|
Lim Guan Eng - Ahli Politik |
|
|
|
|
Written by Helmi
|
|
Friday, 18 July 2008 15:13 |
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng merupakan anak lelaki kepada Lim kit Siang yang merupakan bekas ketua pembangkang di Parlimen Malaysia. Beliau merupakan ahli politik berketurunan cina yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang keempat. Beliau turut memegang pelbagai jawatan lain seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh, Ahli Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP). Kejayaan besar dikecapi oleh apabila berjaya menyapu bersih kesemua 19 kerusi DUN Pulau Pinang yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12. Beliau telah berkahwin dengan Betty Chew, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana di Melaka. Lim Guan Eng memulakan pendidikan awalnya di La Salle Primary English School di Petaling Jaya, dan kemudianya di Batu Pahat Montfort Primary English School. Seterusnya beliau meneruskan pembelajaran menengahnya di Batu Pahat High School dan Melaka High School. Beliau kemudiannya mendapatkan pendidikan tinggi beliau di Universiti Monash, Australia dalam pengajian Ijazah Ekonomi. Pada tahun 1983, beliau digelar sebagai akauntan professional dan pernah menjadi presiden MUISS (Monash University International Student Society).
Penglibatan dalam politik
Pada 1986 beliau menerima perlantikan pertama sebagai Anggota Parlimen Kota Melaka selepas menewaskan Soh Chin Aun dengan majoriti 17606 undian. Penglibatan beliau dalam arena politik semakin rancak apabila beliau dipilih pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, meskipun dengan undian majoriti yang berkurangan. Beliau pernah menjadi orang pertama yang dilantik dalam tiga penggal berturutan di Kota Melaka dan ini menjadiakan beliau sebagai alumni Melaka High School yang pertama mencapai rekod tersebut. Selain dari itu, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Sosialis DAP pada tahun 1989 dan pada tahun 1992. Pada tahun 1995 dan tahun 2004 pula, beliau telah dipilih sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP.
Jawatan tersebut masih dipegang oleh beliau sehingga kini. Namun begitu, beliau terpaksa meninggalkan bidang politik selama lima tahun dari 26 Ogos 1999 sehingga 25 Ogos 2004 atas kesalahan di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Selepas rayuan beliau diterima, beliau telah dipenjarakan selama 18 bulan dan dibebaskan 12 bulan selepas itu iaitu pada 25 Ogos 1999. Oleh kerana beliau dipenjarakan, maka beliau tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya selama 5 tahun.
Oleh hal yang demikian beliau telah kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Beliau adalah calon bagi kerusi parlimen Bagan dan juga kerusi DUN Air Puteh di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12. Tahun 2005, melakar kejutan pertarungan ketika mengadakan kempen pilihan raya di Melaka ke atas komiti DAP yang mana beliau dan isterinya terakhir dan kedua-terakhir. Walau bagaimanapun, semangat beliau masih teguh dalam memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP, seterusnya beliau termasuk antara komiti di bawah perlembangan parti manakala isteri beliau yang merupakan ketua wanita Melaka DAP, tidak termasuk dalam komiti. Sorang anggota Parlimen DAP Teresa Kok, telah dihalau keluar dari komiti apabila mengesyorkan konspirasi di belakang Lim dan Chew. Beliau telah muncul kembali dalam pilihan raya umum 2008 dan memenangi kerusi parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih di Pulau Pinang. Atas kemenangan besar DAP itu, beliau telah berjaya menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kontroversi
Lim Guan Eng berfikiran sempit
Beliau dikatakan berfikiran sempit apabila meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kembali ke Pulau Pinang dan menjelaskan kepada rakyat mengapa projek tertentu di negeri ini ditangguhkan. Sehubungan dengan itu, beliau turut dilihat terlalu focus kepada projek berkenaan, walhal banyak perkara lain dalam negeri yang perlu diperinci dan diselesaikan. Beliau diliht seakan sengaja mahu melepaskan ‘bom’ serangan ke atas kerajaan pusat di masa kerajaan berdepan dengan kenaikan harga minyak dan harga barang. Kenyataan beliau bahawa Pulau Pinang dipinggirkan oleh kerajaan adalah tidak relevan sama sekali.
Beliau turut menambah bahawa penambahan RM30 bilion kepada RM230 bilion dalam belanjawan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan tidak meemberi belanjawan yang besar kepada Pulau Pinang apabila negeri terbabit hanya mendapat RM1.452 bilion atau 0.6 peratus dari jumlah itu. Isu ini mula dibangkitkan oleh beliau apabila Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, dalam Kajian Separuh Penggal RMK9 pada tahun 2006 sehingga tahun 2008 menyatakan bahawa projek yang tidak mempunyai kepentingan rakyat di bawah rancangan asal, akan ditangguh atau dibawa ke Rancangan Malaysia ke-10. Ini adalah termasuk projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) bernilai RM1.5 bilion, Monorel Pulau Pinang bernilai RM2 bilion dan kenaikan taraf keretapi Bukit Bendera.
Lim Guan Eng penghasut
Beliau pernah dijatuhi hukuman penggantungan dari politik selama 5 tahun di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menyebabkan perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia di atas kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Pada 17 Mac 1995,pula beliau dijatuhi satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana mencetak dengan niat jahat risalah yang mengandungi maklumat palsu, apatah lagi apabila beliau telah menggunakan perkataan mangsa terpenjara untuk menggambarkan murid terbabit. Dakwaan di dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, menyebabkan beliau disabitkan bersalah atas kedua-dua tuduhan seterusnya didenda sebanyak RM15,000. Dalam pada itu, kerajaan merayu ke atas hukuman yang dianggapi terlalu ringan maka hukuman telah dinaikkan kepada pemenjaraan tiga tahun dan disebabkan hukuman ini, beliau dilarang menjadi ahli parlimen secara automatik.
 |