Job Vacancy

1. Part Time Photographer
We accept most event photos

2. Part Time Reporter
Writing in BM/English/Chinese

Send your articles or photos to
admin[at]malaysiatoday.com


Daily News Alert!
* Your email address:
   Name:
   Mobile:
* Enter the security code shown:
 

Your privacy is 100% protected!
Register for Free

You can now be MalaysiaToday Blogger. Signup and start blogging now!


Recent Activites

2 days ago
suhaida and ir2376 are now friends 06:05 PM
5 days ago
S2Keng replied in a discussion DAP MEMUSNAHKAN NEGARA DAN IMEJ PAS 12:52 AM
S2Keng added a new wall post in the group, Kuala Lumpur 12:45 AM
1 week ago
Sam we are relocating to Dataran Sunway,Kota Damansara tel 03 61573763 Mar 15
Sam uploaded a new avatar. Mar 15
S2Keng joined the group PR Supporters Mar 14
S2Keng joined the group DAP SUPPORTERS Mar 14
S2Keng uploaded a new avatar. Mar 14
 

Love Malaysia Today?
Link to us from
your blog or website.




Bookmark Malaysia Today
BM


ADUN dapat AP PDF Print E-mail
Written by Syah   
Sunday, 28 February 2010 12:19

Semua ADUN diberi peluang untuk memohon satu permit AP bagi membolehkan mengimport kereta ke negara ini. Ia menjadikan mereka bersama ahli parlimen serta peniaga dan pengimport kereta, diplomat dan individu lain yang boleh memohon AP daripada kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti). Bahagian import dan eksport Miti mengeluarkan surat pada Februari dialamatkan kepada setiausaha dewan undangan negeri (DUN) Selangor, Mohd Yasin Bidin memaklumkan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Read more...
 
Polis mahu siasat Guan Eng PDF Print E-mail
Written by Syah   
Wednesday, 24 February 2010 10:30

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diarah memberikan masa dan tarikh kepada pihak polis untuk disiasat berhubung enam laporan yang diterima. Pihak polis memaklumkan siasatan akan dibuat berdasarkan laporan yang diterima daripada Sungai Nibong, Kg Baru, Kubang Semang, Seberang Jaya, Sungai Pinang dan Kepala Batas. Laporan tersebut dikatakan berkaitan perhimpunan haram, Akta Hasutan 1948 dan jenayah fintah.

Read more...
 
Khalid Samad tak mahu merayu PDF Print E-mail
Written by Syah   
Tuesday, 23 February 2010 18:02

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan yang beliau tidak akan merayu terhadap hukuman yang dikenakan oleh jawatankuasa disiplin PAS yang membuat keputusan untuk menggantungnya selama enam bulan berkuatkuasa 29 Januari lalu. Tindakan tersebut diambil selepas beliau mendedahkan maklumat sulit parti serta mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali. Selain itu, Khalid turut digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.

Read more...
 
Tolak debat : Pemuda UMNO penakut PDF Print E-mail
Written by Syah   
Tuesday, 23 February 2010 13:35

Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid menyifatkan tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) menolak cabaran Debat Perdana Rakyat 2010 adalah sebagai pengecut. Mereka menegaskan hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sahaja berhubung isu peminggiran orang Melayu. “Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Read more...
 
500 seminar 1Malaysia dianjur BTN 2010 PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 22 February 2010 18:36

Biro Tatanegara (BTN) akan menjalankan 500 seminar 1Malaysia untuk agensi kerajaan, kumpulan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara tahun ini. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, seminar tersebut bertujuan untuk menjelaskan bahawa rakyat Malaysia masih tidak jelas dalam penerapan nilai-nilai aspirasi bagi menjayakan gagasan tersebut. "Lain orang, lain pemahaman tentang konsep 1Malaysia ini, majoriti memahami 1Malaysia ialah rakyat pelbagai kaum yang hidup dalam harmoni. Tetapi dalam gagasan 1Malaysia ini ada lapan nilai aspirasi yang perlu ditekankan, bab itu yang kurang difahami di sini," katanya.

Read more...
 
Pembangkang tak mampu atasi BN Sarawak – Najib PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 22 February 2010 18:32

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dengan yakin berkata pihak pembangkang masih belum mampu untuk mengatasi Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana pengundi di kawasan tersebut mempunyai penilaian yang berbeza. "Mereka lebih tertumpu kepada isu tempatan dan antara jadi pertimbangan ialah pembangunan luar bandar," katanya. Beliau menjelaskan BN Sarawak mampu membawa kesinambungan pembangunan luar bandar dengan pelbagai program yang dianjurkan.

Read more...
 
Pemuda UMNO hanya mahu berdebat dengan Guan Eng PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 22 February 2010 18:27

Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berikutan isu peminggiran orang Melayu-Islam. Ketua Pemuda negeri, Norman Zahalan menegaskan pihaknya hanya mahu bersemuka dengan Guan Eng sahaja dan bukannya pihak lain. “Kalau dengan Lim Guan Eng, boleh... kalau Pemuda Pakatan Rakyat, tak payahlah,” katanya. Beliau turut melabelkan pemuda Pakatan sebagai “kuda tunggangan Guan Eng”.

Read more...
 
GMI mahu tahanan ISA dibenarkan jumpa keluarga PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 22 February 2010 18:23

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa agar polis membenarkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berjumpa dengan ahli keluarga dan peguam mereka. Ianya disebutkan dalam memorandum yang diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang diberi kepada Pegawai Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Cif Inspektor Mohd Zaki Abu Bakar. Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh menegaskan pihak mereka mahu tahanan ISA diberi peluang untuk mendapat khidmat guaman.

Read more...
 
UMNO tak bolah salah pilih calon – Shahrir PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 22 February 2010 18:19

Datuk Shahrir Samad menegaskan kemenangan besar UMNO dan BN semasa pilihan raya umum 2004 menyebabkan pimpinan tertinggi membuat kesilapan dalam memilih calon semasa pilihanraya umum 2008. Semasa pilihanraya 2004, UMNO menguasai 101 ahli parlimen namun pada 2008 bilangan tersebut menurun kepada 78. “Pertama sekali, kita kena belajar daripada kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan. Pemilihan calon adalah tidak baik. Saya masih ingat sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen yang kita kalah kerananya,” katanya.

Read more...
 
Hadi kritik ahli parlimen Australia PDF Print E-mail
Written by Syah   
Saturday, 20 February 2010 13:05

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik tindakan beberapa anggota parlimen Australia yang campur tangan dalam kes liwat melibatkan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan perkara tersebut mesit mengikut sistem penghakiman negara dan tidak perlu pengaruh pihak luar. "Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya.

Read more...
 
Zulkifli diberi peluang kedua PDF Print E-mail
Written by Syah   
Saturday, 20 February 2010 12:54

Lembaga disiplin PKR memberi peluang kedua kepada Ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin selepas satu mesyuarat diadakan. Timbalan presiden parti itu, Syed Husin Ali mendakwa Zulkifli sepatutnya menghadiri mesyuarat tersebut, namun beliau telah melarikan diri ke Korea Selatan. Zulkifli berada di Seoul bersama 12 ahli parlimen yang lain yang akan pulang pada 25 Feb ini.

Last Updated on Saturday, 20 February 2010 13:14
Read more...
 
Anwar cabar Mahkamah Rayuan PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 21:14

Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan beliau supaya dibatalkan pertuduhan. Selain itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut memfailkan notis untuk menangguhkan perbicaraan kes bagi memberi ruang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan.

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 3 of 331
Copyright © 2008 Malaysia Today | The People's Portal | Malaysia News and Blogs. All Rights Reserved. Malaysia Today News Online
Malaysian daily news | Hot Topics | Breaking News | Happenings | Lifestyle

Advertiser Links(Contact us to advertise your link here):
Malaysia Holiday | Malaysia Property | Malaysia Auction | CutiCutiMalaysia | Malaysia Car | Malaysia Business | Malaysia Art |
Bangsar | Sri Hartamas | Johor Bahru | Kuantan | Kota Kinabalu | Georgetown | Toto Results | Malaysia Hotels | Football | Bola Sepak | Malaysia Games | Yoga | Malaysia Wedding | Forex Tips | Pelajar | Kampung Chat |
Mont Kiara | Melayu | Stock Market | Cyberjaya | Jobs in Malaysia