| Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein - Ahli Politik |
|
|
|
| Written by Syah |
| Friday, 18 July 2008 15:17 |
|
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah dilahirkan pada 5 Ogos 1961. Beliau yang merupakan ahli politik ndan ahli pertubuhan UMNO juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia sejak 30 Mac 2004. Selain dari itu, beliau turut menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Beliau dikatakan mewarisi kepimpinan bapanya, Tun Hussein Onn, yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan juga cucu kepada Onn Jaafar, pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan Malaya.Pendidikan rendahnya bermula Sek. Ren. St. John's Kuala Lumpur lalu beliau meneruskan pengajiannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum bapanya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1973. Setelah bapanya memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau menyambung pula pelajarannya di Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke sebuah sekolah swasta. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian tingginya di Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Pembelajarannya tidak sekadar berhenti di situ,beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan Korporat pada tahun 1988 di Sekolah Ekonomi London, United Kingdom. Beliau yang kini telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Sri Marsila Tengku Abdullah dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau juga sangat aktif dalam bersukan terutamanya taekwando. Penglibatan Dalam Politik Kerjaya politik beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi Parlimen Tenggara pada pilihan raya umum tahun 1995 dan memenangi kerusi yang dipertandingkan. Pada tahun 1999 pula, beliau telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut. Namun begitu, persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), menyebabkn beliau telah bertukar ke kawasan baru, iaitu Parlimen Sembrong pada pilihan raya ke-11 yang lalu. Kejayaan telah diraih oleh beliau apabila berjaya menewaskan calon PAS, Onn Jaafar dengan majoriti 16,978 undi.Beliau adalah ahli politik yang dikatakan dekat dengan hati rakyat. Memegang jawatan sebagai ahli UMNO Cawangan Sri Tambak, Sembrong, Johor juga pelbagai lain seperti Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Ketua Pemuda UMNO Malaysia Ketua Pemuda Barisan Nasional Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Biro UMNO Malaysia. Beliau turut pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara dan Ketua UMNO Bahagian Tenggara. Sejak beliau memegang jawatan dalam Parlimen, beliau telah menyumbang jasa di pelbagai jenis kementerian. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri lalu dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada tahun 1997. Selain dari ituy, beliau telah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dari tahun 1999 sehingga tahun 2004. Terbaru, beliau menggalas jawatan sebagai Menteri Pelajaran. Kontroversi Hunus keris dalam Perhimpunan Agung UMNO Beliau dikatakan telah menghunus keris dan bersumpah akan mempertahankan hak dan kedudukan orang Melayu hingga ke titisan darah yang terakhir. Selain dari itu beliau juga dikatakan turut mengancam pihak-pihak lain supaya jangan sesekali mempersoalkan ketuanan Melayu yang jika tidak mahu menanggung padah. Tindakan beliau itu telah menimbulkan pertikaian oleh masyarakat bukan Melayu . Tindakan beliau ini dianggap mengancam mereka yang membantah hak istimewa Melayu seperti yang disebut dalam Artikel 153, Konstitusi Malaysia dan dalam kontrak sosial. Walaupun tindakan ini mendapat tepukan gemuruh oleh wakil-wakil Melayu, gambar yang menunjukkan Hishammuddin dengan keris ditertawakan di laman-laman blog Malaysia. Seterusnya perhimpunan UMNO 2006 memperlihatkan pernyataan-pernyataan kontroversi dibuat oleh beberapa wakil, seperti Hashim Suboh, yang bertanyakan Hishamuddin bila dia akan menggunakan keris, dan lantas beliau sekali lagi telah menghunus keris di perhimpunan agong tahun tersebut. Rasional tindakan beliau ini masih menjadi tanda tanya banyak pihak samada ia wajar ataupun tidak. Logo ‘istimewa’ pemuda UMNO Wilayah Persekutuan: Hishamuddin pilih kasih Majlis pelancaran laman web dan logo Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di PWTC, oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien benar-benra memberi kejutan kepada sidang media yang hadir. Persoalannya ialah kenapa Pemuda UMNO Wilayah diberi keistimewaan untuk memiliki logo pemuda UMNO yang berbeza dari Pergerakan Pemuda UMNO Pusat dan negeri-negeri. Adakah wujud pilih kasih dalam corak kepimpinan beliau? Menangkis dakwaan itu, beliau memberitahu bahawa beliau hanya meluluskan pengunaan logo itu setelah empat lima kali ditemui oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria dan Ketua-ketua Pemuda Bahagiannya. Tambah beliau lagi, beliau sendiri tidak begitu cenderung menggalakkan pemuda negeri-negeri mengunakan logo yang berlainan dari logo asal yang sekian lama digunakan sehingga sekarang. Namun begitu,beliau menjelaskan bahawa beliau memberi keistimewaan ini kerana mengiktiraf prestasi dan pencapaian Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dalam gerak kerjanya kebelakangan ini dan atas kesedaran bahawa mereka merupakan barisan depan kepada segala cabaran yang dihadapi oleh negara. Menjawab soalan ‘pilih kasih’ beliau tidak akan menghalang mana-mana Pemuda UMNO negeri lain mengadakan logo berlainan dengan syarat mereka boleh meyakinkannya tentang kepentingan logo itu. Logo Pemuda Wilayah Persekutuan memaparkan perkataan ' PW ' dengan logo UMNO kecil diatasnya.Ia dilingkungi oleh perkataan Pemuda Wilayah Pendokong Wawasan. Sejak logo terbabit diluluskan kalangan ahli Pemuda Wilayah Persekutuan telah menyemat logo itu di baju serta t-shir mereka sewaktu menghadiri acara-acara parti.
Set as favorite
Bookmark
Email this
Hits: 5080 Comments (50)
![]()
...
Ahhh ni lagi sekor beruk mak yehh dalam melayu umno yg bobrok dan menjengkelkan... dlm 10 tahun lalu aku pernah tengok dan masih ingat gambar dia sedang memegang tin Beer ke wiski ke takkisah lah janji aku tau itu tin air arak dan meneguk air al- setan itu dgn riak wajahnya yg ceria.. kononnya dgn bangga minum air setan tu.... ini dia nk membela agama Islam.. ahh sudah lah setan.... engkau tu sepupu sepapat la dng najibaruah....
...
Suara de kota, menghunus keris dan mencium keris memang lah tidak menjadi kesalahan. Tapi dalam hal hishamuddin tu, time tu dia mengapi-apikan hal bangsa dan keagamaan. Maka jelas sekali lah perbuatannya itu boleh ditafsirkan sebagai ugutan kepada lain-lain bangsa di malaysia. mengapalah hang ni bodoh sangat. Ini pula hang bercakap pasal sejarah dan hang jebat apa pasal. Isunya ialah perbuatan hishamuddin menghunus keris semasa perhimpunan UMNO 2006. Hang ni kalau macam katak dalam tempurung dan apa-apa pun tak tahu, tak payah lah komen di blog ini, kerana menampakkan minda atau mentaliti hang yang kolot dan lembab.
...
I have a framed kris as a gift from my friend. It occupies a pride of place on my decorative wall. The more I look at it, the more tempted I am to remove the kris and wield it like our hero, Hang Tuah, as in the movies. The kris has double cutting edges and one can cut himself too. I have removed the frame with the keris, wrapped it and store it in a safe place out of harm to anyone.
...
..as an education minister, he doenst fits the cap! he got nothing at all rather than so much of interest & objectives mind of discrimination, hates, egos & overide. he should take a look towards singaporean ministers & learn & practise.
...
Before i go on... this stupid idoit is not a bit fit to be our education minister.. (uneducated moron).. using his keris to raise tension amoung races, using to call opposition parties "our enemies" ( these opposition parties are all legal.. not commumist parties). Paying 90% of his time in politics... what has he done/improved on the education system.. Our education is sliding and sliding down... all the standard has gone done... What is he doing all these while... Bad image, how do we expected any good things from him apart spoil our school going children. Anyway Mr. Hisap Mu Din.. dont be sad... after all almost 100% of the existing cabinet are all moron, in fact some of them are far worst than u, etc.. the Binatang Guy.. an so on... Only a hand ful of the cabinet is consider good.. But i just wonder why these clean guys want to stick to the whole bunch of rotton apples. For example.. Datuk Sharir.. being kick off by DPM (because he is the first Backbencher Chief that is trying to be fair), Datuk Sharir, I have great respect for you, get out the smelly BN.. join your younger brother.. before it is too late ( i am afriad u may end up become one of the rotton apple).
...
DSHTH is a shit minister. You don't know how to solve the problems of Teachers in Sabah. You are only concern your WM teachers to get big allowance in Sabah. They don't want to teach our children in the interiors cos hidup tak selesa. Memang tak selesa. I f you WM ministers are not tamaha there is a solid solution to the problems. My suggestion to you DSH, please train all those from the interiors of Sabah who passed SPM to teachers and they will be more than happy to go back to their village to teach his own people. Rather than you send people from Sarawak and WM. They come and see the situation and they are gone. Use your brain Dtk menteri!
...
Hisham,your father is a very respected Pm and my fanily like him alot,a gentleman,humble and honest.But you,I have lost all my respect for you after you copy najib by waving the keris.How can a nice man like you do this horrible act.Is it that you want to be aggressive to show us that you can be a strong leader .Bullshit,that was the final straw that broke the camel's back.I'm afraid there is alot of work to be done inorder to get your damaged reputation back.For the chinese they have all lost confidence in you.You are a wolf in the sheep skin.you are in the same class as those crooks in umno.You don't deserve my vote.
...
dato seri,
...
kepada sahabat semua,
...
sahabat semua,
...
salam semua pembaca...
...
assalamualaikum...
...
Ada juga orang yang bodoh tidak dapat bezakan yang baik dan yang buruk.
...
I heard that among the Hussien Onn siblings, this guy who happens to be our education minister is the stupidest among the lot. No wonder our education system has no bloddy standard. Can't even make a decision whether Maths & Science to be taught in english. Perhaps he should ask our very own "astronut" whether for space program manual was there any other language other then English..
...
apasal la orang melayu sekarang semua bodoh...mengutuk dan menghina banghsa sendiri?? sebab dok asyik bagi muka dan pikirkan tentang perpaduan la... orang melayu semakin bodoh dan semakin alpa...bila bercakap pasal pra sejarah tentang tanah melayu dan kaum imigran yang datang ke tanah melayu dahulu kala sebagai buruh... kita akan dianggap menyemai satu unsur perkauman... tapi kalu tak cakap... depa2 ni bangsa cina dan india... tak pernah sedar diri yang depa ni semua menumpang di tanah melayu... nak menuntut hak sama rata dengan melayu, menghina raja2 melayu dan agama islam... tapi orang melayu ni semakin buta, alpa... sebab apa tau? sebab dok biasa hidup di zaman yang aman dan maju, dok biasa senang dan tak pernah susah..... tak pernah menghayati sejarah kemerdekaan, sejarah pembinaan negara Malaysia...dangkal perlembagaan negara...
...
sikit hari lagi.. kita pakat tengok la... malaysia ni akan jadi macam Singapura... oranng bukan melayu hidup senang, orang melayu plak cuma layak buka gerai tepi jalan... bahasa melayu semakin pupus, yang naik adalah bahasa cina dan bahasa inggeris...orang islam pula...kubur pun kena beli... sebab apa melayu singapura jadi lagu tu?? sebab depa ni dulu, tak percaya pada bangsa sendiri... mengagungkan bangsa lain terutamanya cina sebagai pemimpin yang dpercayai boleh memimpin dan menjaga mereka... lastly... apa jadi... melayu sana tak maju tera mana pun... yang maju adalah cina....melayu tetap terpinggir..... ehm.. nampak gayanya melayu malaysia ni pun dah nak jadi macam melayu sana la sikit hari..... tak tau bersyukur dan menjaga bangsa sendiri...memang kita semua maklum... bukan semua manusia ni perfect...pemimpin mana pun yang naik tak kira la pas ka, umno ka, pkr ka... semua sama ja... kalu hati kotor tetap kotor... tapi itu adalah lebih baik dari kita menyokong pengkhianat bangsa kita sendiri yang terang2 membela hak bukan bumiputra... terang2 nak bagi semua hak orang melayu sama rata dengan kaum lain...apa ni???? hampa semua tak tau pikir ka?? melayu sekarang banyak berpecah belah kerana perbezaan fahaman politik, sedangkan kaum lain walaupun berbeza ideologi politik tapi dibelakang kita, depa semua bersatu padu dan tetap ada ada semangat perkauman... depa akan jaga bangsa depa sendiri... kita ni yang bodoh....
...
cuma nak maklumkan sikit aja la....pada kaum imigran...belajarlah sedar diri dan bersyukur... Malaysia asalnya adalah Tanah Melayu....hak orang melayu... u all baca sejarah semula asal usul u all datang ke sini...bila orang melayu ni baik hati dan bagi muka korang stay sini... korang melampau dan tak sedar diri..belajar tinggi2.. hidup aman kat tanah melayu... sekarang u orang mau berlagak tuntut dan nak hak sam rata... apa u orang ingat kalu u orang duduk negara lain... u orang boleh bina sekolah jenis kebangsaan sendiri ka haa??? kalu kita org melayu pi duduk u orang punya negara asal...u orang punya raja ingat mau jaga orang melayu ka??? piirahh!!!
...
bodohnya dato sri ni cuma satu... tak mau hapuskan PPSMI... tak pikir tentang masa depan anak melayu, masa depan bahasa melayu... asyik pikir pendapat orang bandar tapi mengenepikan pandangan orang luar bandar... orang bndar ni dah maju... dah pandai, kaya, moden, hidup pun sosial...tatasusila pun dah kurang...apa depa nak pikir pasal kepentingan bahasa melayu sangat. depa memeng sokong sangat lah..PPSMI...lagi pun depa mampu antar anak depa pi tuisyen... luar bandar ni??
...
KENAPA DAN MENGAPA BANGSA ASING BERANI MENDERHAKAI KESULTANAN MELAYU?MEMPERTIKAIKAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG2MELAYU?INI SEMUA BERPUNCA DARI ORANG ORANG MELAYU ITU SENDIRI.KUSUSNYA PEMIMPIN2 UMNO MEREKA TELAH MENGHAPUSKAN KEKEBALAN RAJA2 MELAYU.MEREKA MENGAJAR CARA BERPIKET DIJALANAN CONTOHNYA DI KELANTAN DAN TERANGGANU.SEWAJARNYA MEREKA ADALAH KERAJAAN. MEREKA TAK SEPATUTNYA MEMBERI CONTOH2 YANG SEDEMIKIAN.MEREKA HANYA PANDAI MENYALAHKAN PEHAK PEMBANGKANG JIKA PEHAK TERSEBUT MEMBUAT TINDAKAN SEDEMIKIAN RUPA.BAK KATA PERPATAH SEEKOR KETAM YANG SERING MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL.TETAPI DIRI SENDIRI JALANNYA MENGGIRING.....KAMI RAKYAT SENTIASA MENILAI PARA PEMIMPINNYA.KEPIMPIMPINAN MENERUSI TELADAN.
...
semua pandai bercakap.macam pandai...itu je laa yang ko tahu....Hari2 dok sembang kat kedai kopi,mengumpat,mencaci,dan lain2.Kojo malas.Bini yang kojo.Laki bosarkan telo.itu jer laa yang ko tahu.....Baik duduk diam2 lagi bagus laa....lue pikir laa sendiri....nabil cakap...heheheheheh............
...
KERISMUDDIN, |









