Job Vacancy

1. Part Time Photographer
We accept most event photos

2. Part Time Reporter
Writing in BM/English/Chinese

Send your articles or photos to
admin[at]malaysiatoday.com


Daily News Alert!
* Your email address:
   Name:
   Mobile:
* Enter the security code shown:
 

Your privacy is 100% protected!
Register for Free

You can now be MalaysiaToday Blogger. Signup and start blogging now!


Recent Activites

4 days ago
Khairol Azhar uploaded a new avatar for the group, 1MalaysiaSMS 12:14 AM
Khairol Azhar added a new wall post in the group, 1MalaysiaSMS 12:13 AM
Khairol Azhar added a new bulletin, Work From Home,Anywhere,Anytime 12:10 AM
Khairol Azhar updated group, 1MalaysiaSMS 12:03 AM
5 days ago
Hoh Kwan uploaded a new avatar. 08:04 PM
Buddy Nas added a new wall post in the group, Africans in Malaysia 05:24 PM
1 week ago
Khairol Azhar created a new group, 1MalaysiaSMS Mar 03
mjackson added a new wall post in the group, Africans in Malaysia Mar 02
 

Love Malaysia Today?
Link to us from
your blog or website.




Bookmark Malaysia Today
BM


Zulkifli tidak boleh kembali kepada PAS PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 20:54

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan ahli parlimen Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin yang sedang dalam krisis bersama PKR tidak mungkin boleh kembali semula kepada PAS sekiranya disingkirkan PKR. Beliau berkata, Zulkifli tidak mungkin berpeluang untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang menggunakan tiket PAS. Sebelum ini, Zulkifli pernah mewakili PAS di Kuala Langat namun tewas di tangan calon BN, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.

Read more...
 
DAP : Pemuda UMNO tak pandai demokrasi berparlimen PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 20:48

DAP Selangor menyifatkan Pemuda Umno yang membuat demonstrasi di pejabat Pesuruhjaya Tertinggi Australia tidak pandai mengenai demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Demonstrasi yang diadakan berhubung tindakan 50 ahli parlimen Australia yang menghantar surat rasmi supaya Malaysia menggugurkan tertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Read more...
 
Kes liwat : Hakim tolak tarik diri, kes ditangguh 25 Mac PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 12:58

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk menangguh perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 25 Mac depan. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keutusan tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar mencabar keputusan beliau tidak mengundurkan diriterhadap perbicaraan kes tersebut. "Tiada sebab bagi saya melucutkan diri kerana dengan berbuat demikian akan dilihat sebagai melarikan diri daripada tanggung jawab dan amanah saya sebagai hakim," katanya.

Read more...
 
KJ nafi temui PM masalah Pemuda PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 12:48

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa beliau dipanggil betemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas masalah dalaman pemuda. "Perjumpaan dengan perdana menteri ini hanyalah kebetulan selepas berlakunya beberapa perkara dalam Pemuda Malaysia. Kita tidak membangkitkan isu tersebut. Hari ini kita bincang hala tuju Pemuda. Soal mesyuarat Pemuda sebelum ini tidak berbangkit. Kami bersatu-padu," katanya.

Read more...
 
Tahanan ISA warga asing dihantar pulang PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 12:37

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan sembilan warga asing yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dihantar pulang ke negara masing – masing. Mereka ditahan kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas di mana paling dikehendaki di negara mereka. Selain itu, agensi perisikan dan anti keganasan antarabangsa turut memburu mereka.

Bagaimanapun Hishammuddin enggan menyatakan tarikh sebenar dan tempat warga asing itu ditahan. 27 Jan lepas beliau memaklumkan seramai 10 orang warga asing ditahan di bawah ISA kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa. –Malaysia Today

 
Pemuda BN tolak campur tangan Australia PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 12:22

Pemuda BN membantah tindakan 50 ahli parlimen Australia yang cuba campur tangan dalam sistem kehakiman negara ini dengan menyerahkan memorandum bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia Penny Williams. Ketuanya, Khairy Jamaluddin memaklumkan memorandum itu menuntut supaya pengerusi jawatankuasa kecil hal ehwal luar negeri parlimen Australia, Michael Danby menarik balik surat yang dihantar kepada pesuruhjaya tinggi Malaysia di Australia dan mahu Danby membuat permohonan maaf.

Read more...
 
Syed Husin kritik Zulkifli PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 12:15
Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali mengkritik kenyataan ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin yang mendakwa ada komplot dalam parti untuk menjatuhkannya. “Beliau tidak minta tunda pun. Terus saja hendak buat sidang akhbar. Ini memang kerja dialah,” katanya. Sebelum ini Zulkifli membuat kenyataan bahawa tindakan lembaga disiplin bersidang 23 Februari untuk memincangkan kesnya adalah sesuatu yang dirancang kerana pada waktu itu beliau berada di luar negara.
Read more...
 
Rayauan batal liwat Anwar ditolak PDF Print E-mail
Written by Syah   
Thursday, 18 February 2010 07:27

Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu kes tuduhan liwat ke atasnya dibatalkan. Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin menjelaskan tiada kes untuk mahkamah tersebut membenarkan rayuan itu. Beliau berkata Anwar gagal menunjukkan bahawa kes tersebut bersifat tidak adil dan satu menyalahgunaan proses mahkamah. Panel hakim lain iaitu Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah turut menolak rayuan Anwar.

Read more...
 
UMNO cuba hura-harakan PR – Mahfuz PDF Print E-mail
Written by Syah   
Wednesday, 17 February 2010 14:39

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan UMNO berhubung isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang hanyalah bertujuan untuk menghalalkan cara. "Matlamat Umno nak kucar kacirkan kerajaan PR dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak," tegasnya.

Read more...
 
Maulidur Rasul : Kenyataan Nik Aziz tidak patut – Tok Pa PDF Print E-mail
Written by Syah   
Wednesday, 17 February 2010 14:32

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung sambutan Maulidur Rasul adalah tidak berpatutan dan ianya merupakan kompromi politik. Beliau berkata, adalah tidak wajar kenyataan seperti itu dikatakan oleh seorang tokoh ulama. "Umno Kelantan dukacita dengan kenyataan Nik Aziz kerana Maulidur Rasul telah menjadi amalan di negara ini.

Read more...
 
Australia minta gugur kes liwat Anwar, Malaysia minta hormat undang – undang PDF Print E-mail
Written by Syah   
Tuesday, 16 February 2010 11:10

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan komuniti asing perlulah menghormati undang – undang Malaysia seperti mana negara ini menghormati undang – undang negara lain. Baru – baru ini anggota parlimen Australia telah menghantar bantahan rasmi supaya Malaysia menggugurkan tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Read more...
 
SU Nor Yakcob letak jawatan PDF Print E-mail
Written by Syah   
Monday, 15 February 2010 20:37

Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletak jawatan berkuatkuasa semalam menurut pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagaimanapun sebab beliau meletakkan jawatan tidak dimaklumkan. Namun terdapat dakwaan bahawa seorang setiausaha diminta meletak jawatan selepas ditangkap bersama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang.

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 3 of 330
Copyright © 2008 Malaysia Today | The People's Portal | Malaysia News and Blogs. All Rights Reserved. Malaysia Today News Online
Malaysian daily news | Hot Topics | Breaking News | Happenings | Lifestyle

Advertiser Links(Contact us to advertise your link here):
Malaysia Holiday | Malaysia Property | Malaysia Auction | CutiCutiMalaysia | Malaysia Car | Malaysia Business | Malaysia Art |
Bangsar | Sri Hartamas | Johor Bahru | Kuantan | Kota Kinabalu | Georgetown | Toto Results | Malaysia Hotels | Football | Bola Sepak | Malaysia Games | Yoga | Malaysia Wedding | Forex Tips | Pelajar | Kampung Chat |
Mont Kiara | Melayu | Stock Market | Cyberjaya | Jobs in Malaysia