Job Vacancy
1. Part Time Photographer
We accept most event photos
2. Part Time Reporter
Writing in BM/English/Chinese
Send your articles or photos to
admin[at]malaysiatoday.com
Recent Activites
| Datuk Yong Teck Lee |
|
|
|
| Written by Helmi |
| Wednesday, 25 June 2008 11:19 |
|
Berkelulusan dari University of London juga Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn London dalam jurusan undang-undang memberi kelebihan kepada beliau untuk bergiat aktif dalam arena politik. Pemimpin berbangsa cina ini telah dilahirkan pada tahun 1958. Mula berkecimpung dalam arena politik pada tahun 1985 apabila beliau memenangi kerusi di kawasan Likas. Beliau memegang jawatan sebagai Adun Likas dari tahun1985 sehingga tahun 2002 manakala dari tahun 1999 sehingga tahun 2002 beliau memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Gaya. Sememangnya, beliau bukanlah nama yang asing dalam dunia politik Sabah terutamanya penduduk Likas. Bagi memperkukuhkan kerjaya politiknya beliau telah menubuhkan Parti Sabah Maju (SAPP) yang merupakan sebuah parti komponen Barisan Nasional pada 21 Januari 1999. Disamping itu, pada Mei 1996 sehingga Mei 1998 beliau turut juga megang jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah ke-10 di bawah sistem penggiliran. Kerjaya politik beliau sedikit malap apabila beliau tidak dibenarkan untuk menjadi Adun Likas dan Ahli Parlimen Gaya pada September 2002 atas tuduhan rasuah. Oleh hal yang demikian, beliau telah disabitkan kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan beliau tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun. Beliau juga telah terlepas untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2004.
Namun begitu, apa yang berlaku tidak pernah membuatkan beliau terfikir untuk berundur , sebaliknya beliau yang pernah menyandang jawatan ketua Menteri, sentiasa lantang bersuara tehadap isu-isu yang melibatkan rakyat di kawasan Likas dan negeri Sabah. Sebagai contoh beliau telah bersusah payah dalam memperjuangkan isu lambakan pendatang asing tanpa izin juga pekerja asing di negeri Sabah. ‘Mother of all Threats’ atau dalam bahasa Malaysia ‘Punca bagi segala Ancaman’ adalah kertas kedudukan komprehensif yang telah dibuat oleh beliau untuk tindakan selanjutnya pihak kerajaan negeri dan persekutuan. Selain itu, sepanjang tempoh dua tahun menjadi ketua menteri mulai May 1996, beliau telah banyak memberikan perhatian yang terhadap usaha mempercepatkan pembangunan ekonomi, termasuk langkah-langkah mempromosikan pembangunan serantau melalui BIMP-EAGA, mengurangkan kadar rakyat termiskin, dan memupuk budaya politik baru yang berdasarkan kepada semangat saling bekerjasama. Kini beliau masih terus berkhidmat untuk negara sebagai Wakil Rakyat dengan menyuarakan isu-isu di peringkat negeri dan persekutuan.
Mewah kerana rasuah Beliau pernah disiasat atas tuduhan terlibat dalam satu kes rasuah membabitkan RM5 juta yang didakwa dilakukan ketika beliau menjadi Ketua Menteri Sabah. Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan memberitahu BPR sedang menyiasat pembabitan beliau berdasarkan satu pendedahan yang telah dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mahkamah Tinggi juga telah diberitahu bahawa beliau telah mengarahkan pembayaran lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri Sabah kepada ejen pilihannya pada tahun 1996. Sehubungan dengan itu, beliau menganggap bahawa tuduhan rasuah keatasnya adalah ‘ugutan’ membalas dendam terhadap beliau apabila kertas tuduhan itu dibuka sehari selepas beliau mengeluarkan pernyataan tidak percaya kepada perdana menteri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi. Namun begitu, BPR menepis sama sekali dakwaan itu dan menegaskan, BPR adalah profiesonal dalam melaksanakan tugas tanpa bermotifkan politik mahupun pilih kasih. Beliau didakwa sengaja mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerana sudah terpedaya dengan janji manis pembangkang yang menawarkannya jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Selepas beberapa minggu beliau mengkritik Kerajaan Pusat, beliau mengisytiharkan pula partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. 'Serangan' beliau mula dilancarkan dengan keinginan mahu membawa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri ke Dewan Rakyat. Beliau yang dianggap seperti kacang lupakan kulit, turut membawa dua orang saksi bagi memperkukuhkan usulnya iaitu Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau) yang akan menyokong usul berkenaan. Bagaimanapun, wujud kontroversi sebelumnya, apabila Timbalan presiden SAPP Datuk Raymond Tan Shu Kiah menepis dakwaan beliau yang mendakwa sudah mencapai persetujuan keseluruhan parti dalam isu undi tidak percaya itu. Mengulas lebih lanjut, Datuk Raymond mengumumkan bahawa Datuk Yong Teck Lee tidak mencapai persetujuan menyeluruh dari parti SAPP dalam isu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Belum pun selesai spekulasi terbabit wujud pula berita tergempar dimana kononnya SAPP bakal mengumumkan keputusannya keluar dari BN setelah berjaya melakukan serangan demi serangan kepada BN. Comments
(11)
written by aniando , July 25, 2008
where i can find Mr.james ligunjang????
Votes: +2
report abuse
vote down
vote up
written by old man , August 19, 2008
Where the issue of illegal immigrants and/or "legalised" illegals it seems that they are here to stay.
Votes: +1
Perhaps you should lead that we Chinese sell our properties and businesss and leave. See what will happen... TQ report abuse
vote down
vote up
written by Parameswara , August 31, 2008
DYTL, what happen to you? Why all of a sudden your tail hid underneath? We were relieved for a while that one of our Sabah leaders woke up to fight for Sabah rights. You cannot equal DSAI not even a quarter as to compare with. Just the RM5M accusation you are already flattened. You are only qualified as tukang angkat kaki. If You want to prove your worth, be the fighter like DSAI and we rally behind you once again. No need to mention DJL. He was never a fighter and hence been MIA.
Votes: +2
report abuse
vote down
vote up
written by summo-san , August 31, 2008
Your job is never finish until you quit BN.When you start the ball rolling, everyone thought this is it,but it stop abruptly.It' s not well planned.must have afew more to join in to be more effective.
Votes: +3
report abuse
vote down
vote up
written by ???? , September 09, 2008
Mr. James Ligunjang happened to be my friend's father, and we even study in the same school, same class, and even sit nearby each other.
Votes: +0
report abuse
vote down
vote up
written by arif , October 05, 2008
pergi jahanam le kau dato. tak ada kau dalam politik pun lagi baik. kau le yang bawa pengundi nhantu dulu. mahkamah dah sahkan. diam kau lagi baik.
Votes: -3
report abuse
vote down
vote up
written by streetcreeper. , November 27, 2008
Itu Dato' James Lingunjang orang kadasan. Dia memang main politik bertujuan isi kofin. Dia mengguna nama kristen tapi cara hidup bukan kristen. Dia bukan penyukung DYTL. Dia menyukung pembangunan Bangsa Melayu dan perkembangan agama Islam seperti yang termaktub dalam objectif partinya, UMNO. Dia kroni kpd Ambrose John yang juga bukan melayu tapi angkat melayu bukan Islam tapi ....
Votes: +0
report abuse
vote down
vote up
written by joined me in hell- lucifer , January 08, 2009
he dont need to use hair cream,he have nice side burns and mustache..whats else he wants...syonara
Votes: +0
report abuse
vote down
vote up
written by farouqfatham , January 22, 2009
Anyone wants to know more about this political animal, there is a post coming up very soon http://www.a-zearthly-beyond.com
Votes: +0
report abuse
vote down
vote up
|











I pray and hope that God will open up their mind for more wisdom
to serve the people as they are elected by the people to serve.