|
|
|
|
Elak libatkan PM, TPM dalam pemilihan MCA – Ka Ting |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Thursday, 18 March 2010 07:35 |
|
Bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting berharap agar semua pihak tidak melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pemilihan parti hujung bulan ini. Beliau turut menafikan yang beliau terlibat dalam penghantaran khidmat pesanan ringkas (sms) yang disifatkan sebagai bermotif buruk dan agenda muslihat. “Saya tidak tahu sms tersebut berpunca dari mana...yang pasti bukan dari pihak saya. |
|
Read more...
|
|
Hentikan sandiwara Zambry – DAP |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Thursday, 18 March 2010 07:30 |
|
Ketua DAP Perak, Datuk Seri Ngeh Koo Ham yang juga merupakan ahli parlimen Beruas mahu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan ahli exconya agar menghentikan sandiwara mereka terhadap masyarakat Cina. Beliau menyifatkan Barisan Nasional tidak cekap dalam pentadbiran mereka di Perak. "Jika mereka ingin kembali ke sekolah, sila kembali ke sekolah dan biarkan orang lain yang cekap mentadbirkan negeri,” katanya. |
|
Read more...
|
|
Guan Eng mahu jumpa PM isu PBT |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Thursday, 18 March 2010 07:26 |
|
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam usaha menjelaskan kepentingan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang akan diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu depan. Beliau memaklumkan surat permohonan telah diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri dan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau menjelaskan pilihanraya tersebut adalah selari dengan perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan di mana kerajaan negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya selain daripada pilihan raya umum. |
|
Read more...
|
|
MEB fokus kerjasama dengan bukan bumiputera –Nazri |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Thursday, 18 March 2010 07:21 |
|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan Model ekonomi baru (MEB) yang bakal diperkenalkan tidak akan menghapuskan hak bumiputera namun focus akan diberikan kepada kerjasama dengan bukan bumiputera. Beliau berkata, focus yang ingin dicapai ialah dalam aspek politik dan promosi dalam perniagaan. "Kita mahu supaya ada kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang bukan sahaja menguntungkan bumiputera, tetapi juga bukan bumiputera," katanya. |
|
Read more...
|
|
|
Pilihanraya PBT diputuskan minggu ini |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Wednesday, 17 March 2010 12:10 |
|
SPRM akan menjawab permintaan ketua menteri Pulau Pinang dan menteri besar Selangor yang mahu mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan di negeri masing-masing. Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan perkara tersebut dengan menegaskan jawapan tidak terikat dengan sebarang individu. "Kita akan maklumkan selewat-lewatnya minggu depan. Ini berdasarkan interpretasi undang-undang. Kita tidak terikat dengan pandangan sesiapa, mahupun perdana menteri atau pendapat pembangkang," katanya.
|
|
Read more...
|
|
Bala masih disiasat - Nazri |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Wednesday, 17 March 2010 12:04 |
|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memaklumkan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi menyiasat kes penyiasat persendirian, P Balasubramaniam setelah Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengajukan pertanyaan. Beliau berkata SPRM tiada masalah untuk berjumpa dengan Bala disebarang lokasi mengikut kesesuaiannya. 3 Julai 2008, penyiasat persendirian itu mengedar satu akuan bersumpah berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu namun keesokan hari, beliau menarik balik akuan bersumpah tersebut.
|
|
Read more...
|
|
Mesyuarat Agung PKR dipulau |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 15 March 2010 08:28 |
|
50 anggota PKR yang tidak berpuas hati bertindak memulau mesyuarat agung tahunan PKR bahagian Kuala Selangor kerana tidak bersetuju dengan cara mesyuarat itu dijalankan. Mereka menyifatkan mesyuarat tersebut sebagai "tidak sah" dan tidak dikendalikan sejajar dengan perlembagaan parti. Alasan itu adalah kerana setiausaha tidak memberi notis mesyuarat kepada ahli berhubung tarikh, tempat dan masa mesyuarat itu seperti sepatutnya dibuat 14 hari sebelum AGM berlangsung. "Notis serta agenda mesyuarat juga tidak dikepilkan pada minit untuk diedarkan sewaktu mesyuarat itu dan melanggari Artikel 24.6 perlembagaan parti. Saya dimaklumkan bahawa notis bagi mesyuarat agung hari ini disiarkan dalam sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia pada 9 Mac 2010, iaitu lima hari sebelum ia berlangsung dan ini sesuatu yang tidak wajar," kata bekas ketua penerangan bahagian itu, Ibrahim Mahidin. |
|
Read more...
|
|
Lebih ramai akan keluar PKR- ADUN Lunas |
|
|
|
|
Written by Syah
|
|
Monday, 15 March 2010 08:21 |
|
ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh mendakwa lebih ramai ADUN dan ahli parlimen PKR Kedah dan negeri lain akan bertindak keluar daripada parti dalam masa terdekat dengan sekurang - kurangnya 10 orang. Beliau yang keluar daripada PKR pada Ogos lalu berminat dengan perkembangan tersebut berikutan situasi dalaman PKR. Beliau berkata, pucuk pimpinan parti kini sudah jelas menampakkan tembelang mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. |
|
Read more...
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 1 of 331 |