malaysia.
Set as favorite
Bookmark
Email this
Hits: 6244 Comments (8)
![]()
...
Politics and the fate of mankind are sharped by men without ideals and without greatness- Men who have greatness within them dont go in for politics. |
| Last Updated on Monday, 16 June 2008 11:14 |








